Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
Sultan Abdul Halim Airport Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim لاڤـڠـن تربڠ سلطان عبدول حاليم 苏丹阿卜杜勒哈利姆机场 சுல்தான் அப்துல் ஹலிம் விமான நிலையம் | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | |||||||||||
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam dan Ketenteraan | ||||||||||
Hak milik | Khazanah Nasional Berhad | ||||||||||
Pengendali | Malaysia Airports | ||||||||||
Destinasi | Alor Setar, Kedah, Malaysia | ||||||||||
Lokasi | Kepala Batas, Alor Setar, Kedah, Malaysia | ||||||||||
Zon masa | MST (UTC+08:00) | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 15 kaki / 5 m | ||||||||||
Koordinat | 06°11′40″N 100°24′03″E / 6.19444°N 100.40083°EKoordinat: 06°11′40″N 100°24′03″E / 6.19444°N 100.40083°E | ||||||||||
Laman sesawang | www | ||||||||||
Peta | |||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2018) | |||||||||||
| |||||||||||
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (IATA: AOR, ICAO: WMKA) ialah lapangan terbang yang beroperasi di Alor Setar, bandar raya di Kedah, Malaysia. Lapangan terbang ini ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim terletak 13 km dari bandar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Lapangan Terbang ini berkeupayaan untuk menerima operasi pesawat Airbus A330,A320,B737 serta saiz pesawat seumpamanya . Landasannya dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah mangendalikan 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang. Tahun 2011 peningkatan kepada 407,717 penumpang dan 19,261 kendalian pesawat. Bangunan terminal mempunyai dua tingkat dimana tingkat bawah untuk ruang Ketibaan dan tingkat atas untuk Perlepasan. Terdapat dua jejambat pesawat "aerobridge" iaitu Gate 1 dan Gate 2. Ianya hanya digunakan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk pesawat B737 tetapi penerbangan tambang murah airasia pesawat A320 menggunakan tangga merah beroda buatan sendiri. Pengguna harus berhati-hati semasa menggunakan tangga ini terutamanya kanak-kanak,warga OKU dan warga tua.
Pengkalan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia juga terletak dan menggunakan landasan dan lapangan terbang yang sama.
Terminal[sunting | sunting sumber]
Terminal baharu Lapangan Terbang Alor Setar sedia beroperasi pada 5 Mei 2006.
Alamat :-[sunting | sunting sumber]
- Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim,
- 06550 Alor Setar, Kedah,
- MALAYSIA.
- Tel: +604 714 2994
- Fax: +604 714 5345
Pengangkutan sambungan darat[sunting | sunting sumber]
Lapangan terbang Alor Setar berdekatan stesen kereta api Anak Bukit dalam masa 5 hingga 8 minit dengan teksi.
Stesen Kereta Api[sunting | sunting sumber]
Stesen ini disambungkan ke bandar dan pekan utama di Kedah dan Perlis seperti Alor Setar, Gurun, Sungai Petani, Kangar, Arau dan Padang Besar.
AirAsia mempunyai van berulang dari lapangan terbang ke Hat Yai, Thailand.
Teksi[sunting | sunting sumber]
- Teksi Lapangan Terbang serta teksi PERTEK Alor Setar.[3]
Bas[sunting | sunting sumber]
- Perkhidmatan bas awam di SHABAB perdana [4]
Penerbangan bersama destinasi[sunting | sunting sumber]
Pentadbiran di Lapangan Terbang, Syarikat Penerbangan menguruskan daftar masuk dan bagasi penumpang serta kargo, Kendalian Keselamatan Terminal , Bomba dan pasarana diuruskan oleh Malaysia Airports Sdn Berhad, Kawalan Traffik Udara dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Maklumat Cuaca diuruskan Jabatan Meteorologi Malaysia
Tahun | Kendalian Penumpang | Kendalian Pesawat | Kendalian Kargo per tan | Kendalian Kargo per Kg. |
---|---|---|---|---|
2003 | 353,778 | 18,318 | 17 | |
2004 | 346,502 | 14,784 | 67 | |
2005 | 323,669 | 17,632 | 118 | |
2006 | 292,549 | 18,495 | 111 | |
2007 | 291,006 | 20,277 | 55 | 54,921 |
2008 | 307,564 | 17,705 | 41 | 41,193 |
2009 | 421,314 | 24,031 | 34 | 33,592 |
2010 | 400,997 | 24,031 | 34 | 34,052 |
2011 | 407,717 | 19,261 | 46 | 46,391 |
2012 | 433,644 | 18,006 | 123 | |
2013 | 535,073 | 15,752 | 126 | |
2014 | 660,264 | 17,365 | 230 | |
2015 | 719,029 | 18,368 | 389 |
Bekas pesawat dan laluan[sunting | sunting sumber]
Pesawat yang masih dalam operasi sebagai laluan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Sriwijaya Air : Medan
Bekas pesawat bagi destinasi ini[sunting | sunting sumber]
- Ked-Air (Medan) (Tamat operasi)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Sultan Abdul Halim Airport at Malaysia Airports Holdings Berhad
- ^ WMKA - ALOR STAR/SULTAN ABDUL HALIM at Department of Civil Aviation Malaysia
- ^ https://malaysiaplaces.net/Perhentian-Teksi-Pertek-T2103484/
- ^ https://www.busonlineticket.com/terminal/shahab-perdana-bus-terminal
- ^ "AirAsia to start JB-Alor Setar, JB-Ipoh flights from Oct 1". 18 July 2018.
- ^ "AirAsia adds new domestic routes from Johor Bahru from Oct 2018".
- ^ "AirAsia adds 437 extra flights for Hari Raya | New Straits Times". 3 April 2019.