Anjing gembala Beauce

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing Beauce)
Anjing gembala Beauce
Anjing Beauce
Nama lainAnjing Beauce
Beauceron
Bas-rouge
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 65–70 sentimeter (26–28 in)
Betina 61–68 sentimeter (24–27 in)
Bulu Lapis bulu ganda pendek, licin, dan tebal
Warna Hitam dan sawo matan atau kadang-kadang corak harlekuin
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Beauce[a] atau hanya anjing Beauce atau beauceron[b] ialah satu baka anjing gembala yang berasal dari dataran Perancis Tengah. Anjing Beauce juga dikenali sebagai bas-rouge ("stoking merah").

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing Beauce harlekuin (kiri) dan seekor anjing Beauce hitam dan sawo matang (kanan)

Baka ini berdiri setinggi 61–70 cm (24–28 in) dan berukuran seberat 30–45 kg (66–99 lb). Beauceron mempunyai lapis bulu luar keras dan lapis bulu bawah mirip wul yang tumbuh tebal-tebal dalam cuaca sejuk, terutamanya jika anjing berkenaan tidur di ruangan luar. Pewarnaan piawainya merupakan hitam dan sawo matang (sawo matang dirujuk dalam bahasa Perancis sebagai rouge écureuil, "merah tupai") atau kelabu, hitam, dan sawo matang yang dipanggil harlekuin. Warna-warna lain, seperti kuning keperang-perangan, kelabu, atau kelabu/hitam yang lazim dahulu, kini dilarang oleh piawaian baka. Lapis bulu harlekuin patut mempunyai lebih hitam daripada kelabu tanpa putih. Pada anjing hitam dan sawo matang, penandaan sawo matang patut muncul dalam dua titik di atas mata, di sisi muncung, yang memudar ke pipi, tetapi tidak sampai ke sisi bawah telinga, juga pada tekak, di bawah ekor, dan pada tungkai dan pada dada. Penandaan sawo matang pada dada patut muncul sebagai dua tompok tetapi plat dada boleh diterima. Pemotongan telinga tidak lagi diizinkan di kebanyakan negara.

Kuku embun ganda ialah ciri anjing Beauce.

Walaupun kebanyakan baka mungkin atau mungkin tidak mempunyai kuku embun (ramai pemilik baka lain menanggalkan kuku embun, terutamanya jika anjing berkenaan digunakan untuk padang dan perburuan), ciri penting anjing Beauce ialah kuku embun ganda. Untuk ditunjukkan, anjing gembala Beauce mesti mempunyai kuku embun ganda yang membentuk "ibu jari" cukup terpisah dengan kuku pada setiap tungkai belakang; apa-apa yang kurang akan mengakibatkan penyingkiran daripada pertunjukan anjing. Kuku embun ganda anjing Beauce bersambung dengan tulang (tidak seperti kebanyakan baka) dan sesetengah anjing malah mampu melenturkan setiap satu secara individu.[1][2][3] Beauceron tidak mempunyai masalah kesihatan spesifik baka.[4]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Seekor anjing Beauce
Anjing Beauce dengan telinga terpotong

Anjing Beauce dikenali di Perancis sebagai anjing pengawal, pembantu di sekeliling ladang (menggembala biri-biri atau lembu), dan/atau anjing sukan gelanggang (terutamanya pelatihan perlindungan). Baka atletik, sihat, dan berumur panjang ini telah dibiakbakakan untuk menjadi cerdas, tenang, lembut, dan tidak takut.[5] Anjing dewasa biasanya curiga terhadap orang asing dan merupakan anjing pengawal semula jadi cemerlang. Sebaliknya, ia biasanya menunggu arahan daripada pengendali apabila terdapat penglibatan orang asing, dan tidak berperhatian tajam mahupun silu. Ia bertahan dengan baik apabila dibesarkan dalam keluarga tetapi ia dapat tidur di luar, lebih baik untuk bertindak sebagai pengawal (lapis bulu kalis cuaca menjadikannya pengguna kenel unggul walaupun dalam musim sejuk paling sejuk). Ia mempunyai lapis bulu ganda ganda licin yang pendek.[6] Ia merupakan pelajar bersemangat dan dapat dilatih ke tahap tinggi. Walau bagaimanapun, perkembangan fizikal dan mentalnya adalah perlahan berbanding dengan baka serupa lain (cth. anjing gembala Jerman dan anjing gembala besar lain): ia tidak matang secara mental atau fizikal sehingga berusia kira-kira tiga tahun, jadi pelatihannya tidak patut digesa-gesakan. Senaman main-latih sekitar lima hingga sepuluh minit sehari dapat membuahkan hasil lebih baik daripada sesi pelatihan panjang atau ketat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا بوس; Perancis: berger de Beauce; bahasa Inggeris: Beauce sheepdog; Beauce sheep dog
  2. ^ Jawi: انجيڠ بوس; بوسرون; Perancis: beauceron

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "American Beauceron Club - The Beauceron Standard" (dalam bahasa Inggeris). Beauce.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2014. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  2. ^ Pierre Morjarret. "Standard du Berger de Beauce" (dalam bahasa Perancis). Amisdubeauceron.org. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  3. ^ [1] (Perancis) Diarkibkan 5 Julai 2007 di Wayback Machine
  4. ^ "Health Information" (dalam bahasa Inggeris). 2 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Disember 2022. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  5. ^ "Beauceron: Dog Breed Selector: Animal Planet" (dalam bahasa Inggeris). Animal Planet. Dicapai pada 21 Januari 2024.
  6. ^ "Beauceron Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Januari 2024.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Vous et votre beauceron (Perancis), dikarang oleh Pierre Boistel, diterbitkan oleh Editions de l'Homme, 8 Januari 1991, ISBN 2-7619-0900-3, 166 halaman.
  • Les Berger Francais (Perancis), dikarang oleh Philippe De Wailly dan Alain Dupont, diterbitkan oleh Solar, 12 September 1999, ISBN 2-263-02658-4.
  • Beauceron (Inggeris), dikarang oleh Meg Purnell Carpenter, diterbitkan oleh Kennel Club Books, Mei 2007, ISBN 978-1-59378-371-6, 160 halaman.
  • Le Beauceron (Perancis), dikarang oleh Monique Reverdy, diterbitkan oleh Artémis, 21 Mei 2003, ISBN 2-84416-181-2, 144 halaman.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Beauceron di Wikimedia Commons