Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ڤرتي ڤساك بوميڤوترا برساتو | |
|---|---|
| Nama bahasa Cina | 砂拉越土著保守联合党 Shālāyuè tǔzhù bǎoshǒu liánhé dǎng |
| Nama bahasa Inggeris | United Bumiputera Heritage Party |
| Singkatan | PBB |
| Presiden | YAB Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg |
| Pengerusi | YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar |
| Setiausaha agung | Alexander Nanta Linggi |
| Setiausaha am | YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi |
| Jurucakap | YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah |
| Timbalan Presiden | • YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas • YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan |
| Naib Presiden | • YAB Datuk Amar Haji Fadillah Yusof (Kanan) • YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom (Kanan) • YB Dato Sri Julaihi Narawi • Dato Sri Roland Sagah Wee Inn • YB Datuk Gerawat Gala • YB Datuk Gerald Rentap Jabu • YB Datuk Haji Len Talif Salleh • YB Datuk Dr. Haji Annuar Rapaee • YB Datuk Haji Ibrahim Baki |
| Ketua Pergerakan Wanita | YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah |
| Ketua Pergerakan Pemuda | YB Datuk Maclaine Ben |
| Bendahari Agung | YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Junaidi |
| Pengasas | • Tun Temenggong Jugah Barieng (PESAKA) • Tun Abdul Rahman Ya'kub (BUMIPUTERA) |
| Diasaskan | 5 Januari 1973 (Berikutan penggabungan BUMIPUTERA & PESAKA) |
| Disahkan | 30 April 1973 |
| Penggabungan | Parti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA)1 2 Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)3 |
| Ibu pejabat | Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako, Kuching, Sarawak |
| Akhbar | • Jiwa Bakti (akhbar rasmi PBB) • Suara Sarawak • Sarawak Tribune • TVS • Media GPS (TikTok rasmi) |
| Sayap pelajar | Gerak PBB 1828 |
| Sayap belia/pemuda | Armada Pemuda PBB |
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita PBB |
| Keanggotaan | 379,833 (Oktober 2025) |
| Ideologi |
|
| Kedudukan politik | Berhaluan kanan |
| Hubungan kebangsaan | • Barisan Nasional (1973–2018), (2020–2022) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) (masih aktif) |
| Warna | Merah Kuning Putih Hitam |
| Slogan | Bersatu Sentiasa, Mara Bersama (United Always, Moving Forward Together) |
| Lagu | March PBB (PBB March; Official anthem) Ikrar Wanita (Women's Oath; Women Movement) |
| Tapak sesawang | pbb |
| Dewan Negara: | 4 / 70
|
| Dewan Rakyat: | 14 / 222
|
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 47 / 82
|
| Catatan kaki | |
| 1 Parti Negara Sarawak dan Barisan Rakyat Jati Sarawak bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak. 2 Parti Bumiputera Sarawak dianggotai rakyat tempatan Islam-Melayu, Melanau, Kedayan, Brunei-Melayu, dan Orang Ulu. 2 Parti Pesaka Anak Sarawak dianggotai ahli dari kaum Iban dan Bidayuh. | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
|
|
| Portal Malaysia |
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan parti politik pelbagai kaum, multi-agama, dan parti politik Bumiputera yang berfahaman kanan dan bersifat pro kerajaan, serta juga merupakan parti politik terbesar di Sarawak. Parti politik ini merupakan salah satu daripada parti politik tempatan yang membentuk kerjasama antara PDP, SUPP, dan PRS, sekaligus menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 19 November 2018. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ditubuhkan pada 30 April 1973, hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak ketika itu, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).[1][2]
Objektif Parti
Percantuman tiga parti politik tempatan ini adalah selaras dengan sembilan matlamat utama penubuhan PBB, iaitu:
- Meningkatkan taraf hidup dan status komuniti etnik Melayu Sarawak.
- Meningkatkan sepenuhnya taraf hidup dan sosioekonomi masyarakat Dayak, yang meliputi etnik Iban, Bidayuh, Orang Ulu, serta etnik peribumi yang lain di Sarawak.
- Menggalakkan masyarakat dari semua kaum di Sarawak untuk menceburi apa-apa bidang termasuk politik, sosial, ekonomi, sains & teknologi, seni & budaya, keusahawanan, dan sukan.
- Memperkasakan kesenian, kebudayaan, dan warisan masyarakat dari pelbagai kaum dan etnik di Sarawak.
- Memfokuskan kebajikan seluruh rakyat Sarawak, melalui pelaksanaan semua bantuan dan sumbangan dari Kerajaan Sarawak sendiri, dan juga melalui bantuan-bantuan kerajaan persekutuan.
