Perbincangan pengguna:Fandi89/Arkib1

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Berikut ialah laman Perbincangan pengguna:Fandi89 dari Mei 2016 sehingga Mac 2017.

Status lesen imej[sunting sumber]

Merujuk kepada rencana Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers saya mendapati anda telah memuat naik imej tanpa status hak hak milik yang jelas. sekiranya imej ini adalah milik pihak ketiga, sila padamkan daripada wikipedia. Zamwan (bincang) 11:21, 7 Mei 2016 (UTC)[balas]

Dijemput mengundi penyelia kecemasan[sunting sumber]

Sila ke Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Murbaut untuk mengundi. Wikipedia memerlukan sekurang kurangnya satu undian untuk menyokong. Murbaut (bincang) 11:05, 30 Oktober 2016 (UTC)[balas]

FlagRev ingin memasangnya[sunting sumber]

Kami minta sokongan Anda tuk dapat memasang FlagRev. Baca FlagRev tuk detailnya. Mari menyokong,sokongan Anda guna sangat tuk seluruhnye. Ke mariMurbaut (bincang)

Re: Melindungi rencana[sunting sumber]

Salam,

Untuk pengetahuan anda, hanya penyelia sahaja yang mempunyai kuasa bagi melindungi sesuatu rencana, laman atau templat daripada laku musnah. Oleh itu, bagi melindungi sesuatu rencana daripada laku musnah, anda boleh memaklumkan kepada mana-mana penyelia termasuklah saya agar kami boleh mengaktifkan perlindungan terhadap rencana tersebut. Harap maklum. Hezery99 (bincang) 16:53, 9 Disember 2016 (UTC)[balas]

Terima kasih. Kalau begitu, saya nak saudara Hezery99 melindungi separa untuk rencana Mohd Suhaimi bin Saad sebab saya tengok ia telah dilaku musnah oleh pengguna tak berdaftar pada awal November lalu.
Laman tersebut sudah dilindungi. Juga, pengguna yang melaku musnah rencana tersebut sudah pun saya sekat. Terima kasih atas makluman. Hezery99 (bincang) 12:13, 13 Disember 2016 (UTC)[balas]

Re: Muat naik fail[sunting sumber]

Waalaikumsalam,

Mengenai isu muat naik fail, ia telah diusulkan agar semua muat naik hanya boleh melalui Wikimedia Commons berikutan terlalu banyak pelanggaran hak cipta yang dilakukan, anda boleh baca mengenainya di sini. Harap maaf sekiranya perubahan dasar tersebut mengakibatkan kesulitan kepada anda. - Hezery99 (bincang) 12:18, 13 Disember 2016 (UTC)[balas]

Tidak mengapa. Baru-baru ini, saya ada memuat naik beberapa fail di Wikimedia Commons, tetapi ia telah dihapuskan kerana peruntukan kegunaan wajar tidak dibenarkan di Commons sebab mereka hanya menerima lesen bebas, sejak daripada itu, saya tidak lagi memuat naik fail di Commons. Saya nak tanya juga, adakah hanya penyelia sahaja boleh memuat naik fail menerusi kaedah muat naik di Wikipedia Bahasa Melayu dan bukannya di Commons. Satu lagi, saya difahamkan yang fail media bukan bebas seperti kulit album, kulit single dan sampel audio bukan bebas tidak boleh dimuat naik atau dihoskan di Commons seperti yang saya baca di Wikipedia:Memindahkan fail ke Commons.
Untuk pengetahuan anda, Wikimedia Commons hanya menerima muat naik hasil kerja sendiri sahaja, jadi tiada apa-apa yang mampu kita lakukan. Berkaitan soalan sama ada penyelia boleh memuat naik melalui muat naik di Wikipedia Bahasa Melayu atau tidak, maaflah kami juga tidak boleh melakukannya. Justeru, tiada lagi cara yang boleh dilakukan untuk memuat naik kulit album, kulit single dan sampel audio bukan bebas, kerana kesemuanya itu tidak dibenarkan di Wikipedia Commons. Apa pun, anda boleh cuba usulkan di Wikipedia:Kedai Kopi (dasar) dan kita perhatikan respon semua pihak mengenainya. - Hezery99 (bincang) 04:52, 14 Disember 2016 (UTC)[balas]

Tukar lesen gambar[sunting sumber]

Salam

Macam mana nak tukar lesen gambar ni Kulit buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin jadi macam ni Karpal Singh Tiger of Jelutong ye?

