Kumpulan baka anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kumpulan baka ialah pengkategorian baka haiwan yang berkaitan oleh pertubuhan penyelia, digunakan untuk mengatur pertunjukan haiwan. Pada anjing, kelab kenel mentakrifkan Kumpulan Baka dan memutuskan baka anjing yang akan disertakan dalam setiap kumpulan baka. Kumpulan baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa digunakan untuk mengatur anjing untuk pertandingan antarabangsa. Kumpulan baka kerap mempunyai nama, dan berdasarkan, jenis anjing leluhur baka anjing moden, dengan longgar.

Kumpulan baka teraku[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Kinologi Antarabangsa memastikan bahawa anjing di 84 buah negara anggotanya boleh bertanding bersama-sama, dengan menubuhkan tatanama umum dan memastikan bahawa pedigri saling diakui di semua negara anggota. Maka secara antarabangsa, baka anjing diatur dalam sepuluh buah kumpulan, setiap satu dengan subbahagian menurut jenis dan asal usul baka.[1]

  • Kumpulan 1 - Anjing Biri-Biri dan Anjing Lembu (kecuali anjing lembu Switzerland)
  • Kumpulan 2 Pincer dan Schnauzer - Baka Molossoid - Anjing Gunung dan Anjing Lembu Switzerland
  • Bahagian 1: Jenis Pincer dan Schnauzer
  • Bahagian 3: Anjing Gunung dan Anjing Lembu Switzerland
  • Kumpulan 3 Terier
  • Bahagian 1: Terier bersaiz besar dan sederhana
  • Bahagian 2: Terier bersaiz kecil
  • Bahagian 3: Terier jenis bull
  • Bahagian 4: Terier mainan
  • Kumpulan 4 Dachshund
  • Kumpulan 5 Jenis Spits dan Primitif
  • Bahagian 1: Anjing Tarikan Nordik
  • Bahagian 2: Anjing Pemburu Nordik
  • Bahagian 3: Anjing Pengawal dan Gembala Nordik
  • Bahagian 4: Spits Eropah
  • Bahagian 5: Spits Asia dan baka berkaitan
  • Bahagian 6: Jenis primitif
  • Bahagian 7: Jenis primitif - Anjing Pemburu
  • Bahagian 8: Jenis primitif Anjing Pemburu dengan permatang di belakang
  • Kumpulan 6 Anjing Pemburu Bau dan Baka Berkaitan
  • Bahagian 1: Anjing Pemburu Bau
  • Bahagian 2: Hound (bau) cawak
  • Bahagian 3: Baka berkaitan (Anjing Dalmatia dan anjing belakang permatang Rhodesia)
  • Kumpulan 7 Anjing Penuding
  • Bahagian 1: Anjing Penuding Benua
  • Bahagian 2: Penuding dan Seter British dan Ireland
  • Kumpulan 8 Pengutip - Anjing Penggarah - Anjing Air
  • Bahagian 1: Pengutip
  • Bahagian 2: Anjing Penggarah
  • Bahagian 3: Anjing Air
  • Kumpulan 9 Anjing Teman dan Mainan
  • Bahagian 1: Bichon dan baka berkaitan
  • Bahagian 2: Pudel
  • Bahagian 3: Anjing Belgium Kecil
  • Bahagian 4: Anjing Tidak Berbulu
  • Bahagian 5: Baka Tibet
  • Bahagian 6: Chihuahua
  • Bahagian 7: Spaniel Mainan Inggeris
  • Bahagian 8: Chin Jepun dan Peking
  • Bahagian 9: Spaniel Mainan Benua
  • Bahagian 10: Kromfohrländer
  • Bahagian 11: Anjing jenis Molossus Kecil
  • Kumpulan 10 Anjing Pemburu Penglihatan
  • Bahagian 1: Anjing Pemburu Penglihatan berbulu panjang atau berumbai
  • Bahagian 2: Anjing Pemburu Penglihatan berbulu kasar
  • Bahagian 3: Anjing Pemburu Penglihatan berbulu pendek

The Kennel Club[sunting | sunting sumber]

The Kennel Club (UK) ialah kelab kenel asli dan tertua; kelab ini bukan anggota Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Untuk The Kennel Club, anjing ditempatkan dalam kumpulan berikut:[2]

"Pekerja" merujuk merujuk anjing yang terus bekerja untuk orang, seperti anjing polis, anjing pencarian dan penyelamatan dll. Ini tidak menandakan bahawa jenis anjing lain tidak bekerja. Anjing yang bekerja dengan haiwan ternakan terletak dalam Kumpulan Desa.

Australia dan New Zealand[sunting | sunting sumber]

Australian National Kennel Council dan New Zealand Kennel Club mengakui kumpulan serupa dengan The Kennel Club.

Kumpulan baka akuan Australian National Kennel Council:[3]

Kumpulan baka akuan New Zealand Kennel Club:[4]

Amerika Utara[sunting | sunting sumber]

Canadian Kennel Club dan dua kelab kenel penting di Amerika Syarikat mempunyai kumpulan serupa, sungguhpun mungkin tidak menyertakan anjing sama dalam kumpulan sama. Kumpulan baka akuan Canadian Kennel Club:[5]

Kumpulan baka akuan American Kennel Club:[6]

Kumpulan baka akuan United Kennel Club (US):[7]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Kelab kenel kebangsaan utama untuk setiap negara akan mengatur baka dalam kumpulan baka. Penamaan dan pengaturan kumpulan baka mungkin boleh ubah dari negara ke negara. Tambahan, sesetengah baka baharu jarang atau baka tradisional didokumenkan baru-baru ini mungkin menunggu kelulusan oleh kelab kenel tertentu, dan mungkin belum ditempatkan dalam kumpulan baka tertentu.

Tambahan pula kepada pejabat pendaftaran utama, ada hampir terlalu banyak kelab sukan, kelab baka, kelab kenel kecil, dan pejabat pendaftaran baka berdasarkan internet dan pendaftaran anjing yang dalamnya baka mungkin diatur dalam apa-apa kumpulan baka mungkin direka oleh kelab, pejabat pendaftaran kecil, atau perniagaan anjing.[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]