- Mengutamakan hak golongan belia, golongan wanita, dan golongan kurang upaya di Sarawak.
- Menuntut dan mengembalikan sepenuhnya hak-hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
- Mengutamakan pembangunan wilayah Sarawak secara menyeluruh menerusi pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi serta projek-projek mesra rakyat yang bermanfaat demi kesejahteraan & kemakmuran masyarakat di wilayah ini.
- Menjamin kedamaian, kesejahteraan, dan keharmonian semua kaum dan semua agama di Sarawak, sekaligus menghapuskan sebarang perbalahan, diskriminasi kaum, rusuhan perkauman, dan persengketaan antara agama di wilayah ini.
Sejarah
Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu.
Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai 1962. Parti campuran ini dipengerusikan oleh Tun Jugah anak Barieng, dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, Parti Negara Sarawak (PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang pilihan raya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama, manakala Tun Jugah pula dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Sli. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli BARJASA (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.
Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera pada bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung.
Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.
Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan Bumiputera di Sarawak. Setakat bulan Oktober 2025, jumlah keanggotaan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini meningkat kepada 379,833 orang, dengan hanya sebanyak 250 cawangan parti di seluruh wilayah Sarawak, sekaligus diiktiraf sebagai parti politik tempatan yang terbesar dan bergerak secara aktif di Sarawak.
Organisasi Kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) (2025-2028)
Majlis Tertinggi PBB
- Yang Dipertua/Presiden:
- Pengerusi Tetap:
- Timbalan Yang Dipertua:
- Naib Yang Dipertua Kanan:
- YAB Datuk Amar Haji Fadillah Yusof (Bumiputera)
- YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Atom (Pesaka)
- Naib Yang Dipertua (Pesaka):
- Naib Yang Dipertua (Bumiputera):
- Setiausaha Agung:
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Penolong Setiausaha Agung:
- YB Datuk Haji Hasbi Habibollah (Bumiputera)
- YB Dato Miro Simuh (Pesaka)
- YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Bumiputera)
- YB Datuk Haji Hamzah Brahim (Bumiputera)
- Tuan Maurice Joannes Giri (Pesaka)
- Bendahari Agung:
- Timbalan Bendahari Agung:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- YBhg. Dato Dr. Philip Raja
- Penasihat Undang-Undang:
- Setiausaha Eksekutif:
- YBhg. Datuk Awang Bujang Awang Antek
- Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Terpilih:
- YB Datuk Jefferson Jamit Unyat
- YB Dato Ir. Haji Yusuf Abd Wahab
- YB Tuan Lidam Assan
- YB Datuk Ir. Aidel Lariwoo
- YB Tuan Abdul Yakub Arbi
- YB Tuan John Ilus
- YB Tuan Haji Mohamad Duri
- YB Senator Tuan Michael Mujah Lihan
- YB Dr. Haji Safiee Ahmad
- YB Dato Dr. Richard Rapu
- YB Datuk Haji Abdullah Saidol
- YB Datuk Mohamad Razi Sitam
- YB Tuan Awla Dris
- YB Dr. Simon Sinang Bada
- YB Dato Razaili Gapor
- YB Datuk Willie Mongin
- YBhg. Dato Haidar Khas Asghar Khan
- YBhg. Dato Daniel Jubang Kanyan
- YB Senator Dato’ Ahmad Ibrahim
- YB Dato Paulus Palu Gumbang
- YB Tuan Haji Iskandar Turkee
- YBhg. PS Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa
- YB Datuk Dr. Jerip Susil
- YB Dato Dennis Ngau
- YB Dato Henry Sum Agong
- Encik Sulhie Salleh
- Tuan Syed Hamzah Wan Hamid Edruce
- Encik Julaihi Mohamad
- Tuan Leonard Jambu
- Encik Jawan Nyaun
- Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Dilantik (Bumiputera):
- YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail
- YB Dato Haji Idris Buang
- YB Dato Lukanisman Awang Sauni
- YB Tuan Haji Ahmad Johnie Zawawi
- YB Datuk Dr. Hazland Abang Hipni
- YB Dato’ Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya
- YB Tuan Azizul Annuar Adenan
- YB Dato Sri Haji Mohd Naroden Majais
- YBhg. Dr. Dayang Nurfizawati Abang Abdul Karim
- Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Dilantik (Pesaka):
- YB Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom
- YBhg. Dato Dr. Nuing Jeluing
- Encik Paulus Dandee Banyang
- Tuan Romeo Christopher Tegong
- Encik Lesley Luyoh Akah
- Tuan Wejok Tomik
- Encik Jampi Tutong
- Tuan Fred Entau
- Tuan Barnabas Kulor Kaos Djunior
- Encik Patrick Miden
- Tuan Cr. Adison Langgar Ijan
- Wakil Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita:
- YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (Bumiputera)
- YBhg. Datin Sri Dato Angelina Ujang (Pesaka)
- YB Datuk Hajah Rubiah Wang (Bumiputera)
- YBhg. Puan Umang Nangku Jabu Eigensatz (Pesaka)
- YB Puan Dayang Noorazah Awang Sohor (Bumiputera)
- Wakil Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda:
- Encik Anderson Kalang Lah (Pesaka)
- Encik Sufian Mohat (Bumiputera)
- Encik Martin Ngindang Richard Mullok (Pesaka)
- Tuan Haji Afiq Fikri Brahim (Bumiputera)
- Encik Lyokarto Sikong (Pesaka)
Pergerakan Wanita PBB
- Ketua Wanita:
- Timbalan Ketua Wanita:
- Ybhg. Datin Sri Dato Angelina Ujang
- YB Dato Sri Hajah Rohani Abdul Karim
- Naib Ketua Wanita:
- YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri
- YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
- Ybhg. Puan Umang Nangku Jabu Eigensatz
- Setiausaha:
- Penolong Setiausaha (1):
- YBrs. Puan Fridah Osman
- Penolong Setiausaha (2):
- KOSONG
- Bendahari:
- YBhg. Dr. Dayang Nurfizawati binti Haji Abang Abdul Karim
- Penolong Bendahari:
- Puan Natasha Nasa Datuk Amar Douglas Uggah
- Ketua Penerangan:
- Ybhg. Datin Esther Mujan Balan
- Penolong Ketua Penerangan:
- Ahli Majlis Tertinggi Dipilih (BUMIPUTERA) :
- Puan Hajah Dora binti Abdul Rahman
- Puan Hajah Hasanah binti Haji Majais
- Kr. Puan Misiah binti Abu Seman
- Puan Noriha binti Haji Ali
- Puan Dayang Nora binti Awang Sabudin
- Puan Mujallipah binti Mohd Anis
- Puan Rokiah binti Mohamad Jahar
- Kr. Puan Hadijah binti Sheikh Kassim
- Puan Dayang Rajamah binti Abang Adeng
- Puan Dayangku Norli binti Awangku Terjudin
- Kr. Puan Hajah Mahani binti Haji Sahari
- Puan Anita binti Mohammed
- Ahli Majlis Tertinggi Dipilih (PESAKA):
- Puan Jenny anak Bangga
- Puan Elizabeth Nail anak Wen
- Puan Carolynne Dayang anak Jawa
- Puan Candida Entri
- Puan Yvoone Nillie anak Intily
- Puan Carrie Anne anak John David
- Puan Mindy Maida John
- Dr. Christie Augustine Kiek
- Puan Kesean Nenna Sandah
- Roszuina anak Labet
- Kr. Puan Margaret @ Uding Nawan Lawai
- Puan Suti Saran
- Puan Lilla Raja @ Lilla Wong
Pergerakan Pemuda PBB
- Ketua Pemuda:
- Timbalan Ketua Pemuda:
- Naib Ketua Pemuda:
- YB Tuan Royston Valentine
- Tuan Malcolm Layang Jimbun
- Encik Anderson Kalang Lah
- Setiausaha
- Tuan Sufian Mohat
- Penolong Setiausaha (1):
- Encik Martin Ngindang anak Richard Mulok
- Penolong Setiausaha (2):
- KOSONG
- Bendahari:
- Tuan Edwin Bukong
- Penolong Bendahari:
- Tuan Haji Afiq Fikri bin Haji Brahim
- Ketua Penerangan:
- Penolong Ketua Penerangan:
- Tuan Cr. Neuchlos Jub
- Setiausaha Kerja (1):
- Encik Johan Haris bin Sulaiman
- Setiausaha Kerja (2):
- Encik Jillson anak John
- Ahli-Ahli Jawatankuasa (Terpilih):
- Tuan Stephen Augustine Lateng
- Encik Judson Jarrau
- Tuan Nicholas Bawin anak Burong
- Encik Michael Bel Ben
- Tuan Alexious Bethrol anak Stephen
