Mohamad Fakhrudin bin Abd Aziz
Yang Berhormat Tuan Mohamad Fakhrudin bin Abdul Aziz | |
|---|---|
محمد فخرالدين عبدالعزيز | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Kamunting | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | Muhd Fadhil Nuruddin (PH–AMANAH) |
| Majoriti | 3,100 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohamad Fakhrudin bin Abdul Aziz |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (2020–kini) |
| Anak | 4 |
| Pendidikan | Maahad Tarbiyah Al-Islamiah |
| Tempat belajar | Universiti Ar Raniry, Acheh (BA) |
Mohamad Fakhrudin bin Abd Aziz merupakan seorang ahli politik serta bekas seorang Pendidik dan kin telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Kamunting sejak November 2022. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), dan sebelum ini merupakan sebahagian daripada gabungan PR dan GS.[1]
Pernah berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Maahad Al Khair Lil Banat, kamunting bermula 1992 hingga 2013. Pernah kalah dalam Pilihanraya yang ke 13 dan 14 bagi Dun Kamunting dan menang pada PRU 15.
Sebelum memenangi kerusi Dun Kamunting pada PRU15 beliau mengusahakan agensi Umrah dan Haji Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd cawangan Kamunting, Perak.
Sewaktu PAS membentuk kerajaan bersama UMNO di perak pada tahun 2019 hingga 2022 beliau menjadi Pegawai Khas kepada YB Akmal bin Kamarudin yang menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) ketika itu.
YB Kamunting ini seorang yang mudah bila berurusan dengannya, mesra dengan sesiapa sahaja tidak kira apa status samada tua muda dan bangsa.[2]
Beliau seorang yang begitu aktif memperjuangkan nasib rakyat di kamunting. antaranya ialah
- Menyediakan bantuan makanan sekiranya ada yang keputusan bahan makanan di rumah
- Di Pejabat Pusat Khidmat Dun Kamunting sentiasa di sediakan beras untuk mereka yang memerlukan dengan tidak mengira apa status bangsa.
- Menyalurkan bantuan Katil untuk pesakit dan mereka yang berkeuzuran.
- YB juga menyediakan Unit Khas bagi menangani keperluan segera bencana seperti pokok tumbang, ribut , banjir dan khidmat semasa yang di perlukan.
- Memperjuangkan lampu LED yang di pasang sepanjang tiang lampu isyarat di simpang masuk ke Kampung Expo dan Taman Kamunting Jaya ini memudahkan pengguna dan mengurangkan risiko kemalangan yang datang dari Tol Kamunting,
- Meminta pihak Kerajaan menurap semula jalan yang berombak dan tidak rata di persimpangan Lampu Isyarat Masjid Kamunting yang boleh menyebabkan risiko kemalangan terutama pengguna motorsikal.
- Meminta pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memperbaiki kerosakan tandas awan di Taman Tasek Kamunting yang menjadi penggunaan utama orang ramai apabila berlaku program di Dataran Taman Tasik kamunting.
- Meminta Pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memperbaiki kerosakan Surau dan Paip di Taman Tasik Kamunting.
- Meminta Pihak JKR memasang lampu di sepanjang jalan bermula dari turun flyover kamunting dari arah Tol Kamunting hingga ke Stesen Minyak Petron, kerana waktu malam jalan itu gelap dan merbahaya bagi pengguna jalanraya tersebut.
- Berbincang dengan pihak JPS Daerah bagi mengadakan 2 kolam takungan air di Kg Sg Relong bagi mengatasi masaalah banjir di Kamunting.
- Setiap tahun menyediakan bantuan Back To School kepada murid yang tidak berkemampuan walaupun tiada Peruntukan Back To Scholl dari pihak kerajaan.
- YB juga sering menziarahi rakyat yang sakit dengan hadir kerumah mereka dan menghulurkan sumbangan tidak kira apa bangsa.
- Beliau sering kelihatan memenuhi jemputan kenduri di kawasannya.
Isu yang di bawa oleh YB di Persidangan Dun Perak
- Banjir di Kg Expo, Kg Sungai Relong, Kg Batu 5, Kg Sungai Ranting dan Kg Baru Kamunting
- Memohon pihak kerajaan membuat jajaran longkang untuk kg Baru, Kg Sg Ranting Kg Expo, Kg Sungai Relong dan Kg Batu 5.
- Melengkapkan infrastruktur seperti longkang, jalan raya dan kemudahan asas lain di Kg Sungai Relong, Kg Batu 5, Kg Sungai Ranting dan Kampung Baru Kamunting.
- Mengemukakan permasaalah khusus untuk Kg Batu 5, Kamunting supaya pihak kerajaan berkenaan lombong terbiar dio belakang Kg Batu 5 dimana ianya terlalu semak dan mengakibatkan binatang berbisa mengancam penduduk setempat
- Mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan agar melebarkan jalan masuk ke Kampung Sungai Relong, ini kerana jalan masuk terlalu sempit dan menyukarkan kenderaan keluar dan masuk akibatnya kemalangan sering berlaku.
- Memohon pihak kerajaan memasang lampu jalan sepanjang jalan A7 (Kamunting Batu Kurau) yang begitu gelap waktu malam dan sering berlaku kemalangan dan ada yang tekorban.
- Meminta pihak kerajaan menyelesaikan isu pengurusan Tapak Pasar Kamunting yang menjadi pertikaian antara peniaga kepada pihak Majlis Perbandaran Taiping, dimana peniaga tidak berpuas hati pihak Majlis Perbandaran Taiping memberi kepada Kelab buah Pinggang untuk menguruskan pasar tersebut.
- Meminta pihak kerajaan menurap dataran Bazar Ramadan Kamunting dan Tapak Pasar kamunting.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | N16 Kamunting | Mohamad Fakhrudin bin Abdul Aziz (PAS) | 10,897 | 48.04% | Mohamad Zahir Abdul Khalid (UMNO) | 11,784 | 51.96% | 22,893 | 887 | 84.10% | ||
| 2018 | Mohamad Fakhrudin bin Abdul Aziz (PAS) | 5,276 | 22.65% | Muhd Fadhil Nuruddin (AMANAH) | 9,898 | 42.50% | 23,980 | 1,780 | 79.90% | |||
| Mohamad Zahir Abdul Khalid (UMNO) | 8,118 | 34.85% | ||||||||||
| 2022 | Mohamad Fakhrudin bin Abdul Aziz (PAS) | 13,045 | 43.98% | Muhd Fadhil Nuruddin (AMANAH) | 9,945 | 33.53% | 29,664 | 3,100 | 74.44% | |||
| Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie (UMNO) | 6,674 | 22.50% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Calon PRU Fakhrudin Aziz". pru.sinarharian.com.my.
- ↑ "FB Pusat Khidmat Ustaz Fakhrudin".
- ↑ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
- ↑ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.