Kulit buku Karpal Singh: Tiger of Jelutong tu, saya muatnaik 2 bulan sebelum kaedah muat naik dimatikan pada akhir Julai 2016. Saya baru dimaklumkan oleh penyelia, yang kaedah muat naik fail itu telah ditutup atas alasan berlakunya perlanggaran hak cipta. Saya juga dimaklumkan oleh penyelia, yang fail berhakcipta dan bukan di bawah lesen bebas tidak boleh dimuat naik di Wikimedia Commons.

Lindungi laman ini[sunting sumber]

Dear Fandi89, mohon lindungi laman Drama lipur lara Kepompong dari semakan anon, kerana ia sering jadi sasaran vandalisme/laku musnah dengan mengganti nama pelakon serta jalan ceritanya. Terimakasih. ArdiPras95 (bincang) 01:14, 23 Disember 2016 (UTC)[balas]

PS: A Google search for this TV series reveals that Kepompong is actually an SCTV TV series. ArdiPras95 (bincang) 01:22, 23 Disember 2016 (UTC)[balas]
Maaf ye, saudara ArdiPras95. Saya bukan penyelia, saya cuma penyumbang saja di Wikipedia. Jika saudara mahu melindungi rencana Drama lipur lara Kepompong, saudara perlu minta bantuan daripada penyelia untuk melindunginya. Terima kasih.

Re: Laku musnah[sunting sumber]

Terima kasih atas makluman. Saya akan lindunginya sebaik saya berada di hadapan PC saya. Buat masa ini saya di luar & menggunakan telefon pintar, jadi saya tidak dapat melakukannya sekarang. - Hezery99 (bincang) 07:11, 2 Januari 2017 (UTC)[balas]

Ok sudah selesai melindungi rencana-rencana tersebut. Saya juga sudah menyekat beberapa nombor IP dan akaun yang terlibat dalam perang suntingan tersebut. - Hezery99 (bincang) 11:55, 2 Januari 2017 (UTC)[balas]
Terima kasih, saudara Hezery99. Saya tak tahan lihat suntingan tidak membina dan maklumat palsu yang diberikan oleh pengguna tak berdaftar, sebab mereka memberikan ringkasan dalam bahasa Indonesia: "Berkas lamaran kerja", saya baru memerhatikannya bulan lepas.
Sama-sama. - Hezery99 (bincang) 16:56, 2 Januari 2017 (UTC)[balas]

Melibatkan diri untuk mengundi calon birokrat WBM[sunting sumber]

Salam sejahtera saudara/i, terlebih dahulu saya mohon jasa baik anda untuk melibatkan diri dalam memilih birokrat di WBM memandangkan situasi semasa di WBM dimana birokrat sedia ada di WBM agak tidak aktif dan memerlukan sekurang-kurangnya seorang untuk dilantik sebagai birokrat bagi memastikan WBM dapat berurusan dengan lebih cekap. Saya harap anda dapat melibatkan diri dengan mengundi saudara Zamwan sebagai birokrat WBM di sini, undian anda amat bermakna bagi kami semua sebagai warga WBM. Terima kasih. Aplikasi (bincang) 15:00, 24 Januari 2017 (UTC)[balas]

Berkenaan pelaku musnah[sunting sumber]

Terima kasih kerana membantu kami penyelia mengawasi si pelaku musnah ini. Setakat ini laku musnah yang dilakukan masih belum berat dan mampu dikawal. Jika mereka sudah melaku musnah sebanyak lebih 3 rencana, amaran kedua yakni sekatan bertarikh luput akan dikenankan. jika masih melakukan selepas itu, sekatan selama-lamanya berserta sekatan alamat IP akan dikenakan. Terima kasih lagi sekali kerana membantu. Sekian. SNN95 04:45, 7 Februari 2017 (UTC)[balas]

Sama-sama. Saya baru perhatikan banyak rencana-rencana di Wikipedia Bahasa Melayu, dilaku musnah oleh pengguna awanama (pengguna tidak berdaftar) dengan memasukkan maklumat yang tiada rujukan sahih serta cuba membuang kandungan. Saya ada beberapa lagi rencana yang saudara SNN95 perlu lindungi untuk mengelakkan laku musnah, terima kasih atas pesanan yang diberikan.
Apa-apa hal, beritahu sahaja kepada saya atau penyelia yang lain seperti @Zamwan:. Kami akan nilaikan jika perlu atau tidak rencana-rencana itu dilindungi. SNN95 16:46, 8 Februari 2017 (UTC)[balas]

Tahukah anda?[sunting sumber]

