Pengguna:Zack2007/AirAsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AirAsia
IATA
AK
ICAO
AXM
Callsign
Asian Express
Founded1993
HubsLTA Kuala Lumpur
Focus citiesLTA Bangkok
LTA Soekarno Hatta
LTA Kota Kinabalu
LTA Kuching
LTA Senai
Frequent flyer programTiada
Member loungeTiada
AllianceTiada
Fleet size51
Destinations48
HeadquartersKuala Lumpur
Key peopleTony Fernandes (CEO)
Website: www.airasia.com


AirAsia ialah penerbangan nasional kedua Malaysia. Berpengkalan di Malaysia, AirAsia ialah penerbangan tambang rendah pertama di Asia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ianya dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandez dengan harga seringgit sesaham. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.

Pada tahun 2003, AirAsia menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka kedua kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura dan melancarkan penerbangan ke Thailand. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford Stadium di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.

Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.

Pada 27 Mac 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan dengan 19 laluan domestik utamanya sebagai sebahagian program rasionalisasi laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan domestiknya dialihkan kepada AirAsia sejak 1 Ogos 2006.

Syarikat usahasama[sunting | sunting sumber]

Thai AirAsia[sunting | sunting sumber]

Thai AirAsia (bahasa Thai: ไทยแอร์เอเชีย) ditubuhkan pada 8 Disember 2003 sebagai usahasama dengan Shin Corporation. Pengendalian penerbangan bermula pada 13 Januari 2004 dari tapaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang. Sejak 25 September 2006, syarikat ini bertapak di tempat barunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.

Indonesia AirAsia[sunting | sunting sumber]

AirAsia mengambil alih syarikat Awair yang ketika itu gulung tikar pada 2004 dengan 49% pegangan saham dalam syarikat tersebut. Awair memulakan operasi bagi pihak AirAsia pada Disember 2004; penjenamaan semula sepenuhnya kepada Indonesia AirAsia selesai pada 1 Disember 2005. Syarikat ini bertapak di Lapangan terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

FlyAsianXpress (FAX)[sunting | sunting sumber]

AirAsia mensubkontrak pengendalian Perkhidmatan Penerbangan Luar Bandar di Sabah dan Sarawak yang dahulunya dikendali oleh Malaysia Airlines kepada syarikat baru bernama FlyAsianXpress (FAX). Ditubuhkan pada 1 Ogos 2006, penerbangan ini dimiliki secara swasta oleh pengurusan AirAsia.

AirAsia X[sunting | sunting sumber]

AirAsia X adalah perkhidmatan baru FlyAsianXpress sebagai sebahagian francais AirAsia [1] yang bakal menawarkan perkhidmatan jarak jauh dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat Airbus A330-300 atau Boeing 777-300 dengan tambang sekurang-kurangnya RM9.99 (tidak termasuk cukai dan caj lapangan terbang) [2]. AirAsia X dijangka mula beroperasi pada Julai 2007 dan bakal merangkumi tiga benua - Eropah, Asia dan Australia. Destinasi-destinasi dijangka termasuk Hangzhou dan Tianjin di China, Amritsar di India, Sharjah di Emiriah Arab Bersatu dan juga Manchester di United Kingdom. [3]

Bangladesh AirAsia[sunting | sunting sumber]

AirAsia menandatangani memorandum persefahaman degan East West Airlines, syarikat bersaudara kepada Kumpulan Orion di Bangladesh, bagi mengendali usahasama syarikat penerbangan dan khidmat penerbangan bajet rendah sulung di Bangladesh.[4]

AirAsia Lanka[sunting | sunting sumber]

AirAsia Lanka, dahulunya HolidayAir, merupakan terinal penerbangan tambang rendah yang bertapak di Sri Lanka yang kini dimiliki 100% oleh kepentingan Sri Lanka, namun bakal bernaung di bawah nama AirAsia serta memakai sistem penempahan tiket dan kemudahan latihan juruterbang AirAsia, tambahan pula ada opsyen bagi AirAsia untuk membeli sahamnya pada amsa akan datang. Penerbangan dijadualkan bermula pada Mac 2007.[5]


Pesawat[sunting | sunting sumber]

Penyediaan kemudahan pengangkutan darat[sunting | sunting sumber]

AirAsia menawarkan pengangkutan transit melalui darat dan laut from bagi destinasi berikut melalui kerjasama dengan pengendali tempatan:

Destinasi[sunting | sunting sumber]

AirAsia's Boeing 737

Untuk rencana lanjutan lihat Destinasi-destinasi AirAsia

Perkhidmatan AirAsia meliputi Asia Tenggara dan Asia Timur

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


  1. ^ "X-citing deal for air travellers". The Star. 2007-01-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "AirAsia X London flights from RM9.99". The Star. January 5, 2007.
  3. ^ "AirAsia X launched as new long-haul budget carrier". Channel News Asia. January 5, 2006.
  4. ^ Nazrul Islam. "Air Asia eyes Bangladesh skies". New Age.
  5. ^ Munza Mushtaq (2 September 2006). "Sri Lanka's first ever budget airline ties up with Asia's best". Asian Tribune.