Neptunium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sfera Neptunium-237

Neptunium adalah unsur radioaktif bersimbol Np dan bernombor atom 93 berbentuk pepejal keperakan yang digunakan dalam alat pengesan neutron.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Neptunium merupakan unsur aktinid yang keras, mulur dan berwarna kelabu. Tahap-tahap pengoksidaannya berjulat daripada +3 ke +7, dengan tahap +5 merupakan tahap paling stabil, tetapi tahap +4 merupakan tahap yang biasa dipilih dalam sebatian neptunium pepejal.

Isotop[sunting | sunting sumber]

Neptunium memiliki 24 radioisotop, dengan isotop 237Np ialah radioisotop yang paling stabil dengan separuh hayat selama 2.14 juta tahun. Empat radioisotop metastabil neptunium juga wujud, dengan 236mNp adalah paling stabil dengan separuh hayat selama 22.5 jam.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama unsur ini dipilih sempena planet Neptun yang bersebelahan dengan planet Uranus.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nucleonica (2007–2013). "Universal Nuclide Chart". Nucleonica: Web Driven Nuclear Science. Dicapai 2013-10-15.  Templat:Registration required.
  2. ^ Seaborg, G. T. (1994). "Ch. 118. Origin of the actinide concept". dalam K. A. Gschneidner, Jr.; L, Eyring; G. R. Choppin; G. H. Landet. Handbook on the Physics and Chemistry of Rare Earths. 18 – Lanthanides/Actinides: Chemistry. Elsevier. m/s. 4–6, 10–14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]