Rahim Thamby Chik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tan Sri

Abdul Rahim Thamby Chik

Rahim thamby chik.jpg


Pengerusi RISDA
Tempoh jawatan
16 Mei 2010 – 31 Ogos 2015
Diganti oleh Y.B. Datuk Zahidi Zainul Abidin

Tempoh jawatan
26 April 1982 – 13 Oktober 1994
Didahului oleh Adib Adam
Diganti oleh Mohd Zin Abdul Ghani

Tempoh jawatan
3 Disember 1990 – 10 November 1999
Didahului oleh Idris Ghani
Diganti oleh Ramli Mohd Said
Majoriti (PRU-8)
(PRU-7)

Tempoh jawatan
14 Jun 1982 – 19 Julai 1986
Didahului oleh Abdul Jalil Abdul Rahman
Diganti oleh Mohd Zin Abdul Ghani
Majoriti (PRU-6)

Tempoh jawatan
31 Julai 1978 – 29 Mac 1982
Didahului oleh Abdul Ghafar bin Baba
Diganti oleh Mohd Adib bin Mohamad Adam
Majoriti (PRU-5)

Lahir 10 April 1950 (66 tahun)
Kampung Pangkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.
Parti politik BN-100px.jpgUMNO (Malaysia).svgBN(UMNO)
Pasangan Puan Sri Zabedah Abdullah
Anak Zetty Juyanty, Tutty Rahiza, Petty Diyana, Rahimy
Kediaman Sri Pantai, Kampung Pangkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Taman Bukit Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.
Alma mater Universiti Malaya
Pekerjaan Ahli politik, Korporat
Agama Islam
Laman web Portal Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (lahir 10 April 1950 di Masjid Tanah, Melaka) merupakan seorang ahli politik yang juga bekas Ketua Menteri Melaka yang keenam dan pernah memegang Naib Presiden UMNO di peringkat akar umbi politik. Beliau pernah menjadi pengerusi RISDA, Yayasan Penggerak Wawasan(YPW), Gagasan Ekonomi Penggerak Melayu (GAPEM) dan juga pengerusi eksekutif Syarikat Artac Holdings Sdn. Bhd.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Zabedah Abdullah dan dikurniakan 4 orang anak iaitu Zetty Juyanty, Tutty Rahiza, Petty Diyana dan Rahimy.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Rahim mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Kemudian beliau belajar di SKK SMK Ghafar Baba dan juga di Sekolah Menengah Datuk Seri Amar DiRaja, Muar, Johor. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya(UM) dan berjaya mendapatkan ijazah Sarjana Muda Ekonomi Gunaan (1969-1973).

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

  • PEGAWAI PEMBANGUNAN PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)
  • PENGURUS PROJEK DENGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA (PKNM)
  • EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO (1976)
  • KETUA PEMUDA UMNO NEGERI MELAKA (1978)
  • AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KELEMAK (1979)
  • KETUA MENTERI MELAKA (1982-1994)
  • TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI (1983-1984)
  • PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI (1984-1994)
  • KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO (1993-1996)

Politik[sunting | sunting sumber]

  • 1970-an menjadi ahli UMNO Cawangan Peringgit.
  • Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
  • Ketua UMNO Bahagian Melaka Tengah
  • Ketua Pemuda UMNO Melaka
  • Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah
  • Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka.

Jawatan Dalam Kerajaan[sunting | sunting sumber]

  • Setiausaha Parlimen, Kementerian Perusahaan Utama.
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Industri
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri

Isu dan Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Kes rogol[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1994, Abdul Rahim Tamby Chik dituduh atas kes rogol seorang statutori dengan seorang kanak-kanak bawah umur. Bagaimanapun, tuduhan tersebut ditarik balik oleh pendakwaraya.

