Raya Tak Jadi!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raya Tak Jadi!
Rayatakjadiposter01.jpg
Poster filem Raya Tak Jadi
Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen
Penerbit Ahmad Puad Onah
A Latiff Mohaideen
Dibintangi oleh Saiful Apek
Johan Raja Lawak
Dato' Jalaluddin Hasan
Iedil Putra
Wan Sharmila
Disunting oleh Mohd Ridzuan
Faizul A. Rashid
Syarikat
produksi
Grand Brilliance
Lineclear Motion Pictures
Mula ditayangkan
15 September 2011
Tempoh tayangan
93 minit
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1.06 juta[1]
Box office RM 3.64 juta

Raya Tak Jadi! merupakan sebuah filem genre komedi kekeluargaan yang ditayangkan pada 15 September 2011 di Malaysia. Filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini turut dibintangi oleh Saiful Apek, Johan dan Dato' Jalaluddin Hassan. Filem ini mengisahkan apabila pengumum tarikh hari raya diculik dan misi dua beradik untuk membawa mangsa culik ke tempat asalnya.

Filem ini ditayangkan pada pertengahan hari raya Aidilfitri.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Maklum Balas[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Selepas empat hari tayangan, filem ini berjaya mengutip RM 3.1 juta. Hal ini mengembalikan kejayaan Prof. Razak selepas siri Anak Mami yang beliau arahkan, suatu masa lalu[2].

Keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Filem ini berjaya membawa penonton perasan raya dengan tema yang digunakan. Gandingan Saiful Apek dengan Johan berjaya mencuit hati penonton yang berada di pawagam. Tetapi, ada sedikit kelam-kabut dengan beberapa babak dilihat tidak perlu. Hal ini kan menyebabkan filem ini menjadi sedikit melerat dan membosankan. Tetapi, lawak yang ditonjolkan berjaya menutup kesilapan itu[3]. Filem ini berjaya menaikan nama Prof. A. Razak Mohaideen selepas selama ini suram.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]