Nana Mahazan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nana Mahazan
Kelahiran
Nurul Hana Che Mahazan

(1983-07-01) 1 Julai 1983 (umur 40)
PendidikanDiploma Pengurusan Teknologi Maklumat, Cosmopoint
PekerjaanPenyanyi, pengacara, pelakon, penyampai radio
Tahun aktif2003–kini
PasanganMohamed Raqeem Brian (k. 2009)
Anak-anak2
IbuRosnah Harun
BapaChe Mahazan Che Aik
SaudaraZainal Alam Abdul Kadir (bapa saudara)
Laman web rasmiNana Mahazan

Nurul Hana Che Mahazan [1] atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan (lahir 1 Julai 1983) merupakan seorang selebriti & bergiat sebagai pengacara radio, pengacara, penyanyi dan juga seorang usahawan Malaysia. Nana menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia Musim 1 pada tahun 2003.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nurul Hana Che Mahazan dilahirkan pada 1 Julai 1983. Dilahirkan di Muar, Johor dan dibesarkan di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Beliau adalah anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik-beradik Superitendan Polis Che Mahazan Che Aik dan Rosnah Harun. Membesar di Kuching, Sarawak dan kemudian berpindah ke Seremban dan bersekolah di Sekolah Rendah Dato' Bandar Rasah sehingga Tahun 3. Kemudian keluarga beliau berpindah ke Kota Bharu, Kelantan dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) sehingga tamat Tahun 6.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa sehingga tamat Tingkatan 5 kerana bapa beliau bertugas sebagai seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Pekan, Pahang dan kemudian menyambung pengajian dalam bidang pengaturcaraan multimedia di Cosmopoint Muar.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Mohamed Raqeem Brian yang berasal dari Sarawak pada 6 Jun 2009[2] [3] [4] dan dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bermula sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia (musim 1), dan tersingkir pada minggu ke-7. Nana sempat juga menghasilkan 2 single, Katakan dan Lekas untuk album Evolusi 1. Nana kemudiannya ditawarkan pekerjaan sebagai penyampai di ERA FM. Setelah tamat kontrak, Nana bertugas pula di X FM.[6] Setelah menamatkan kontrak, Nana berehat untuk menumpukan kepada kehidupan keluarganya.

Selepas itu, Nana mendapat pelbagai tawaran pengacaraan di televisyen. Pelbagai rancangan bual bicara dan program realiti yang telah beliau terlibat sebagai pengacara.

Nana terlibat dalam bidang perniagaan apabila menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri menggunakan nama Nana Mahazan yang dipasarkan oleh Nana Mahazan Beauty.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gangster Elly Filem pertama
2009 Maut Sabrina
Sifu & Tongga[8] Pengacara Rancangan Pelik Tapi Benar Penampilan khas

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Akademi Fantasia (musim 1) Peserta Astro Ria
2006 Galaksi Pengacara TV9
2007–2008 Oh! Lelaki Astro Ria bersama Fara Fauzana
2012 Super Spontan 2012 Peserta Astro Warna Kumpulan Angsa Ganas
2014–2015 Pop Krew Pengacara TV9 bersama Deen Hot FM
2015 Super Spontan All Stars Peserta Astro Warna Kumpulan Kungfu Kipidap
2017 Ketuk-Ketuk Ramadan Artis undangan TV1
Pop TV ASK 2017 Pengacara TV9
2017–2018 Nasi Lemak Kopi O
2020 HTV TV1
Mic ON! (Musim 1) Awesome TV
2022 Karpet Merah Festival Filem Malaysia ke-32 FINAS Malaysia bersama Aril Pilus

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2005–2008 Rancangan Petang Di Era Era
2008–2011 X FM

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Evolusi (1)[9]
    • Katakan[10]penampilan Lil Zee
    • Lekas

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]