Wajah Kekasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Wajah Kekasih"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada4 April 1997
FormatSingle CD, keluaran siaran radio
Dirakam pada1996
GenrePop
Panjang5:16
SyarikatSuria Records
PenulisAdnan Abu Hassan, Hani M.J
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Aku Cinta Padamu"
(1996)
"Wajah Kekasih"
(1997)
"Bisikan Asmara"
(1997)
Video muzik
Siti Nurhaliza - Wajah Kekasih (muzik video) di YouTube

"Wajah Kekasih" ialah single kedua daripada penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza dan ia dimuatkan dalam album kedua, menyusuli "Aku Cinta Padamu". Lagu ini digubah oleh Adnan Abu Hassan dan Hani M.J.

Komposisi dan lirik[sunting | sunting sumber]

Berdurasi selama 5 minit dan 16 saat, Wajah Kekasih ialah sebuah lagu berentak balada yang dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Hani M.J.

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video lagu ini menjalani penggambarannya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Siti Nurhaliza mengenakan busana putih dalam muzik video ini. Seperti dalam muzik video Jerat Percintaan, Siti juga mengalirkan airmatanya pada penghujung muzik video Wajah Kekasih.

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Wajah Kekasih dinyanyikan secara langsung oleh Siti semasa menjayakan persembahannya dalam rancangan televisyen muzikal terbitan RTM, Hiburan Minggu Ini. Lagu ini juga dipersembahkan secara langsung oleh Siti menerusi konsert sulungnya yang diadakan pada 30 Oktober 1999.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Wajah Kekasih"   5:16

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Carta (1997) Kedudukan
carta
Muzik FM 1
Muzik Muzik 1

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1998[1][2] "Wajah Kekasih" Lagu Balada Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nurhaliza dan Adnan kuasai juara lagu". Utusan Malaysia Online. 11 November 1998. Dicapai 24 Ogos 2010. 
  2. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (8 Disember 1998). "Juara Lagu dikuasai irama Malaysia". Utusan Malaysia Online. Dicapai 24 Ogos 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]