Mentor (musim 7): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Membatalkan semakan 4927567 oleh 2405:3800:805:225F:C93F:E124:AD12:1D16 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 371: Baris 371:


==Kontroversi==
==Kontroversi==
* Netizen mula mempertikaikan format undian online yang digunakan Mentor musim kali ini apabila [[Aizat Amdan]] membuat keputusan untuk tidak memilih Faris iaitu salah seorang protegenya yang mendapat undian online tertinggi iaitu sebanyak 85% ketika konsert minggu pertama berlangsung, namun sebaliknya Aizat lebih memilih dua lagi protegenya iaitu Pasya dan Iqbal yang masing-masing mendapat undian terendah sebanyak 9% dan 6% sekaligus dijadikan sebagai protege.
* Netizen mula mempertikaikan format undian online yang digunakan Mentor musim kali ini apabila [[Aizat Amdan]] membuat keputusan untuk tidak memilih Faris iaitu salah seorang protegenya yang mendapat undian online tertinggi iaitu sebanyak 85% ketika konsert minggu pertama berlangsung, namun sebaliknya Aizat lebih memilih dua lagi protegenya iaitu Pasya dan Megat yang masing-masing mendapat undian terendah sebanyak 9% dan 6% sekaligus dijadikan sebagai protege.
* Ketua juri pertandingan ini, [[Wah Idris|Dato' Wah Idris]] dikecam netizen dan penonton apabila menyingkirkan Taufiq, iaitu salah seorang protege kepada [[Siti Nordiana]] di konsert battle minggu pertama. Ini kerana tindakan beliau disifatkan sebagai kejam kerana penonton beranggapan bahawa penyingkiran Taufiq adalah tidak adil kerana seharusnya di minggu pertama tiada penyingkiran dilakukan kerana kesemua protege masih dalam proses pembelajaran dan masih banyak yang perlu dipelajari.
* Ketua juri pertandingan ini, [[Wah Idris|Dato' Wah Idris]] dikecam netizen dan penonton apabila menyingkirkan Taufiq, iaitu salah seorang protege kepada [[Siti Nordiana]] di konsert battle minggu pertama. Ini kerana tindakan beliau disifatkan sebagai kejam kerana penonton beranggapan bahawa penyingkiran Taufiq adalah tidak adil kerana seharusnya di minggu pertama tiada penyingkiran dilakukan kerana kesemua protege masih dalam proses pembelajaran dan masih banyak yang perlu dipelajari.



Semakan pada 12:04, 5 Mac 2021

Mentor
FormatPertandingan Nyanyian
Pertandingan Realiti TV
PengacaraShuk Sahar
Nana Mahazan
JuriDato' Wah Idris
Mas Idayu
Lagu pembukaan"Tunjuk Ajarku Sifu"
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bilangan musim7
Bilangan episod9
Penerbitan
LokasiSri Pentas 2, Plaza Sentral, Shah Alam (Konsert mingguan)
Tempoh siaran2 jam
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal4 November 2018 – 30 Disember 2018
Kronologi
MengikutiMentor Otai
Diikuti olehMentor Milenia 2019
Rancangan berkaitan
Mentor (siri TV)
Pautan luar
Laman sesawang

Musim ketujuh rancangan pencarian bakat, Mentor dianjurkan oleh TV3 untuk tahun 2018. Kali ini, Datuk Syafinaz, Aizat Amdan, Hafiz Suip dan Siti Nordiana dipelawa sebagai mentor untuk membimbing anak didik (protege) masing-masing. Manakala Dato' Wah Idris dan Mas Idayu menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap untuk musim kali ini. Pemenang musim kali ini adalah Zaaim Abdullah atau Zaaim iaitu protege kepada Siti Nordiana. [1]

Mentor 7 bersiaran di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam. Seperti biasa, turut diwujudkan segmen Jurnal Mentor setiap Ahad, 6 petang, dan Jurnal Protégé, setiap Isnin hingga Jumaat.

Mentor 7 telah menamatkan penyiarannya pada 30 Disember 2018.

Ujibakat

Setelah siri ini direhatkan selama 4 tahun, Mentor musim ketujuh kini kembali disiarkan dengan menggunakan format yang berbeza daripada format asalnya, tidak seperti seperti enam musim yang lepas. Sesi uji bakat yang diadakan secara berasingan selama empat minggu bermula di Sabah pada 8 Ogos, bermula dengan ujibakat protege Datuk Syafinaz Selamat pada 8-9 September, Aizat Amdan pada 15-16 September, manakala Hafiz Suip pada 22-23 September dan yang terakhir, Siti Nordiana pada 29-30 September 2018.

Format Rancangan

Format Pertandingan

Tidak seperti enam musim yang lepas, format musim kali ini sangat berbeza apabila kesemua protege tidak lagi diasingkan kepada dua kumpulan. Kesemua protege disatukan dalam satu pentas setiap minggu dan persembahan mereka akan diadili oleh dua juri tetap. Protege yang mendapat markah dan undian terendah setiap minggu akan disingkirkan.

