Awan Dania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi filem, lihat Awan Dania The Movie.
Awan Dania
Poster AwanDania.jpg
Kad tajuk musim ketiga.
Genre Drama komedi romantik
Pencipta Nusantara Seni Karya
Ditulis oleh Sofia J. Rhyland
(musim 1 - musim 3)
Pengarah Azizi Chunk Adnan (musim 1-2)
Dinesh Samby (musim 3)
Dibintangi oleh
Scha Al-Yahya (Musim 1 - 3)
Jehan Miskin (Musim 2 - 3)
Gambit Saifullah (Musim 3)
Lagu pembukaan "Terbang Ke Awan", Atilia Haron
(Musim 1 - 2)
"Ilusi", Adira (Musim 3)
Lagu penutup "Terbang Ke Awan", Atilia Haron
(Musim 1 - 2)
"Ilusi", Adira
(Musim 3)
Negara asal  Malaysia
Bilangan musim 3
Bilangan episod 78
Penerbitan
Penerbit eksekutif Jamal Hj. Ismail
Navamogan Munian
Kevin Patrick
Brijesh Tanna
Namanzee Harris
Penerbit Raam Punjabi
Sinematografi Iesham Ramjan
Kamarul Arif
Tempoh siaran 45 minit
Syarikat penerbitan
Nusantara Seni Karya Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asal Astro Ria
Siaran asal 20 Oktober 2008 – 26 Mei 2011

Awan Dania merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2008 yang mengisahkan kisah seorang gadis tomboi bernama Dania yang ingin menjadi pramugari.[1][2] Drama ini dibintangi oleh Scha Al-Yahya[3] sebagai Dania dan diarahkan oleh Azizi “Chunk” Adnan dan disiarkan dari 20 Oktober 2008 hingga 26 Mei 2011, setiap Isnin jam 9 malam (pernah ditukarkan waktunya kepada 9.30 malam) di Astro Ria saluran 104 dengan lagu tema yang berjudul "Terbang Ke Awan", nyanyian Atilia Haron yang kemudiannya diganti dengan lagu "Ilusi" oleh Adira mulai musim ketiga.[4][5]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Musim 1 (2008–09)[sunting | sunting sumber]

Dania (Scha Al-Yahya), seorang gadis yang ingin menjadi pramugari, sesuatu yang tidak pernah masuk akal dalam fikiran gadis sepertinya. Dia merupakan seorang gadis yang lasak yang cekal membantu bapa dan abangnya bekerja mengendalikan bagasi. Dania sering memikirkan tentang masa depannya dan cemburu apabila melihat orang-orang di sekelilingnya terus berjaya dalam kehidupan masing-masing. Perkara ini ternyata berterusan sehingga Dania membuat keputusan untuk memulakan kerjayanya di awan biru dan menjadi bahan ketawa keluarganya. Adik-beradiknya tidak pernah memberinya semangat malah memperkecilkan keinginan Dania dalam bidang penerbangan. Nasib ternyata menyebelahinya apabila Dania ditawarkan mendaftarkan diri di kem latihan penerbangan.

Musim 2 (2009–10)[sunting | sunting sumber]

Berkisar kepada kehidupan seorang gadis yang bernama Dania yang yang berjaya mencapai impiannya untuk menjadi pramugari di sebuah syarikat penerbangan sebelum ini. Bagaimanapun, disebabkan menghormati persahabatan dengan rakannya, Dania mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat penerbangan lama dan menganggur untuk seketika.

Walaupun begitu, impian Dania untuk terbang di awan tidak pernah luntur dan akhirnya peluang tersebut datang apabila sebuah lagi syarikat penerbangan menawarkan peluang pekerjaan sebagai pramugari. Dania pergi ke sesi temuduga dan bertemu dengan salah seorang dari pengurus kanan di situ, Safura. Dania telah mengembalikan kenangan pertama sewaktu dia bekerja dengan usia yang lebih mentah dan diterima bekerja di situ. Episod baru dalam hidup Dania bermula sejurus memulakan tugasannya di tempat yang baru yang dikelilingi dengan rakan-rakan baru serta cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah Benjy (Jehan Miskin) yang menagih cinta Dania.

