Mohd Sharim Md Zain
Mohd Sharim Md Zain | |
|---|---|
| محمد شريم محمد زين | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Chini | |
| Menyandang jawatan 4 Julai 2020 | |
| Didahului oleh | Abu Bakar Harun (BN–UMNO) |
| Majoriti | 12,650 (2020) 2,125 (2022) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 13 Mac 1979 |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pasangan | Norhiliyana Abd Hamid |
| Anak | 5 |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Sharim bin Md Zain (lahir 13 Mac 1979) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Chini.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Beliau menyertai UMNO dan pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada pendahulunya, Abu Bakar Harun yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Chini.[1]
Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan serta Ketua Pemuda UMNO Cawangan FELDA Chini 3.[1]
Pilihan raya kecil Chini 2020
[sunting | sunting sumber]Pada Julai 2020, Mohd Sharim bertanding buat pertama kali sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pilihan raya kecil Chini. Pilihan raya tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Abu Bakar Harun pada 7 Mei, yang telah memegang kerusi itu sejak tahun 2004.[2]
Pada 18 Jun, Barisan Nasional memutuskan untuk menamakan Mohd Sharim, yang merupakan penduduk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), sebagai calon mereka bagi pilihan raya kecil tersebut.[3]
Beliau memenangi pilihan raya kecil itu selepas menewaskan dua calon Bebas — Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (bekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pekan) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (Aktivis Sosial) — dengan majoriti sebanyak 12,650 undi.[4][5]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Kawasan | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Jumlah undi | Majoriti | Peratusan keluar mengundi | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2020 | N23 Chini | Mohd Sharim Md Zain (UMNO) | 13,872 | 91.08% | Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (BEBAS) | 1,222 | 8.02% | 15,270 | 12,650 | 73.87% | ||
| Mohd Shukri Mohd Ramli (BEBAS) | 137 | 0.90% | ||||||||||
| 2022 | Mohd Sharim Md Zain (UMNO) | 10,588 | 53.25% | Fahrur Rozi Jalaluddin (PAS) | 8,463 | 42.56% | 20,244 | 2,125 | 76.12% | |||
| Mohamad Yazid Che Mat (PKR) | 833 | 4.19% | ||||||||||
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Pahang :
Dato' Indera Darjah Mahkota Pahang (D.I.M.P.) – Dato' (2024)[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Abdul Razak Raaf (18 Jun 2020). "Pengerusi Majlis Belia FELDA Kuantan calon BN PRK DUN Chini". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2020.
- ^ "ADUN Chini meninggal dunia". Sinar Harian. 15 Mei 2020. Dicapai pada 15 Mei 2020.
- ^ Arfa Yunus (18 Jun 2020). "BN rests hope on Felda settler to retain Chini". New Straits Times. Dicapai pada 18 Jun 2020.
- ^ "BN's Sharim vs 2 independents in Chini by-election". Free Malaysia Today. 20 Jun 2020. Dicapai pada 20 Jun 2020.
- ^ T.N. Alagesh (4 Julai 2020). "BN wins big in Chini". New Straits Times. Dicapai pada 5 Julai 2020.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pengundi.
- ^ Bernama (6 May 2025). "46 individu terima darjah kebesaran, pingat Pahang". www.astroawani.com.