Format Permarkahan & Undian

Markah kesemua peserta diadili juri tetap mewakili 50 peratus, manakala juri awam 20 peratus dan 30 peratus lagi berdasarkan undian atas talian di laman web www.xtra.com.my.

Peserta

Datuk Syafinaz Selamat

  • Farranisha Shazwany binti Mohd Faizal (Ranisha)
     Sabah
  • Lazarul Afiezy bin Zakaria (Lazarul)
     Kuala Lumpur
  • Rasmawatie binti Mohd. Thamrin (Aznona)
     Sabah


Aizat Amdan

  • Faizul Asyraf bin Fauzi (Pasya)
     Selangor
  • Mohammad Adzuan Mazlan (Megat)
     Sabah
  • Mohd Faris Arif bin Malek (Faris)
     Sarawak


Siti Nordiana

  • Zaaim Abdullah (Zaaim)
     Kedah
  • Taufiq bin Rodzi (Taufiq)
     Kedah
  • Nurshamimi binti Abdul Manan (Syamimi)
     Kuala Lumpur


Hafiz Suip


Layak ke pusingan Battle

Datuk Syafinaz Aizat Amdan Siti Nordiana Hafiz Suip
1.Ranisha Sabah
2.Lazarul Kuala Lumpur
1.Pasya Selangor
2.Iqbal Sabah
1. Daniel Pulau Pinang
2.Taufiq Kedah
1.Azmirul Negeri Sembilan
2.Norman Kuala Lumpur

Konsert Pengenalan

Aizat Amdan & Datuk Syafinaz

Tarikh Disiarkan : 4 November 2018

Peserta Lagu
Pasya Aku Mau nyanyian Once
Megat Menghujam Jantungku nyanyian Tompi
Faris Sulit nyanyian Aman Aziz
Ranisha Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah
Aznona Akhirnya Kini Pasti nyanyian Anita Sarawak
Lazarul I Believe I Can Fly nyanyian R. Kelly

Tersingkir : Faris & Lazarul

Siti Nordiana & Hafiz Suip

Tarikh Disiarkan : 11 November 2018

Peserta Lagu
Taufiq Lebih Sempurna nyanyian Syamel
Zaaim Gugurnya Bunga Cinta nyanyian Laksamana
Syamimi Cinta Tersimpul Rapi nyanyian Anis Suraya
Azmirul Ghazal Asmara nyanyian Dato' Jamal Abdillah
Norman Jadi Aku Sebentar Saja nyanyian Judika
Nadia Gubahan Rindu Puisi Syahdu nyanyian Fauziah Latiff

Tersingkir : Syamimi & Nadia

Konsert Battle

Minggu 1

Tarikh Disiarkan : 18 November 2018

Peserta Lagu
Pasya Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian Flybaits
Norman Bukan Cinta Biasa nyanyian Afgan
Taufiq Fantasia Musim Cinta nyanyian Iwan
Zaaim Dirantai Digelangi Rindu nyanyian Exists
Megat Ku Mohon nyanyian Datuk Sheila Majid
Azmirul Syair Si Pari Pari nyanyian Zamani
Lazarul Izinku Pergi nyanyian Kaer Azami
Ranisha Teruskanlah nyanyian Agnez Mo

Persembahan Terbaik : Pasya
Dua Terbawah : Norman & Taufiq
Tersingkir : Taufiq

Minggu 2

Tarikh Disiarkan : 25 November 2018

Peserta Lagu
Lazarul Surat Cinta Untuk Starla nyanyian Virgoun
Zaaim Cintamu Mekar Dihati nyanyian May
Azmirul Amalina nyanyian Santesh
Megat Akad nyanyian Payung Teduh
Norman Jampi nyanyian Hael Husaini
Pasya Gerhana Cinta Luka / Juwita / Tinggal Kenangan nyanyian Saleem
Ranisha Breath nyanyian Lee Hi

Persembahan Terbaik : Daniel
Dua Terbawah : Iqbal & Azmirul
Tiada penyingkiran.

Minggu 3

Tarikh Disiarkan : 2 Disember 2018

Peserta Lagu
Megat Merisik Khabar nyanyian Dato' Sudirman
Azmirul Farhana nyanyian Jinbara
Ranisha Rolling In The Deep nyanyian Adele
Lazarul Aku Penghibur nyanyian Dato' Jamal Abdillah
Pasya Versace On The Floor nyanyian Bruno Mars
Zaaim Kehilangan nyanyian Firman Siagian
Norman Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain

Persembahan Terbaik : Norman
Dua Terbawah : Lazarul & Norman
Tersingkir : Norman

Minggu 4

Tarikh Disiaŕkan : 9 Disember 2018

Peserta Lagu
Azmirul Samrah Mentari nyanyian Dato' Jamal Abdillah
Megat Untukmu Ibu nyanyian Exists
Lazarul My Baby You nyanyian Marc Anthony
Pasya Hati Emas nyanyian Dato' M. Nasir
Ranisha Anggapanmu nyanyian Ziana Zain
Zaaim Ghazal Untuk Rabiah nyanyian Dato' Jamal Abdillah & Dato' M. Nasir

Persembahan Terbaik : Daniel
Dua Terbawah : Ranisha & Iqbal
Tersingkir : Megat

Minggu 5

Tarikh Disiarkan : 16 Disember 2018

Peserta Lagu
Ranisha Never Enough nyanyian Loren Allred
Zaaim Januari nyanyian Glenn Fredly
Azmirul Gelombang Cinta nyanyian Heavy Machine
Pasya Izinkan Selamanya Namamu Dihati nyanyian EYE
Lazarul Jeritan Batinku nyanyian Tan Sri P. Ramlee

Persembahan Terbaik : Lazarul
Dua Terbawah : Ranisha & Azmirul
Tiada penyingkiran.

