Zahidi Zainul Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Zahidi Zainul Abidin

DMSM (Melaka)
Zahidi Bin Zainul Abidin.jpg
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Memegang jawatan
10 Mac 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Dato' Saifuddin Abdullah
Didahului olehYang Berhormat Dato' Eddin Syazlee Shith
Kawasan pilihan rayaPadang Besar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Padang Besar, Perlis
Memegang jawatan
5 Mac 2013
Didahului olehAzmi Khalid (UMNOBN)
Pengerusi RISDA
Dalam jawatan
12 Ogos 2015 – 27 Disember 2018
Didahului olehRahim Thamby Chik
Digantikan olehRosely Kusip
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-09) 9 Januari 1961 (umur 59)
Parti politikUMNO (Malaysia).svg UMNO (1991-Kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png BN (1991-Kini)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-Kini)
PasanganDatin Nooraine Ahmad
PekerjaanAhli Parlimen

Datuk Zahidi Zainul Abidin (lahir 9 Januari 1961) merupakan ahli politik Malaysia yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sejak 10 Mac 2020. Beliau juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Padang Besar, Perlis semenjak 18 Oktober 2008 dan sebagai Pengerusi dalam Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM). Pada tahun 2012, beliau telah dipilih memegang jawatan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis dan telah dicalonkan ketika PRU13 pada 5hb Mei 2013.

Zahidi merupakan lulusan Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tekonolgi Mara (sekarang bertukar nama kepada Universiti Teknologi Mara - UiTM).[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pelbagai Jawatan[sunting | sunting sumber]

Di dalam UMNO, beliau telah memegang pelbagai jawatan. Berikut merupakan jawatan dan bila jawatan tersebut dipegang:-

TAHUN JAWATAN
1991-1993 Biro Dakwah Pemuda UMNO Malaysia
1993 Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kangar
1998 Ahli Majlis Latihan Dan Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1998 Ahli Majlis Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia
1998 Biro Antarabangsa UMNO
1991-1998 Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
1994-1998 Naib Ketua Pemuda UMNO Perlis
1994-2001 Ketua Pemuda UMNO Padang Besar
1998-2001 Ketua Pemuda UMNO Perlis
2001-2004 EXCO Pemuda UMNO Malaysia
2008- Ketua UMNO Padang Besar
2011- Timb. Pengerusi Penghubungan UMNO Perlis
2013- Ahli Parlimen Malaysia - P001

Sebagai Ketua UMNO Bahagian[sunting | sunting sumber]

Di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, beliau menewaskan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid dengan majoriti 19 undi daripada 503 perwakilan yang mengundi pada 18 Oktober 2008.[2]Mesyuarat ini telah dijalankan di Dewan Sri Jerneh, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Bukit Ketri.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Jun 2008, beliau menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO,[3] namun menarik diri hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 23 Oktober 2008 dengan alasan perkembangan terbaru pencalonan tidak berpihak kepadanya dan mendakwa trend terbaru pemilihan dilihat lebih memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan calon, manakala calon yang mempunyai sumber kewangan yang terhad menghadapi tekanan untuk terus mendapat pencalonan, jadi menyebabkan beliau tidak terdaya untuk bersaing. [4]

Ahli Parlimen Padang Besar[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Mei 2013, beliau telah menang PRU-13 sebagai Ahli Parlimen Padang Besar P001 apabila memperoleh 21,473 undi dengan majoriti 7426 undi menewaskan Azamhari Mohamood 14,047 undi.[5] Ketika berkempen dalam PRU-13, beliau menyatakan bahawa BN mempunyai pelbagai projek jika menang selesa di Padang Besar, termasuk perancangan Padang Besar untuk dijadikan sebagai kawasan bebas cukai serta pembangunan bersama-sama pihak Thailand.[6]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Zahidi Zainul Abidin menyifatkan banjir kilat yang berlaku di negeri Pulau Pinang pada November 2017 adalah balasan Tuhan kepada kemungkaran Ketua Menteri Lim Guan Eng dan DAP.[7][petikan diperlukan]

Pada 3 September 2020, Zahidi menimbulkan kontroversi apabila menyatakan maklumat palsu ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat berkaitan isu video seorang pelajar wanita Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang tular pada Jun kerana memanjat pokok untuk memperoleh capaian Internet yang baik untuk menduduki peperiksaannya secara atas talian.[8] Zahidi berkata bahawa Veveonah sengaja mereka isu tersebut semata-mata untuk memperoleh kemasyhuran.[9] Kenyataan ini disahkan salah oleh pihak UMS sendiri.[10]

