Pergi ke kandungan

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
تڠكو ذوالڤوري شاه راج ڤوجي
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia
0
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Raub
Dalam jawatan
2 Julai 2018  24 Februari 2020
RajaSultan Muhammad V (2018–2019)
Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019–2020) (duapupu)
Perdana MenteriMahathir Mohamad
MenteriXavier Jayakumar Arulanandam
Gabenor0
Didahului olehJames Dawos Mamit (Air)
Hamim Samuri (Sumber Asli)
Digantikan olehAli Biju (Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli)
Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air)
Kawasan pilihan rayaRaub
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Raub
Dalam jawatan
9 Mei 2018  19 November 2022
Didahului oleh(PR DAP) Mohammuad Ariff Sabri Abdul Aziz (Pakatan RakyatParti Tindakan Demokratik)
Digantikan olehChow Yu Hui (PH−DAP)
Majoriti3,159 (2018)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Tras
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului oleh(PH−DAP) Chow Yu Hui
Digantikan oleh0
Majoriti11,397 (2022)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang
bagi Mentakab
Dalam jawatan
5 Mei 2013  9 Mei 2018
Didahului oleh Chuah Boon Seong
Digantikan oleh(PH−DAP) Woo Chee Wan
Majoriti1,554 (2013)
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik Malaysia
Dalam jawatan
20 Mac 2022  16 Mac 2025
Setiausaha AgungAnthony Loke Siew Fook
Pengerusi KebangsaanLim Guan Eng
Didahului olehTeresa Kok Suh Sim
Digantikan oleh9
Naib Pengerusi 3 Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik Malaysia
Dalam jawatan
12 November 2017  20 Mac 2022
Setiausaha AgungLim Guan Eng
PengerusiTan Kok Wai
Didahului olehAriffin S.M Omar
Peranan lain
2013–2018Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang
Maklumat peribadi
Lahir
Tengku Zulpuri Shah bin Tengku Puji bin Tengku Abdul Halim ibni Al-Sultan Haji Sir Abdullah al-Mustassim Billah Shah I ibni Al-Sultan Haji Sir Ahmad Al-Mu'azzam Shah

(1964-07-15) 15 Julai 1964 (umur 62)
PahangMalaysia Raub, Pahang, Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 2000)
Gabungan politik
lain
Barisan Alternatif (BA) (2000–2004)
Barisan Rakyat (BR) (2004–2008)
Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015)
Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015 - kini)
KediamanPahang

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Jawi: تڠكو ذوالڤوري شاه بن راج ڤوجي; lahir 15 Julai 1964) ialah seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Tras sejak November 2022.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Xavier Jayakumar Arulanandam dari Julai 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran PH pada Februari 2020 serta sebagai Ahli Parlimen (MP) Raub dari Mei 2018 hingga November 2022. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang dan ADUN Mentakab dari Mei 2013 hingga Mei 2018 serta pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP pusay sejak Mac 2022 dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pahang. Beliau juga pernah memegang jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dari November 2017 hingga Mac 2022. Selain itu, beliau merupakan satu-satunya Melayu yang menjadi Ahli Parlimen DAP dari tahun 2018 hingga 2022. [1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Pelantikan sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP

[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mac 2022, semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Zulpuri Shah telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP bersama-sama dengan Sivakumar Varatharaju dan Liew Chin Tong, berkhidmat di bawah Setiausaha Agung, Anthony Loke.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau juga merupakan kerabat diraja Pahang[3] dan anak kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas Timbalan Pesuruhjaya Pahang dan bekas ahli jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[4][5][6]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pahang[7][8][9]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N30 Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) 7,882 55.47% Chuah Boon Seong (MCA) 6,328 44.53% 14,430 1,554 84.93%
2022 N07 Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) 17,255 62.32% Lim Teck Hoe (MCA) 5,858 21.16% 28,001 11,397 72.23%
Amirul Kuek (Gerakan) 4,233 15.29%
Mohd Tahir Kassim (PUTRA) 340 1.23%
Parlimen Malaysia[8][10][11]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 P080 Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) 20,659 44.89% Chew Mei Fun (MCA) 17,500 29.66% 46,971 3,159 81.37%
Mohd Nilam Abd Manap (PAS) 7,866 17.09%
2022 P079 Lipis Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) 6,366 17.75% Abdul Rahman Mohamad (UMNO) 17,672 49.29% 36,343 6,118 76.09%
Mohamad Shahrum Osman (BERSATU) 11,554 32.22%
Aishaton Abu Bakar (PEJUANG) 263 0.76%
  1. "DAP finalises CEC lineup – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2018. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  2. "Loke elected new DAP secretary-general". FMT. 20 Mac 2022. Dicapai pada 20 Mac 2022.
  3. MEI, WONG PEK. "PRU13: DAP Umum Calon Negeri Pahang – Berita Semasa | mStar". www.mstar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2018. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  4. "Meet Malaysia's New Cabinet". 2 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2018.
  5. "Pahang assembly: Mentakab rep Tengku Zulpuri Shah Raja Puji chosen Opposition leader – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2018. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  6. "Follow example of Pahang MB, Kit Siang tells politicians". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 29 November 2017. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  7. "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. 1 2 "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  9. "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  10. "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  11. "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Facebook