Konsert Separuh Akhir

Minggu 6 : Solo & Duet

Tarikh Disiarkan : 23 Disember 2018

Peserta Lagu Pertama Lagu Kedua
Pasya I Don't Wanna Miss A Thing nyanyian Aerosmith Juwita Citra Terindah nyanyian Dato M. Nasir
(duet Aizat Amdan)
Lazarul I Have Nothing nyanyian Whitney Houston O' Sole Mio nyanyian Luciano Pavarotti
(duet Syafinaz)
Azmirul Hampa Hatiku nyanyian Ungu Nakal nyanyian Gigi
(duet Hafiz Suip)
Zaaim Seroja nyanyian Search Aankhen Khuli / Chori Chori Sapno Mein / Ladki Badi Anjani Hai nyanyian Medley Artis
(duet Siti Nordiana)
Ranisha And I Telling You I'm Not Going nyanyian Jennifer Hudson
(duet Syafinaz)
Loving You nyanyian Minnie Riperton

Persembahan Terbaik : Pasya
Dua Terbawah : Azmirul & Lazarul
Tersingkir : Lazarul

Konsert Akhir

Minggu Akhir

Tarikh Disiarkan : 30 Disember 2018

Peserta Lagu Duet Lagu Solo
Ranisha Beribu Sesalan nyanyian 3 Suara
(duet Siti Sarah)
Listen nyanyian Beyoncé Knowles
Pasya Bohemian Rhapsody nyanyian Queen
(duet Jaclyn Victor)
Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha Omar
Azmirul Bagaikan Sakti nyanyian Dato' Siti Nurhaliza & Dato' M. Nasir
(duet Ernie Zakri)
Laksamana Raja Di Laut nyanyian Iyeth Bustami
Zaaim Gemuruh nyanyian Wings & Search
(duet Lan Solo)
Bukan Rayuan Gombal nyanyian Judika

Juara Mentor 7 : Zaaim
Naib Juara Mentor 7 : Pasya
Tempat Ketiga : Azmirul
Tempat Keempat : Ranisha

Kontroversi

  • Netizen mula mempertikaikan format undian online yang digunakan Mentor musim kali ini apabila Aizat Amdan membuat keputusan untuk tidak memilih Faris iaitu salah seorang protegenya yang mendapat undian online tertinggi iaitu sebanyak 85% ketika konsert minggu pertama berlangsung, namun sebaliknya Aizat lebih memilih dua lagi protegenya iaitu Pasya dan Megat yang masing-masing mendapat undian terendah sebanyak 9% dan 6% sekaligus dijadikan sebagai protege.
  • Ketua juri pertandingan ini, Dato' Wah Idris dikecam netizen dan penonton apabila menyingkirkan Taufiq, iaitu salah seorang protege kepada Siti Nordiana di konsert battle minggu pertama. Ini kerana tindakan beliau disifatkan sebagai kejam kerana penonton beranggapan bahawa penyingkiran Taufiq adalah tidak adil kerana seharusnya di minggu pertama tiada penyingkiran dilakukan kerana kesemua protege masih dalam proses pembelajaran dan masih banyak yang perlu dipelajari.

Kedudukan Protege

Ked. Protege Mentor Pencapaian
1. Zaaim Siti Nordiana Juara Mentor 7
2. Pasya Aizat Amdan Naib Juara Mentor 7
3. Azmirul Hafiz Suip Pemenang Tempat Ketiga
4. Ranisha Datuk Syafinaz Pemenang Tempat Keempat
5. Lazarul Datuk Syafinaz Tersingkir Minggu Separuh Akhir
6. Megat Aizat Amdan Tersingkir Minggu Keempat
7. Norman Hafiz Suip Tersingkir Minggu Ketiga
8. Taufiq Siti Nordiana Tersingkir Minggu Pertama
  • Tiada penyingkiran dilakukan di konsert battle minggu kedua dan minggu kelima.

Hadiah

  • Juara Mentor 7 : Wang tunai RM80,000 berserta sebuah kereta bernilai RM70,000
  • Naib Juara Mentor 7 : Wang tunai berjumlah RM40,000
  • Pemenang Tempat Ketiga : Wang tunai berjumlah RM20,000
  • Pemenang Tempat Keempat : Wang tunai berjumlah RM10,000

Rujukan

  1. ^ Muhamad Fairoz Azizan (31 Disember 2018) [1] Berita Harian. Dicapai pada 31 Disember 2018.