Getaran dwibibir
Penampilan
| Nombor AFA | 121 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | B\ | ||
| |||
| Sampel audio | |||
Getaran dwibibir ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ʙ (huruf B besar yang dikecilkan) dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan B\ dalam X-SAMPA.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri getaran dwibibir:
- Cara artikulasinya ialah getaran, iaitu dihasilkan oleh getaran alat artikulasi.
- Daerah artikulasinya adalah dwibibir, iaitu disebut dengan menutup kedua-dua bibir.
- Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]| Bahasa | Perkataan | IPA | Erti | Catatan | |
|---|---|---|---|---|---|
| Ngwe | loghat Lebang | [àʙɨ́ ́] | 'abu' | ||
| Kele[1] | [mʙulim] | 'muka' | |||
| Pirahã | kaoáíbogi | [kàò̯áí̯ʙòˈɡì] | 'puaka' | alofon /b/ sebelum /o/ | |
| Titan[2] | [mʙutukei] | 'pinggan kayu' | |||
| Wari’ | [t͡ʙ̥ot͡ʙ̥oweʔ] | 'ayam' | |||
Petikan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Ladefoged (2005:165)
- ↑ Ladefoged (2005:165)