Saya lihat info-info yang awak bubuh dalam bahagian Pengguna:Fandi89#Tahukah_anda? menarik minat saya untuk mencadangkan atau meletakkan terus kedalam bahagian Wikipedia:Tahukah anda. Jika anda mahu saya boleh letakkan sendiri atau awak juga boleh melakukannya. Semua cara-cara meletakkan info dalam tahukah anda di bahagian Wikipedia:Tahukah anda#Peraturan supaya dipaparkan secara automatik sudah tertulis di dalam laman tu. Selamat berkongsi! SNN95 14:06, 10 Februari 2017 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana mengulas info yang saya berikan. Sebenarnya, saya terjemahkan semua info Tahukah Anda? mengenai Siti Nurhaliza dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, selebihnya saya menulisnya sendiri. Saya serahkan kepada saudara SNN95 untuk melakukannya.
Baiklah! Saya terus kreditkan sumber terjemahan ni kepada awak. SNN95 03:52, 13 Februari 2017 (UTC)[balas]

Sumber sahih[sunting sumber]

Saya ingin memberitahu bukan semua laman di Internet anda boleh gunakan sebagai rujukan. Hanya sumber sahih (syarikat establish) boleh digunakan bagi biografi orang hidup, seperti Utusan, BH (tolak ruang pendapat pembaca). Saya tidak anggap Beautiful Nara sebagai sumber sahih. Kandungan tanpa rujukan boleh dihapuskan tanpa amaran. Sila rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Biographies_of_living_persons Yosri (bincang) 11:52, 18 Februari 2017 (UTC)[balas]

Terima kasih atas teguran yang saudara Yosri berikan. Kebanyakan sumber rujukan dari internet untuk biografi orang hidup ini saya memperolehinya dari Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, The Star, mSTAR Online, The New Straits Times, Kosmo! dan beberapa sumber berita lain yang sah. Saya jarang mengambilnya dari BeautifulNara (laman web milik jiran saya) dan beberapa sumber internet lain. Terima kasih sekali lagi.

Perlindungan laman[sunting sumber]

Sifat wiki adalah ia terbuka pada semua untuk disunting. Perlindungan hanya diberikan sekiranya terdapat salah laku beberapa kali, dan biasanya hanya pesalah laku disekat. Melindungi laman merupakan langkah terakhir bagi salah laku tegar, Pengguna 110.159.32.56 telahpun disekat selamanya. Yosri (bincang) 11:10, 19 Februari 2017 (UTC)[balas]

Pengundian SNN95 sekali lagi sebagai penyelia di Wikikamus[sunting sumber]

Saya tahu ini agak terkeluar dari konteks Wikipedia tetapi saya perlukan pertolongan anda untuk mengundi saya sebagai penyelia sekali lagi di Wikikamus. Walaupun saya tahu disana sebagai penyelia tidak kekal kerana meta memberikan tempoh yang pendek minimum 3 bulan jika Wikikamus tidak ramai pengguna aktif. Untuk kekalkan status saya sebagi penyelia walaupun sekejap di sana, saya perlukan sokangan anda. Sila mengundi saya di sini. SNN95 23:57, 27 Februari 2017 (UTC)[balas]

Nama penyanyi[sunting sumber]

Lihat http://rotimayo.blogspot.my/2015/08/80-nama-sebenar-selebriti-terkenal.html Yosri (bincang) 13:15, 4 Mac 2017 (UTC)[balas]

Pencalonan Rencana Pilihan[sunting sumber]

Salam... saya lihat sumbangan awak terhadap rencana sangat terbaik. Kenapa anda tidak mencalonkannya di Wikipedia:Rencana Pilihan? Contohnya, saya gemar melihat Nur Fazura disunting dan diolah sepenuhnya oleh anda. Saya berharap sangat awak mencalonkan salah satu. Mana tau, dapat pula... SNN95 14:02, 8 Mac 2017 (UTC)[balas]

Muatnaik[sunting sumber]

Ada masalah dengan kaedah sekarang ke? Zamwan (bincang) 14:14, 8 Mac 2017 (UTC)[balas]

Ya. Saya harap pihak penyelia pertimbangkan cadangan untuk mengaktifkan semula kaedah ini. Dah dekat 8 bulan, ciri muat naik fail dimatikan.
Disebabkan pengundian ramai yang dibuat di Commons, jadi mereka putuskan muat naik secara tempatan dimatikan untuk semua wiki kecuali bahasa Inggeris. Arkib perbincangan ada di c:Commons:Village_pump/Proposals/Archive/2016/08#Rfc:_Should_we_request_a_configuration_change_to_shut_down_cross-wiki_uploads.3F SNN95 05:40, 9 Mac 2017 (UTC)[balas]
Menghidupkan semula muat naik secara tempatan sangat jauh dari kuasa penyelia kami disini. Ini kena buat permintaan di Commons atau MediaWiki. SNN95 05:42, 9 Mac 2017 (UTC)[balas]
Macam mana nak buat permintaan.