Ahli politik Lim Guan Eng pula dipenjarakan 18 bulan disebabkan sabitannya di bawah akta Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan Penerbitan kontroversi mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik.[1]

Laporan Polis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Di antara 9 Julai 1999 hingga 20 Ogos 1999, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sejumlah empat (4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan. Dalam laporan-laporan berkenaan Datuk Seri Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail, ketika itu DPP Kanan, sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

Pertembungan lampau antara Tan Sri Rahim dan Datuk Seri Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20 Ogos 1999 yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar melibatkan Tan Sri Rahim. Dalam laporan ini Datuk Seri Anwar juga mendakwa Tun Mahathir, Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Tan Sri Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

Bersekali dengan report tersebut, Datuk Seri Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Tan Sri Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA. Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.[2]

Namun tiada apa-apa tindakan yang diambil pihak yang berkenaan setelah laporan Polis itu dibuat. Manakala Mohamad Ezam Mohd Nor selaku ketua pemuda parti KeADILan pada ketika itu pula yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 10 April 2001 [3] dan kemudiannya dihukum penjara dua tahun di bawah Seksyen 8(1)(i) Akta Rahsia Rasmi kerana menghebahkan dokumen pertuduhan rasuah berkenaan. [4] [5]

Penayangan secara terbuka video aksi seks mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah antara Datuk T - tiga individu termasuk Datuk Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim di sebalik tayangan video seks lelaki mirip ketua pembangkang kepada wartawan tiga bulan lalu - yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Jun 2011.

Tuduhan ke atas beliau berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292 (a), dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.”

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac 2010.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 sahaja - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.[6]

Kes hasutan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, pada 5 Oktober 2015 atas tuduhan memfitnah Raja Muda Selangor. Bagaimanapun, Abdul Rahim mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Slamat Yahya Mengikut pertuduhan Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 4(1) (C) Akta Hasutan 1948.

Abdul Rahim turut tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 30 September 2015, Dewan Diraja Selangor melahirkan rasa dukacita, terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab Abdul Rahim yang mendakwa penukaran agama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Abdul Rahim menerusi Facebooknya pada 25 September 2015 memberi komen tentang pertukaran agama Raja Muda Selangor.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Dusuki Mokhtar memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Datuk Fairoz Hussien meminta jumlah tawaran dikurangkan dengan alasan Abdul Rahim pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Slamat menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta 5 November sebagai tarikh sebutan semula kes. Sehingga kini, kes beliau ini masih berlangsung di Mahkamah setelah permohonan Tan Sri Rahim Thamby Chik untuk menggugurkan tuduhan Akta hasutan terhadapnya di tolak oleh Jabatan Peguam Negara pada 1 Mac 2016.[7][8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Luahan Hati Nenek Pendek Terhadap Rahim ‘Perogol Budak Bawah Umur’ Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, HarakahDaily 3 November 1999
  2. SURAT TERBUKA KEPADA KPN, Mat Zain bin Ibrahim - Abu Nuha Corner, 28 Mac 2010.
  3. Ezam ditahan bawah OSA -- Mengagih-agihkan dokumen rahsia kerajaan 6 November lalu, Azian Abd Aziz, Utusan Malaysia, 14 Januari 2000.
  4. Tiga tokoh didakwa -- Karpal, Marina dan Ezam mengaku tidak bersalah Utusan Malaysia, 15 Januari 2000.
  5. Ezam dipenjara dua tahun kerana miliki dokumen rasmi kerajaan Leong Kar Yen, MalaysiaKini 7 Ogos 2002.
  6. "Peguam: Pakar Amerika 99.99% pasti Anwar" Kow Gah Chie, Malaysiakini.com 24 Jun 2011.
  7. Pertuduhan Rahim Thamby dikekalkan Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan, Sinar Harian, 1 Mac 2016
  8. Rahim Thamby Chik dituduh fitnah Raja Muda Selangor Norrasyidah Arshad, Berita Harian 5 Oktober 2015.
  9. Kes menghasut Rahim Thamby Chik 5 Januari depan Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan, Sinar Harian 5 November 2016


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
26 April 1982 – 13 Otober 1994
Penyandang Kemudian
Mohd Adib bin Mohamad Adam
Mohd Zin Abdul Ghani