Letusan gelungan bersuara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Letusan gelungan bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɖ͡ʐ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan dz\ dalam X-SAMPA. Letusan gelungan bersuara terdapat dalam bahasa Poland ( laminal) dan bahasa-bahasa Kaukasia Barat Laut (apikal).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri letusan gelungan bersuara:

  • Cara artikulasinya adalah letusan sibilan, iaitu dihasilkan mula-mulanya dengan menghalang arus udara sepenuhnya, kemudian mengarahkannya melalui alur pada lidah hingga ke hujung tajam gigi, menimbulkan gelora yang kuat.
  • Daerah artikulasinya adalah gelungan, iaitu disebut dengan hujung lidah digelungkan ke atas.
  • Jenis pembunyiannya adalah bersuara, iaitu pita vokal bergelar ketika penyebutan.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.