Saya harap anda tidak membuang bahagian jadual tanpa isi di masa hadapan. Ia ada disitu untuk pengisian di masa hadapan apabila maklumat itu ada. Membuang tatanama variable menyusahkan orang mengisi kerana sudah lupa maklumat apa yang belum ada. Harap maklum. Yosri (bincang) 12:36, 10 Mac 2017 (UTC)[balas]

Terima kasih atas teguran yang saudara Yosri berikan. Mungkin saya perlu berhati-hati di masa depan.

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 12 & 13 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk dua minggu akan datang:

Gambar pilihan mingguan
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian.
Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)
Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi)
Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana pilihan
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
  1. We Can Do It! (undi disini)
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Rencana baik
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Penghapusan laman
Buat masa ini, terdapat 0 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.

SNN95 16:46, 10 Mac 2017 (UTC)[balas]

Berita Dwi Mingguan WBM (Minggu 12 & 13 2017)[sunting sumber]

Salam dan hai kepada semua pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.

Berikut adalah ringkasan apa yang akan berlaku untuk dua minggu akan datang:

Gambar pilihan mingguan
Berikut adalah gambar pilihan mingguan yang sedang diundi. Anda hanya perlu meletakkan {{Undi|v}} atau {{undi|x}} pada bahagian undian.
Minggu 12 (Tekan gambar untuk mengundi)
Minggu 13 (Tekan gambar untuk mengundi)
Anda juga boleh mencalonkan gambar pilihan anda dan pastikan gambar yang dicalon mempunyai rencana berkaitan.
Rencana pilihan
Rencana Pilihan diadakan sebulan sekali. Bulan Mac lepas, rencana Ayam telah dipilih untuk Rencana Pilihan (arkib). Berikut adalah rencana pilihan bagi bulan April 2017:
  1. We Can Do It! (undi disini)
Anda boleh mula mengundi sekarang sehingga 30 Mac 2017. Semasa pengundian dijalankan, anda boleh menambah calon untuk bulan seterusnya atau mengundi bulan yang lain.
Rencana baik
Jika rencana anda gagal mendapatkan tempat di Rencana Pilihan, Rencana Baik memberi ruang rencana anda dihargai. Jika menepati beberapa mutu WBM, rencana tersebut akan terus dimasukkan kepada Rencana Baik tanpa pengundian selepas dicalonkan di Rencana Pilihan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan rencana baik anda disini.
Senarai pilihan
Rencana yang menempatkan senarai sepenuhnya boleh dicalonkan. Perlu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Tiada pencalonan setakat ini.
Anda boleh mencalonkan senarai pilihan anda disini.
Penghapusan laman
Buat masa ini, terdapat 0 halaman yang layak untuk dihapuskan. Jika salah sebuah laman anda yang sedang dihapuskan, anda boleh mengemukakan bantahan yang tersenarai disini. Jika tidak tersenarai di situ, mungkin perbincangan sedang dijalankan di laman perbincangan rencana yang akan dihapuskan tersebut.

SNN95 16:57, 10 Mac 2017 (UTC)[balas]

Statistik anda[sunting sumber]

Ciptaan anda.[sunting sumber]

Anda boleh melihat rencana ciptaan anda di:-

Rencana ciptaan Fandi89.

Statistik sumbangan anda di:-

Statistik sumbangan Fandi89. Yosri (bincang) 16:45, 14 Mac 2017 (UTC)[balas]

Batu kawi[sunting sumber]

Boleh tolong semak semula rencana batu Kawi. Yosri (bincang) 03:31, 17 Mac 2017 (UTC)[balas]

Membuang parameter yang tidak diperlukan.[sunting sumber]

Saya harap anda refrain dari membuang parameter yang masih tiada maklumat buat masa ini. Ini bagi memudahkan kemaskini apabila data baru didapati, seperti perkahwinan, kematian dsb. Sila fikirkan untuk masa hadapan, bagi mengelak membuang masa untuk mencari parameter yang betul. Yosri (bincang) 16:10, 23 Mac 2017 (UTC)[balas]

Baiklah, terima kasih atas nasihat saudara Yosri.

Anugerah[sunting sumber]

Bintang Penghargaan Ketekunan
Anda telah menunjukkan usaha yang luar biasa dalam mengemaskini rencana, seperti yang salah satunya anda lakukan pada Pelbagai topik terutamanya Siti Nurhaliza, Malaysia dan Indonesia di Wikipedia sehingga ianya boleh dikira sebagai rencana yang begitu berkualiti. SNN95 23:22, 26 Mac 2017 (UTC)[balas]