Kumpulan Pekerja (anjing)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kumpulan Pekerja ialah nama kumpulan baka anjing, digunakan oleh kelab kenel untuk mengelaskan koleksi tertakrif baka anjing. Kebanyakan kelab kenel berbahasa Inggeris utama menyertakan Kumpulan Pekerja, sungguhpun kelab kenel mungkin tidak menyertakan baka sama dalam Kumpulan Pekerjanya. Kumpulan Pekerja tidak mentakrifkan satu jenis anjing tertentu. Ini bukan pengelasan saintifik. Kumpulan Pekerja bukan istilah digunakan oleh persatuan kelab kenel antarabangsa, Persekutuan Kinologi Antarabangsa, yang lebih jelas membahagikan kumpulan bakanya mengikut jenis anjing dan sejarah baka.

Anjing pekerja[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Anjing pekerja

Ada banyak jenis kerja untuk anjing sebanyak jenis anjing. Anjing riba mungkin bekerja seperti anjing terapi, anjing gembala mungkin bekerja dengan ternakan, dan anjing pengawal mungkin bekerja dalam pertahanan orang atau harta. Kebanyakan anjing kini disimpan sebagai anjing peliharaan daripada untuk mana-mana kerja tertentu. Baka tulen moden dikembangkan daripada anjing jenis pengawal, gembala dan spits besar biasanya cepat belajar, dan haiwan cerdik dan berkemampuan ini boleh menjadi teman kukuh. Dimensi dan kekuatannya yang luar biasa sendiri, walau bagaimanapun, menjadikan banyak anjing pekerja tidak sesuai sebagai anjing peliharaan untuk keluarga sederhana. Hanya dengan kebaikan saiznya, anjing ini mesti dilatih dengan betul.

Baka Kumpulan Pekerja[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, kelab kenel menempatkan baka yang melakukan sesetengah jenis kerja giat secara fizikal dalam Kumpulan Pekerjanya. Di kawasan dunia yang penghasilan ternakan adalah penting dalam ekonomi, anjing desa ditempatkan dalam Kumpulan Pekerja. Di selebih dunia, anjing begitu ditempatkan dalam Kumpulan Gembala atau Kumpulan Desa, dan anjing yang dibiakbakakan secara tradisional untuk pengawalan, penyelamatan, kerja polis atau pengutus, serta anjing jenis spits besar, ditempatkan dalam Kumpulan Pekerja. Baka ini mungkin juga ditempatkan dalam Kumpulan Kebergunaan kelab kenel.

Baka Kumpulan Pekerja seperti ditakrifkan oleh kelab kenel utama[1]
Kumpulan Pekerja The Kennel Club (UK) Kumpulan Anjing Pekerja Canadian Kennel Club Kumpulan Pekerja American Kennel Club Kumpulan Anjing Pekerja Australian National Kennel Council Kumpulan Pekerja New Zealand Kennel Club
Anjing air Portugis Anjing air Portugis Anjing air Portugis Anjing Brie Anjing Brie
Anjing boxer Anjing Akita Anjing Akita Buhund Norway Buhund Norway
Anjing bulmastif Anjing beruang Karelia Anjing boxer Anjing collie berjanggut Anjing collie berjanggut
Anjing Denmark besar Anjing boxer Anjing bulmastif Anjing collie (lembut) Anjing collie (kasar)
Anjing Dobermann Anjing bulmastif Anjing gembala Anatolia Anjing collie sempadan Anjing collie (kasar)
Anjing Eskimo Kanada Cane corso Anjing gunung Bern Anjing corgi Wales (Cardigan) Anjing collie (lembut)
Anjing gembala Beauce Anjing Denmark besar Anjing gunung Switzerland besar Anjing corgi Wales (Pembroke) Anjing collie sempadan
Anjing gunung Entlebuch Anjing Eskimo Kanada Anjing husky Siberia Anjing Denmark besar Anjing corgi Wales (Cardigan)
Anjing Greenland Anjing Eurasia Anjing komondor Anjing gembala Australia Anjing corgi Wales (Pembroke)
Anjing gunung Bern Anjing Greenland Anjing kuvasz Anjing gembala Belgium (Groenendael) Anjing gembala Australia
Hovawart Anjing gunung Bern Anjing Leonberg Anjing gembala Belgium (Laeken) Anjing gembala Belgium (Groenendael, Tervuren, Laeken, Malines)
Anjing husky Siberia Anjing gunung Entlebuch Anjing Malamute Alaska Anjing gembala Belgium (Malines) Anjing gembala Bergamo
Anjing lembu Flandre Anjing husky Siberia Anjing mastif Anjing gembala Belgium (Tervueren) Anjing gembala Inggeris lama
Anjing Leonberg Anjing Kanaan Anjing mastif Bordeaux Anjing gembala Bergamo Anjing gembala Jerman
Anjing Malamute Alaska Anjing komondor Anjing mastif Napoli Anjing gembala Inggeris lama Anjing gembala Maremma
Anjing mastif Anjing kuvasz Anjing mastif Tibet Anjing gembala Jerman Anjing gembala Shetland
Anjing mastif Bordeaux Anjing Leonberg Anjing Newfoundland Anjing gembala Maremma Anjing gembala Sweden
Anjing mastif Napoli Anjing Malamute Alaska Anjing pincer Doberman Anjing gembala Shetland Anjing gembala tanah pamah Poland
Anjing mastif Pyrénées Anjing Newfoundland Anjing pincer Jerman Anjing gembala Sweden Anjing kelpie Australia
Anjing mastif Tibet Anjing mastif Anjing Pyrénées besar Anjing gembala Switzerland putih Anjing komondor
Anjing Newfoundland Anjing pincer Doberman Anjing Rottweil Anjing gembala tanah pamah Poland Anjing kuvasz
Anjing pengutip keemasan Anjing Rottweil Anjing Samoyed Anjing kelpie Australia Anjing Lap Finland
Anjing pincer Jerman Anjing Samoyed Anjing Santo Bernard Anjing komondor Anjing Lap Sweden
Anjing Rottweil Anjing Santo Bernard Anjing schnauzer besar Anjing kuvasz Anjing lembu Australia
Anjing Santo Bernard Anjing schnauzer (besar) Anjing schnauzer piawai Anjing Lap Finland Anjing lembu Flandre
Anjing schnauzer besar Anjing schnauzer (piawai) Anjing terier Rusia hitam Anjing Lap Sweden Anjing lembu ekor kontot Australia
Anjing terier hitam Rusia Anjing lembu Australia Puli
Anjing lembu ekor kontot Anjing pumi
Anjing lembu Flandre
Anjing puli Hungary
Anjing pumi

Fotograf[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pekerja Persekutuan Kinologi Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Kinologi Antarabangsa tidak menyertakan kumpulan berjudul "Kumpulan Pekerja"; kumpulannya, "Anjing Biri-Biri dan Anjing Lembu (kecuali anjing lembu Switzerland)", "Jenis Spits dan Primitif", dan "Pincer dan Schnauzer - Baka Molossoid - Anjing Gunung Switzerland dan Anjing Lembu dan Baka Lain" menyertakan mana-mana baka dicampurkan bersama-sama dalam pelbagai Kumpulan Pekerja kelab kenel.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]