Mohd Sofian Abdul Jalil
Mohd Sofian Abdul Jalil | |
|---|---|
| محمد صوفيان عبد الجليل | |
Official portrait of Dato' Mohd Sofian Abd Jalil, Member of the Pahang State Legislative Assembly for Luit. | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Luit | |
| Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 1,166 (PRU-15) 272 (PRU-14) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Sofian bin Abd Jalil 27 Februari 1961 Maran, Pahang |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
| Anak | 6 |
| Kediaman | |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Mohd Sofian bin Abdul Jalil ialah ahli politik Malaysia, pereka perindustrian dan bekas eksekutif korporat berketurunan Melayu yang kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang (ADN) Luit sejak tahun 2018.[1]
Beliau ialah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan mewakili gabungan parti Perikatan Nasional di Dewan Negeri Pahang.[2] Rekod rasmi Kerajaan Negeri Pahang menyenaraikan beliau sebagai wakil rakyat bagi DUN N.24 Luit dengan pusat khidmat di Bagunan LKNP, Maran, Pahang.
Beliau mula dipilih ke Dewan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 (PRU-14) dan mengekalkan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2022 (PRU-15).
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 27 Februari 1961 di Maran, Pahang.
Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Sentul, Maran dan Sekolah Rendah Kebangsaan Maran sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran serta Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan.
Pada tahun 1988, beliau menamatkan pengajian di Universiti Teknologi MARA dalam bidang Reka Bentuk Industri.
Kerja profesional
[sunting | sunting sumber]Sebelum terlibat secara aktif dalam politik, Mohd Sofian memulakan kerjaya sebagai guru sandaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Jengka 10 dari tahun 1981 hingga 1982 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran pada tahun 1983.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai pereka industri di Eksport Lang Furniture dari tahun 1988 hingga 1995. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Pengurus Jualan dan Pengedaran Wilayah Timur di Kurnia Selia Industries Sdn. Bhd. dari tahun 1995 hingga 2000.
Pada tahun 2001, beliau menyertai DRB-HICOM melalui Malaysian Trucks & Bus Sdn. Bhd. Sebagai Eksekutif Teknikal sebelum memegang jawatan Penolong Pengurus sehingga tahun 2007. Dari tahun 2007 hingga 2014, beliau berkhidmat sebagai Ketua Unit Pembangunan Vendor di Pusat Pembangunan Industri Perabot MARA (FITEC).
Penglibatan kemasyarakatan dan NGO
[sunting | sunting sumber]Mohd Sofian turut terlibat dalam beberapa organisasi masyarakat dan profesional, termasuk:
- Pengerusi Belia MAYC Kampung Berkat;
- Ahli Jawatankuasa MAYC Daerah Maran;
- Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Maran 2;
- Penaung Pasukan Bola Sepak Malaysian Trucks & Bus Sdn Bhd;
- Pembantu Teknikal Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA);
- Setiausaha Pereka Perindustrian Malaysia (PEREKA).
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Mohd Sofian aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di peringkat kawasan Maran sebelum dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Luit (N.24).
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperolehi 4,238 undi dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan calon Barisan Nasional dengan majoriti 272 undi.[3]
Beliau mempertahankan kerusi yang sama pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2022 apabila memperoleh 6,002 undi dan menewaskan calon Barisan Nasional serta Pakatan Harapan dengan majoriti 1,166 undi.[4]
Pada Disember 2022, beliau turut diumumkan sebagai salah seorang penyelaras portfolio Ahli Dewan Negeri pembangkang Perikatan Nasional di Pahang bagi portfolio Perpaduan, Pelancongan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.[5]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N24 Luit | Mohd Sofian Abd Jalil (PAS) | 4,238 | 43.30% | Nurhidayah Mohamad Shahaimi (UMNO) | 3,966 | 40.53% | 9,975 | 272 | 81.20% | ||
| Rosli Amin (PKR) | 1,582 | 16.17% | ||||||||||
| 2022 | Mohd Sofian Abd Jalil (PAS) | 6,002 | 48.32% | Jamaluddin Md Marzuki (UMNO) | 4,836 | 38.93% | 12,596 | 1,166 | 77.38% | |||
| Mohd Afandi Abd Rani (PKR) | 1,584 | 12.75% | ||||||||||
Anugerah
[sunting | sunting sumber]
Pahang
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2024)[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Senarai ADN Pahang
- ↑ "SENARAI AHLI DEWAN NEGERI PAHANG KE-15 MENGIKUT KAWASAN". https://www.pahang.gov.my/.
{{cite web}}: External link in(bantuan)CS1 maint: url-status (link)|website= - ↑ "TheStar GE14".
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - ↑ "TheStar GE15 & 6 States Elections".
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - ↑ "Pahang Perikatan announces 18 portfolios to shadow exco members".
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - ↑ https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2370071
