Seniman Bujang Lapok: Perbezaan antara semakan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
Tiada ringkasan suntingan Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 25: | Baris 25: | ||
Filem '''Seniman Bujang Lapok''' merupakan sebuah filem [[Melayu]] yang diterbitkan di [[Singapura]] pada tahun 6 Julai 1961. Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya, filem ini telah pun mengandingkan P.Ramlee dan [[Saloma]]. Filem ini adalah siri keempat "Bujang Lapok" tetapi kali terakhir memaparkan P. Ramlee, [[S. Shamsuddin]] dan [[Aziz Sattar]] sebagai Trio Utama dalam filem. Walau bagaimanapun filem ini bukan sambungan dari siri Bujang Lapok yang terdahulu. |
Filem '''Seniman Bujang Lapok''' merupakan sebuah filem [[Melayu]] yang diterbitkan di [[Singapura]] pada tahun 6 Julai 1961. Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya, filem ini telah pun mengandingkan P.Ramlee dan [[Saloma]]. Filem ini adalah siri keempat "Bujang Lapok" tetapi kali terakhir memaparkan P. Ramlee, [[S. Shamsuddin]] dan [[Aziz Sattar]] sebagai Trio Utama dalam filem. Walau bagaimanapun filem ini bukan sambungan dari siri Bujang Lapok yang terdahulu. |
||
Filem Seniman Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 6 Julai [[Filem Malaysia tahun 1961|1961.]] |
Filem Seniman Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 6 Julai [[Filem Malaysia tahun 1961|1961.]] Tajuk asal filem ini ialah Bujang Lapok Jadi Bintang |
||
Sumber: |
|||
HM Rohaizad dan FB page Repair Gambar Lama(sumber yang terpercaya). |
|||
Nota: |
|||
Sumber yang di beri adalah benar belaka dan tiada unsur vandalisme atau unsur "palatao" |
|||
==Ringkasan== |
==Ringkasan== |
Semakan pada 05:50, 9 Mac 2021
Seniman Bujang Lapok | |
---|---|
Pengarah | P. Ramlee |
Penulis | P. Ramlee (Cerita asal) H.M. Rohaizad (Lakon layar) |
Dibintangi | P. Ramlee Aziz Sattar S. Shamsuddin |
Sinematografi | A. Bakar Ali |
Disunting oleh | Lee Thian Yak |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Diedarkan oleh | Malay Film Productions Ltd. |
Tarikh tayangan | 6 Julai 1961 |
Masa tayangan | 120 minit |
Negara | Singapura |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Seniman Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 6 Julai 1961. Filem Seniman Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna oleh Shaw Brothers Limited dan dibuat oleh Malay Film Productions. Masih mengekalkan muka lama termasuk teraju utamanya, filem ini telah pun mengandingkan P.Ramlee dan Saloma. Filem ini adalah siri keempat "Bujang Lapok" tetapi kali terakhir memaparkan P. Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar sebagai Trio Utama dalam filem. Walau bagaimanapun filem ini bukan sambungan dari siri Bujang Lapok yang terdahulu.
Filem Seniman Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 6 Julai 1961. Tajuk asal filem ini ialah Bujang Lapok Jadi Bintang
Sumber:
HM Rohaizad dan FB page Repair Gambar Lama(sumber yang terpercaya).
Nota:
Sumber yang di beri adalah benar belaka dan tiada unsur vandalisme atau unsur "palatao"
Ringkasan
Plot
Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang bujang Ramlee, Aziz dan Sudin yang mendiami kawasan perumahan yang sesak. Tanpa pekerjaan dan mata pencarian, mereka mencuba nasib mereka sebagai pelakon filem.
Pengurus studio telah berjanji untuk memberikan peluang kepada mereka untuk berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat lakonan mereka dalam ’screen test’. Ternyata telatah dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian pengurus studio tersebut.
Adakah kemasyhuran yang akan dikecapi mereka sebagai bintang filem akan mengubah nasib mereka?
Cerita
Kisah kali ini memaparkan Bujang Lapok yang menganggur berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama beberapa kelamin beraneka bangsa dan ragam.
Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Merekapun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.
Di sana Manager Che Kemat Hassan, pengurus studio tidak menolak lamaran mereka untuk berkhidmat sebagai seniman. Mereka dibawa berjumpa dengan Director Ahmad Nesfu untuk discreen test.
Sakit jiwa, itulah yang dirasai oleh Director apabila menjalankan proses screen test. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Di bawah sinaran bulan purnama diganti dengan di bawah sinaran lampu minyak tanah. Suruh ikut dialog, memandai-mandai buat dialog sendiri. Macam-macam karenah Bujang Lapok.
Namun begitu Manager amat berpuas hati walaupun Director seperti tidak bersetuju. Apa pun Bujang Lapok kini sudah bergelar 'Seniman'.
