Rodium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Serbuk rodium

Rodium adalah sejenis unsur kimia dengan simbol Rh dan nombor atom 45. Unsur logam daripada bijih platinum ini digunakan untuk membuat aloi, barang kemas, dan mangkin untuk aloi platinum. Rodium ialah logam berharga yang paling mahal.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rodium ditemui oleh William Hyde Wollaston pada tahun 1803 melalui uji kaji terhadap sebuah bijih platinum sejurus selepas penemuan paladium.[1][2] Nama unsur ini, "rodium" diambil daripada perkataan Yunani, rhodon (ῥόδον, mawar) kerana garam rodium memberi warna merah mawar apabila dalam larutan.[3]

Sifat[sunting | sunting sumber]

Rodium ialah logam yang keras, teguh dan memiliki warna kelabu bersinar. Logam ini sukar untuk dibentuk kepada oksida, meskipun apabila dipanaskan.[4]

Isotop[sunting | sunting sumber]

Rodium hanya memiliki satu isotop alami, yakni 103Rh yang bersifat stabil. Secara keseluruhannya, terdapat 34 isotop rodium dengan jisim atom berjulat 89 ke 122, dengan 101Rh ialah radioisotop rodium paling stabil dengan separuh hayat selama 3.3 tahun.

Kewujudan[sunting | sunting sumber]

Rodium ialah salah satu unsur paling jarang dijumpai di kerak Bumi, dengan kepekatan dianggarkan sebanyak 0.0002 bahagian per juta.[5]

Perlombongan[sunting | sunting sumber]

Perlombongan rodium adalah rumit kerana tidak banyak mineral semula jadi rodium dan bijih rodium biasanya tercampur dengan logam-logam seperti perak, platinum dan paladium. Rodium pada kebanyakannya dilombong daripada bijih-bijih platinum.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Logam rodium biasanya diguna pakai sebagai mangkin dalam pelbagai situasi, umumnya dalam penukar bermangkin, di mana hidrokarbon, karbon monoksida dan nitrogen oksida dari ekzos kenderaan ditukarkan kepada gas-gas tidak berbahaya sebelum dilepaskan terhadap persekitaran. Rodium banyak dipilih berbanding logam-logam kumpulan paltinum lain sebagai mangkain bagi tindak balas penukaran nitrogen oksida kepada gas oksigen dan nitrogen.[6]

2 NOxx O2 + N2

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wollaston, W. H. (1804). "On a New Metal, Found in Crude Platina". Philosophical Transactions of the Royal Society of London. 94: 419–430. doi:10.1098/rstl.1804.0019. 
  2. ^ Griffith, W. P. (2003). "Rhodium and Palladium – Events Surrounding Its Discovery". Platinum Metals Review. 47 (4): 175–183. 
  3. ^ Hiromu, Sakurai (1998). 元素111の新知識 (dalam bahasa Jepun). Kodansha. m/s. 216. ISBN 4-06-257192-7. 
  4. ^ Cramer, Stephen D.; Covino, Jr., Bernard S., para penyunting (1990). ASM handbook. Materials Park, OH: ASM International. m/s. 393–396. ISBN 978-0-87170-707-9. 
  5. ^ Barbalace, Kenneth, "Table of Elements". Environmental Chemistry.com; 2007-04-14.
  6. ^ Shelef, M.; Graham, G. W. (1994). "Why Rhodium in Automotive Three-Way Catalysts?". Catalysis Reviews. 36 (3): 433–457. doi:10.1080/01614949408009468. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Rodium di Wikimedia Commons