Pergi ke kandungan

Kalimah Jiwa (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalimah Jiwa
GenreDrama, keluarga
PenciptaErma Fatima
Ditulis olehErma Fatima
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Biar" oleh Faizal Tahir
Lagu penutup"Biar" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ain Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
PenyuntingSabrizan Zainul
SinematografiMahadi Said
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal1 Januari 2014 – 4 Februari 2014

Kalimah Jiwa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Nazim Othman, Bella Dally, Amar Baharin, Amyra Rosli dan Raja Ilya. Sebuah novel bertajuk sama diterbitkan pada 2009, namun tiada persamaan dengan siri drama ini kerana jalan ceritanya amat berbeza. Ia memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 1 Januari 2014 hingga 4 Februari 2014 menggantikan Janji Adam.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Mengisahkan tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia. Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya.

Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri.

Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya.

Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.

Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah.

Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian, Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Eropah.

Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq. Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina.

Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya? Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah?

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Zul Edward sebagai bapa Aina
  • Nor Azifah Abidin sebagai ibu Aina
  • Meor Mohd Afif sebagai Peguam
  • Norzieha Yusri sebagai Ogy
  • Abby Nour sebagai Reen
  • Afiq Diddy sebagai Syafiq
  • Ira Nazyra sebagai adik Ain

Penampilan khas

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Budiey (24 Disember 2013). Sinopsis Drama Bersiri Kalimah Jiwa Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 Mei 2014.
  2. ^ Kalimah Jiwa (2014): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mac 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]