Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Solat Sunat Tahiyyatul Masjid merupakan solat sunat yang didirikan ketika memasuki masjid sebaiknya sebelum duduk.

Solat ini amat digalakkan dan seseorang itu digalakkan melakukan sunat Tahiyyatul Masjid walaupun ketika kutbah Jumaat sedang dibacakan pada hari Jumaat. Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah lalu dia terus duduk. Baginda SAW pun berkata kepadanya: “Wahai Sulaik, berdiri dan rukuklah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksa­nakannya. Kemudian baginda bersabda: Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya. (Riwayat al-Bukhari) [1]

Tertib Tahiyyatul Masjid[sunting | sunting sumber]

Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:

yang bermaksud "Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami, bukakanlah pintu-pintu rahmat dan restu-Mu"

Niat

Lafaz niat solat Tahiyyatul Masjid adalah

Ertinya : "Sahaja aku solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Hadis Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Dari Abu Qatadah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Kalau sekiranya salah satu di antara kalian masuk ke dalam masjid maka dilarang untuk duduk di dalamnya sebelum mengerjakan solat dua rakaat (solat Tahiyatul Masjid) [2]

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: "Nabi berhutang denganku. Lalu baginda membayarnya lebih daripada hutang baginda itu. Seterusnya aku memasuki masjid, lalu baginda berkata kepadaku: Sembahyanglah dua rakaat!" [3]

Hadis Kaab bin Malik r.a:

Kebiasaannya Rasulullah s.a.w kembali dari musafir pada waktu siang hari iaitu pada waktu Dhuha. Apabila kembali, baginda terus menuju ke masjid dan selepas mendirikan sembahyang dua rakaat baginda pun duduk [4]

Imam Malik berpendapat dan berpegang bahawa larangan mengerjakan solat selepas menunaikan solat Asar lebih keras daripada suruhan mengerjakan solat tahiyat masjid. Dengan demikian, beliau melarang penuntut-penuntutnya mengerjakan solat tahiyat masjid sekiranya mereka masuk ke masjid di antara waktu asar dan Maghrib. [5]

Pendapat Imam Malik[sunting | sunting sumber]

Pada suatu hari Imam Malik masuk ke masjid selepas Asar di Masjid Nabawi dan terus duduk tanpa terlebih melakukan solat tahiyat masjid. Ketika beliau hendak duduk, seorang budak menyuruhnya mendirikan solat tahiyat masjid. Imam Malik segera bangun dan menunaikan solat tahiyat masjid.

Apabila selesai mengerjakan solat dua rakaat itu, penuntutnya bertanya sama ada pendapat dan pegangannya sudah berubah. Beliau menyatakan pendapatnya tidak berubah, tetapi beliau melakukan solat sunat ketika itu kerana takutkan Allah menggolongkan dirinya dalam golongan mereka yang ingkar pada ayat Quran Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Taatlah dan kerjakanlah sembahyang, mereka enggan mengerjakannya. (al-Mursalat 77:48) [6] وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ارْكَعُوا لَا يَرْكَعُونَ Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya. [QS. Al-Mursalat: Ayat 48]

Permasalahan Mengenai Solat Sunat Tahiyyatul Masjid[sunting | sunting sumber]

Seorang jemaah sampai ke masjid pada waktu Zuhur dan bilal sedang melaungkan azan Zuhur, dan jemaah tersebut belum menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. Dalam keadaan ini, apabila masuk waktu solat Zuhur, jemaah tersebut mempunyai dilema sama ada untuk menunaikan solat Tahiyyatul Masjid ataupun Solat Sunat Rawatib. Dalam keadaan ini, Islam mensyariatkan bahawa solat yang lebih berhak ke atas jemaah tersebut pada waktu itu adalah solat sunat Rawatib Zuhur dan bukannya solat sunat Tahiyatul masjid. Dengan mendirikan Rawatib Qabliyyah Zuhur, ulama mengira sudah memadai dan mendapat fadilat sunat Tahiyatul Masjid. (Mohd. Farid Ravi Abdullah - Utusan Malaysia Bicara Agama)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]