Musim 3 (2010–11)[sunting | sunting sumber]

Dania adalah seorang gadis tomboi yang bekerja sebagai pramugari di beberapa syarikat penerbangan pada mulanya. Dania menganggur kerana kontraknya telah tamat dengan Firefly dan kini sedang mencari syarikat penerbangan yang ingin mengambilnya bekerja. Kebetulan, Dania hampir dilanggar oleh seorang Tan Sri dan beliau telah dilamar oleh Tan Sri untuk bekerja dengannya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Scha Al-Yahya melakonkan watak Dania di dalam drama ini.

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Episod[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh siaran di Astro Ria
Episod pertama Episod terakhir
1 26 20 Oktober 2008 13 April 2009
2[6] 26 28 September 2009 22 Mac 2010
3 26 22 November 2010 26 Mei 2011

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema drama ini ialah "Terbang Ke Awan" yang dipersembahkan oleh Atilia Haron yang dimuatkan dalam album sulungnya, Sangkar (2007). Ia digunakan sebagai muzik tema untuk musim pertama dan kedua Awan Dania. Bermula dari musim ketiga, lagu "Ilusi" nyanyian Adira menjadi lagu tema baru, ia dimuatkan dalam album sulungnya, Dewi Cinta yang dikeluarkan empat tahun kemudian.

No. Tajuk Penulis Penyanyi Masa
1. "Terbang Ke Awan"   Amir Syawal, Alex Subryn Luis Atilia Haron 3:40
2. "Ilusi"   Audi Mok, Ad Samad Adira 3:05

Adaptasi filem[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Awan Dania The Movie

Sebuah filem adaptasi drama telah diumumkan oleh Tayangan Unggul, dengan Rashid Sibir menggalas tugas sebagai pengarah. Scha Al-Yahya kembali menjayakan peranannya sebagai Dania dengan penambahan barisan pelakon asal dan baru terdiri daripada Elly Mazlein, Jehan Miskin, Rusdi Ramli dan Hans Isaac. Awan Dania The Movie ditayangkan pada 13 Mac 2013.[7][8][9][10][11]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2010 Anugerah Skrin 2010 Drama Berantai Awan Dania Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Awan Dania makes its debut on Astro Ria", New Straits Times, 19 October 2009.
  2. ^ "Awan Dania bakal menemui penonton di Astro Ria", Berita Harian, 19 Oktober 2009.
  3. ^ Azhariah Kamin (27 April 2011). "Scha a star". The Star (Malaysia). Dicapai 18 Januari 2014. 
  4. ^ Budiey (28 September 2013). "Awan Dania Musim Kedua Malam Ini". Sensasi Selebriti. Dicapai 18 Januari 2014. 
  5. ^ "(Gossip) Scha al-Yahya Bakal Diganti Dalam Musim Baru Awan Dania". Rotikaya. 16 Disember 2009. Dicapai 18 Januari 2014. 
  6. ^ "Awan Dania Musim Kedua Malam Ini". Sensasi Selebriti. 28 September 2009. Dicapai 18 Januari 2014. 
  7. ^ Garapan berbza dalam Awan Dania The Movie mStar Online (15 Mac 2013). Dicapai pada 15 Mac 2013.
  8. ^ "Awan Dania The Movie". Bro Framestone. 18 Mac 2013. Dicapai 18 Januari 2014. 
  9. ^ "Awan Dania ke layar perak". Astro Awani. 5 Mac 2013. Dicapai 18 Januari 2014. 
  10. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (16 Mac 2013). "Misi Dania". Sinar Harian. Dicapai 18 Januari 2014. 
  11. ^ "Scha stereotaip, Elly kunci mulut". Kosmo!. 14 Mac 2013. Dicapai 18 Januari 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]