Pergi ke kandungan

Sim Chon Siang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sim Chon Siang
沈春祥
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Menyandang jawatan
2 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Menteri BesarWan Rosdy Wan Ismail
PortfolioHal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia[note 1]
Didahului olehNazri Ngah
(Hal Ehwal Pengguna)
Mohd Johari Hussain
(Sumber Manusia)
Kawasan pilihan rayaTeruntum
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Teruntum
Menyandang jawatan
5 Mei 2013
Didahului oleh Chang Hong Seong
Majoriti4,437 (2013)
7,725 (2018)
8,659 (2022)
Timbalan Pengerusi PKR Pahang
Menyandang jawatan
31 Julai 2025
PengerusiAhmad Farhan Fauzi
Maklumat peribadi
Lahir1966 (umur 58–59)
JohorMalaysia Johor, Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
PekerjaanAhli politik

Sim Chon Siang merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sejak Disember 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi Teruntum sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli, Naib Pengerusi Negeri dan Timbalan Ketua Cabang Kuantan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya Pakatan Rakyat (PR).[1] Beliau merupakan salah seorang daripada hanya dua Ahli EXCO Pahang daripada PH dan berketurunan Cina Malaysia, bersama ADUN Triang, Leong Yu Man.[2][3]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (sejak 2022)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Pahang 2022 telah menyaksikan penubuhan Dewan Undangan Negeri tergantung buat pertama kali dalam sejarah negeri itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Wan Rosdy daripada BN telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang selepas BN dan PH membentuk kerajaan campuran negeri pada 28 November 2022. Pada 2 Disember 2022, Sim telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang oleh Menteri Besar Wan Rosdy. 12 hari kemudian, pada 14 Disember 2022, Sim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, menggantikan dua portfolio terdahulu daripada bekas ADUN Pulau Tawar, Nazri Ngah dan satu lagi portfolio daripada bekas ADUN Tioman, Mohd Johari Hussain.[4]

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (sejak 2013)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Pahang 2013

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2013, Sim telah membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya setelah dicalonkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang calon Barisan Nasional (BN), Chang Hong Seong, dan memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,385 undi serta majoriti 4,437 undi.

Pilihan raya negeri Pahang 2018

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2018, Sim telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang Tee Choon Ser dari Barisan Nasional (BN) dan Azizah Mohd Ali dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sim berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,227 undi dan majoriti sebanyak 7,725 undi.

Pilihan raya negeri Pahang 2022

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022, Sim telah dicalonkan semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Teruntum. Beliau menentang Tee Choon Ser dari Barisan Nasional (BN), Yap Kim Heng dari Perikatan Nasional (PN) dan Khairul Afifie Abdullah dari Parti Pejuang Tanah Air. Sim berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan memperoleh sebanyak 12,983 undi dan majoriti sebanyak 8,659 undi.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pahang[5]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2013 N14 Teruntum Sim Chon Siang (PKR) 12,385 60.91% Chang Hong Seong (MCA) 7,948 39.09% 20,650 4,437 82.07%
2018 Sim Chon Siang (PKR) 12,227 61.85% Tee Choon Ser (MCA) 4,502 22.77% 20,207 7,725 81.66%
Azizah Mohd Ali (PAS) 3,039 15.37%
2022 Sim Chon Siang (PKR) 12,983 58.63% Tee Choon Ser (MCA) 4,304 19.44% 22,377 8,659 72.53%
Yap Kim Heng (GERAKAN) 3,676 16.60%
Khairul Afifie Abdullah (PEJUANG) 1,180 5.33%
  1. ^ Menerima portfolio 12 hari selepas mengangkat sumpah jawatan.
  1. ^ "Saudara Sim Chon Siang". keadilanrakyat.org.
  2. ^ "Calon PRU Sim Chon Siang". pru.sinarharian.com.my.
  3. ^ "Majlis Mesyuarat Kerajaan". www.pahang.gov.my.
  4. ^ "Portfolio EXCO Pahang diumum". www.bharian.com.my. 14 Disember 2022.
  5. ^ "The Star Online GE15 Pahang". The Star. Dicapai pada 10 Julai 2022. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.