Zahidi mula-mula memohon maaf atas pemberian maklumat tersebut di akaun Facebook rasminya, dan menyatakan bahawa maklumat salah telah diperoleh dan dipetik olehnya.[9] Pada 8 September, Zahidi memaklumkan bahawa maklumat palsu tersebut diperoleh daripada Ahli Parlimen Kudat serta Timbalan Menteri Kewangan, Abdul Rahim Bakri yang dikatakan mendapat maklumat tersebut daripada kajian lapangan yang dilakukan oleh pegawainya di Pitas, kawasan tempat tinggal Veveonah.[10][11] Meskipun begitu, pihak Majlis Senator menggesa agar Zahidi dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi siasatan.[12] Selain itu, Speaker Dewan Negara, Rais Yatim turut memanggilnya untuk memberi permohonan maaf secara rasmi.[13] Zahidi pada 10 September memohon maaf dalam sidang Dewan Rakyat, dan berkata bahawa tindakan Veveonah sepatutnya dipuji.[14]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Padang Besar, Perlis[15]
Tahun Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan
2013 Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN) 21,473 60.45% Azamhari Mohamood (PAS) 14,047 39.55%
2018 Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN) 15,032 41.18% Izizam Ibrahim (BERSATU) 13,594 37.24%
Mokhtar Senik (PAS) 7,874 21.57%
Dewan Undangan Negeri Perlis: N2 Beseri
Tahun Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1999 Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN) 2,774 58.66% Abd. Rahman Rejab (PAS) 1,955 41.34% 5,069 819 73.77%
2004 Zahidi Zainul Abidin (UMNO-BN) 3,492 68.30% Mohd Anuar Mohd Tahir (PAS) 1,621 31.70% 5,222 1,871 78.59%

Kehormatan[sunting | sunting sumber]

  •  Melaka :
    • MY-MAL Exalted Order of Malacca.svg Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2003)[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://suara.tv/10/04/2020/mengenali-timbalan-menteri-komunikasi-multimedia/
  2. ^ [1], "Ketua Bahagian Padang Besar - Zahidi tewaskan Azmi Khalid", Utusan Online, 18 Oktober 2008.
  3. ^ [2], "Zahidi minat jadi Ketua Pemuda", Utusan Online, 2 Jun 2008.
  4. ^ "Ketua Pemuda: Zahidi sah tarik diri", Utusan Online, 23 Oktober, 2008.
  5. ^ [3] "Keputusan SPR, Parlimen Padang Besar"
  6. ^ Ash'ari, Zainu'l Azhar (22 April 2013). "PRU-13: BN ada projek besar jika menang selesa di Padang Besar". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 23 April 2013.
  7. ^ http://utaranews.com/2017/11/banjir-besar-adalah-balasan-tuhan-kepada-kemungkaran-guan-eng-dan-dap.html/
  8. ^ "Sorry, my mistake, says deputy minister to Sabah girl who took exam on a tree". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 8 September 2020. Dicapai pada 3 September 2020.
  9. ^ a b Joni, Farhana (3 September 2020). "Timbalan menteri minta maaf dakwa Veveonah palsukan kisah duduki peperiksaan atas pokok". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 8 September 2020. Dicapai pada 3 September 2020. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adik (Veveonah) yang tadi tersebut seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.
  10. ^ a b Azli, Firdaus (8 September 2020). "'Veveonah tidak menipu, dia memang ambil peperiksaan dalam talian' - Masidi". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 8 September 2020. Dicapai pada 8 September 2020.
  11. ^ Zulkepli, Ruzaini (8 September 2020). "Isu Veveonah, saya dapat maklumat daripada pegawai di lapangan - Abdul Rahim". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 8 September 2020. Dicapai pada 8 September 2020.
  12. ^ "Dakwa Veveonah menipu: Majlis Senator gesa Zahidi dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan". Astro Awani. 9 September 2020. Diarkib daripada yang asal pada 11 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  13. ^ Vethasalam, Ragananthini; Easwaran, Elill (10 September 2020). "Rais panggil Zahidi untuk mohon maaf berhubung isu Veveonah". The Malaysian Insider. Diarkib daripada yang asal pada 11 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  14. ^ "Saya mohon maaf atas kekeliruan isu Veveonah - Zahidi". Astro Awani. 10 September 2020. Diarkib daripada yang asal pada 11 September 2020. Dicapai pada 11 September 2020.
  15. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout.
  16. ^ "The Malacca Yang Di-Pertua Negri's Birthday Honours List". The Star. 12 October 2003. Dicapai pada 24 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]