Penerbangan 653 Malaysia Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Penerbangan 653 Malaysia Airlines
Ringkasan perampasan
Tarikh4 Disember 1977
RingkasanPerampasan
TempatTanjung Kupang, Johor, Malaysia
Penumpang93
Anak kapal7
Kematian100 (semua)
Terselamat0
Jenis pesawatBoeing 737-2H6
PengendaliMalaysia Airlines
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
DestinasiLapangan Terbang Singapura (Paya Lebar)

Penerbangan 653 Malaysia Airlines (MH653), sebuah pesawat Boeing 737-2H6 didaftarkan sebagai 9M-MBD (dihantar September 1972 sebagai 9M-AQO), jatuh terhempas di Tanjung Kupang, Johor, di Malaysia pada petang 4 Disember 1977.[1] Ia adalah kemalangan yang pertama dan paling membawa maut untuk Malaysia Airlines, dengan kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal terbunuh serta-merta.[2][3] Penerbangan ini kelihatan seperti dirampas sebaik sahaja ia mencapai altitud jajap. Keadaan bagaimana perampasan dan seterusnya kejatuhan terhempas terjadi masih belum diselesaikan.

Nombor penerbangan[sunting | sunting sumber]

Kini, Malaysia Airlines menggunakan penerbangan 653 sebagai penerbangan dari Pulau Pinang ke Singapura setiap hari, berlepas pada pukul 11:05 dan tiba pada pukul 12:25.

Urutan kejadian[sunting | sunting sumber]

Penerbangan 653 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Landasan 22 pada pukul 1921 GMT+8 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah).[4] Penumpang termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Ali Haji Ahmad;Pengarah Jabatan Kerja Raya Dato' Mahfuz Khalid; dan Duta Besar Cuba ke Malaysia.[1][5] Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K. Ganjoor. Juruterbang pesawat itu adalah Pegawai Pertama Karamuzaman Jali.

Kewarganegaraan [6] Korban
 Malaysia 73
 United Kingdom 5
 West Germany 4
 Australia 3
 India 3
 Indonesia 3
 Cuba 2
 Afghanistan 1
 Canada 1
 Japan 1
 Greece 1
 Singapore 1
 Thailand 1
 United States 1
Total 100

Pada jam 19:54, ketika pada altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang dan menurun menuju landasan 33, Kapten G.K. Ganjoor melaporkan kehadiran "Perampas yang tidak dikenali" ke Menara Subang. Pihak Lapangan Terbang menerima laporan tersebut dan seterusnya membuat persiapan kecemasan di Lapangan Terbang Subang.

Beberapa minit kemudian, Kapten Ganjoor berkata melalui radio: "We're now proceeding to Singapore..." ("Kami kini menuju ke Singapura..."). Namun Pesawat MH653 tidak mendarat di Singapura.[7]

Pada jam 20:15,Kesemua hubungan komunikasi dengan Penerbangan MH653 telah terputus.

Pada Jam 20:36, Penduduk Kampong Ladang, Tanjong Kupang, Johor melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan dan melihat bangkai pesawat yang terbakar di kawasan paya. Bangkai pesawat tersebut akhirnya dikenalpasti sebagai pesawat MH653. Pesawat tersebut melanggar bumi pada kelajuan yang tinggi pada sudut hampir menegak. Tiada seorang pun daripada kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut terselamat.

Akibat[sunting | sunting sumber]

Sesetengah mengagak bahawa Tentera Merah Jepun bertanggung jawab, walaupun tiada bukti lanjut diberikan untuk menyokong hipotesis ini telah dimajukan.[8]

Kesemua mayat anak kapal dan penumpang menjalani pemeriksaan sinar-X dalam percubaan untuk mencari tinggalan projektil ataupun senjata, namun tiada satu pun yang dijumpai. Kesemua mayat mereka kemudiannya dikebumikan di dalam satu liang lahad besar.[9]

Peringatan[sunting | sunting sumber]

Tapak Peringatan Nahas tersebut terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, Malaysia.[5] Ianya dikenali sebagai Taman Peringatan Tanjung Kupang dan didirikan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 8 Disember 1977, 4 hari selepas nahas.

Dalam media[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • D. B. Cooper, salah satu daripada beberapa kes rampasan terpecahkan di dunia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "A hijacked Malaysian airlines jet with 100 persons aboard exploded and crashed Sunday night". Associated Press. 1977-12-04. 
  2. ^ "Malaysia Airlines flight crashes with 50 on board". Agence France Presse. 1995-09-15. 
  3. ^ "Worst MAS plane crash occurred in 1977". New Straits Times. 1995-09-15. m/s. 4. 
  4. ^ "328 killed in nine incidents". New Straits Times. 1996-09-01. m/s. 4. 
  5. ^ a b "Memorial tells a sad tale of neglect". Business Times. 2000-01-15. 
  6. ^ "Names list on the Tanjung Kupang Memorial plaque"
  7. ^ Dennis, William (2000-01-04). "Asian Rebound Boosts Startups, But Safely Remains A Concert [sic]". Aviation Daily. 
  8. ^ Ethiopia mourns crash victims. CNN, 25 November 1996 (see last paragraph).
  9. ^ "Mass burial planned for unidentified victims". New Straits Times. 1995-09-18. m/s. 7. 

Templat:Aviation incidents and accidents in 1977