- Encik Albert anak Andrew
- Encik Denvy
- Tuan Wilson anak Ahon
- Tuan Murphy Nyegang anak Nelson Mujah
- Encik Aaron Rachel anak Palu
- Tuan Muhammad Fadilah bin Ali Seman
- Encik Abang Hisham bin Abang Hashim
- Tuan Abdul Halik Jafar
- Tuan Kasdi Pandi
- Encik Mohd Nazrol Hisham bin Awang Tengah
- Tuan Rizal bin Talip
- Encik Mohd Faizal bin Jamiludin
- Tuan Syed Zyed Wan Asnawi
- Encik Sebli bin Morshidi
- Tuan Shahrul Iman bin Mohd Naroden
- Tuan Mohamad Shafizan bin Haji Kepli
- Encik Afiq Hizami bin Julaihi
- Tuan Steve Lius
- Encik Veriland Godon Anak Gagat
- Tuan Lyokarto Sikong
- Ahli-Ahli Jawatankuasa (Dilantik):
- Tuan Abang Mohamad Hafiq Abang Kassim
- Encik Assoddin bin Narawi
- Tuan Abdul Hisham bin Ahmad
- Tuan Abdul Adzim Adzmi bin Abdul Rahman
- Encik Baling Elision Duren
- Tuan Cyrill Kuling
- Encik Johny Sain
- Encik Hardy Boy anak Ramping
- Encik Sonny Terrance
Statistik keahlian
Jumlah keseluruhan keahlian parti PBB (Setakat Oktober 2025)
| Etnik / bangsa | Jumlah keahlian | Peratusan | Catatan |
|---|---|---|---|
| Melayu | 185,340 | - | |
| Iban | 118,837 | - | |
| Bidayuh | 39,154 | - | |
| Melanau | 21,348 | - | |
| Orang Ulu | 15,046 | - | |
| Lain-lain etnik | 108 | - | |
| Jumlah keseluruhan | 379,833 | - |
Wakil Rakyat (Dewan Negara & Rakyat)
Ahli Dewan Negara
| Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|
| 21 Ogos 2023 - 22 Ogos 2026 | Susan Chemerai Anding, YB Senator Puan | ||
| 15 Julai 2024 - 14 Julai 2027 | Awang Bemee Awang Ali Basah, YB Senator Dato' | Yang di-Pertua Dewan Negara ke-21 | |
| 18 Julai 2022 - 17 Julai 2025 | Ahmad Ibrahim, YB Senator Dato' | ||
| 11 Disember 2023 - 10 Disember 2026 | Michael Mujah Lihan, YB Senator Tuan |
Ahli Dewan Rakyat
PBB kini mempunyai 14 ahli parlimen.
| Negeri | No. | Perlembagaan Parlimen | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| P193 | Santubong | Nancy Shukri, YB Dato' Sri Hajah | ||
| P194 | Petra Jaya | Fadillah Yusof, YAB Dato' Sri Haji | ||
| P197 | Kota Samarahan | Rubiah Wang, YB Datuk Hajah | ||
| P198 | Puncak Borneo | Willie Mongin, YB Datuk | ||
| P200 | Batang Sadong | Rodiyah Sapiee, YB Puan | ||
| P201 | Batang Lupar | Mohamad Shafizan Kepli, YB Tuan | ||
| P204 | Betong | Richard Rapu, YB Dato Dr. | ||
| P206 | Tanjong Manis | Yusuf Abd Wahab, YB Tuan Ir. Haji | ||
| P207 | Igan | Ahmad Johnie Zawawi, YB Tuan Haji | ||
| P213 | Mukah | Hanifah Hajar Taib, YB Dato' Hajjah | ||
| P215 | Kapit | Alexander Nanta Linggi, YB Dato' Sri | ||
| P218 | Sibuti | Lukanisman Awang Sauni, YB Dato' | ||
| P221 | Limbang | Hasbi Habibollah, YB Datuk Haji | ||
| P222 | Lawas | Henry Sum Agong, YB Datuk |
Lihat juga
- Senarai parti politik Malaysia
- Senarai parti politik di Sarawak
- Politik Malaysia
- Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)
- Parti Bumi Kenyalang (PBK)
- Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)
- Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
- Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
- Parti Negara Sarawak (PANAS)
Nota
- Chin, James. 2003. 'The Melanau-Malay Schism Erupts Again: Sarawak at the Polls' in Lok Kok Wah & Johan Saravanamuttu (eds.), New Politics in Malaysia (Singapore: Institute of South East Asian Studies, 2003) (ISBN 981-230-169-0) pp. 213-227
- An review of various "Sons of Soil" concepts by Dr. Bhaskar Dasgupta: http://piquancy.blogspot.com/2006/02/sons-of-soil.html
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Oops, PBB exclusively for Bumiputera, by Stanley Bye Kadam Kiai, 1 March 2010, Sarawak Update". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 2010-04-22.
- ^ Unity in diversity, New Straits Times, Mar 26, 2005