Ramlee dan Salmah bercengkerama di taman. Berkasih sambil bergurau senda. Setelah itu, Ramlee pulang ke rumah. Di rumah Sudin dan Aziz sedang giat menghafal dialog untuk esok.
Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Kalau si suami dan 2 orang isterinya tidak berkelahi dengan suara yang kuat, maka bunyi tiupan trompet yang sumbang dari satu bilik yang lain. Jerit pekik, bunyi motosikal, bunyi radio dan banyak lagi.
Esoknya mereka berlakon. Oleh kerena karenah mereka yang memeningkan kepala Director itu telah menyebabkan Director sendiri pengsan. Apalah nasib mereka menjadi seniman. Mereka menjalani kerja dan kehidupan seperti biasa.
Ada satu lagi masalah besar. Ramlee cintakan Salmah dan mahu berkahwin dengannya. Tetapi Ramlee tidak mempunyai wang. Sementara itu, Salmah disuruh ibunya untuk berkahwin denga Shariff Dol, seorang samseng yang kaya dan berpengaruh.
Sedar akan saingannya yang hebat, Ramlee berusaha untuk meraih Salmah. Ramlee dan Shariff Dol berjumpa satu lawan satu. Itupun Ramlee pengsan dibelasah teruk.
Pertunangan Salmah dan Shariff diputuskan apabila ibu Salmah mengetahui hal yang sebenar. Shariff Dol bilang, jangan menyesal Salmah. Berita ini disambut gembira oleh Ramlee.
Sebagai rakan sebilik Ramlee, Sudin menolong dengan batu ajaibnya. Apalah nasibnya. Diharapkan $350 tetapi yang dapat cuma $5 saja daripada Manager Kemat Hassan.
Mujurlah Salmah mempunyai wang simpanan dan dapat menyelamatkan keadaan. Setelah puas bercengkerama mereka pun pulang. Mereka terperanjat apabila mendapati bahawa rumah mereka sedang galak dijilat api. Bagaimana apa itu bermula? Adakah ia dinyalakan orang? Terfikir oleh Salmah ia perbuatan Shariff Dol. Mereka berkumpul beramai-ramai. Kemudian mereka ke rumah Shariff Dol.
Di rumah Shariff Dol, Ramlee telah membelasah Shariff secukup-cukupnya sehingga Shariff menyerah kalah. Tindakan Ramlee ini berikutan penemuan dompet Shariff Dol berhampiran rumah mereka. Shariff ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.
Sesudah itu, Salmah membawa berita gembira buat Ramlee. Mereka boleh berkahwin kerana duit yang disangkakan terbakar sebenarnya telah selamat disimpan oleh ibunya di Pejabat Pos. [1]
Pelakon
- P. Ramlee sebagai Ramli
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Aziz Sattar sebagai Ajis
- Saloma sebagai Cik Salmah
- Shariff Dol sebagai Sharif Dol
- Aini Jasmin sebagai ibu Sharif Dol
- Ahmad Nisfu sebagai Tuan Director Ahmad Nisfu
- H. M. Busra sebagai Jiran Trumpet, kepada Ramli, Sudin dan Ajis
- M. Rafiee sebagai Jiran motorsikal bising, kepada Ramli, Sudin dan Ajis
- Mariam Baharum sebagai Isteri Jiran motosikal bising
- Nyong Ismail sebagai Pelakon watak Hang Kebun
- S. Kadarisman sebagai Pelakon Malay Filem Production
- Hashimah Yon sebagai Pelakon Malay Filem Production
- Kemat Hassan Pengurus Malay Filem Production
- S. Sudarmaji sebagai Penolong Pengarah, (assistant director)
- A. Rahim sebagai Pelakon Tambahan
- Ali Fiji sebagai Pelakon Tambahan
- Ahmad C sebagai Encik Ahmad
- Ahmad Mahmud sebagai Doktor
- M. Zain sebagai jiran India, kepada Ramli, Sudin dan Ajis
- Kuswadinata sebagai jiran dua isteri, kepada Ramli, Sudin dan Ajis
- Dayang Sofia sebagai dirinya sendiri
- Zaiton Abdullah sebagai dirinya sendiri
- Rahayu Madji (Ayu) sebagai Ayu
- Leng Hussain sebagai pemborong barang2 terpakai
- Hartinah Zainuddin sebagai Tinah, isteri pertama Abg. Kus(wadinata)
- K. Fatimah sebagai isteri kedua Abg. Kus(wadinata)
- M. Babjan sebagai Penarik beca
Runut Bunyi
- Menceceh Bujang Lapok (P. Ramlee, S. Shamsuddin & Aziz Sattar)
- Gelora (P. Ramlee & Saloma)
- Embun Menitik (Saloma)
- Senandung Kasih (P. Ramlee & Saloma)