Aku Cinta Padamu (lagu Siti Nurhaliza)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Aku Cinta Padamu"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada3 Januari 1997 [1]
Dirakam padaOktober 1996
GenrePop
Panjang5:23
SyarikatSuria Records
PenulisLY & Baiduri
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Cari-Cari
(1996)
"Aku Cinta Padamu"
(1997)
"Wajah Kekasih"
(1997)
Kronologi single single Indonesia Siti Nurhaliza
"Betapa Ku Cinta Padamu"
(1997) Betapa Ku Cinta Padamu1997
Mencintaimu Selamanya
(1998) String Module Error: Match not foundString Module Error: Match not found
Video muzik
Siti Nurhaliza - Aku Cinta Padamu (muzik video) di YouTube
Senarai runut Siti Nurhaliza II
"Aku Cinta Padamu"
(Trek 1)
"Wajah Kekasih"
(Trek 2)

"Aku Cinta Padamu" ialah single ketiga dalam kerjaya nyanyian Siti Nurhaliza, dan juga single pertama daripada album keduanya yang juga menggunakan namanya sebagai tajuk album. Lagu ini digubah oleh LY dan liriknya oleh Baiduri dan dikeluarkan pada 3 Januari 1997. Lagu inilah yang dikatakan menjulang Siti Nurhaliza di kalangan bintang terhebat di Nusantara, apabila menembusi pasaran Indonesia dengan tajuk gantian "Betapa Ku Cinta Padamu" lalu mendapat sambutan baik di negara itu.

Komposisi dan lirik[sunting | sunting sumber]

Berdurasi selama 5 minit dan 23 saat, Aku Cinta Padamu ialah sebuah lagu balada yang bersederhana rancak yang dicipta oleh LY dan lirik ditulis oleh Baiduri.

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video lagu Aku Cinta Padamu menjalani penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur, terutama sekali di latar depan Menara Kuala Lumpur, sebelum muzik video Mikraj Cinta, 18 tahun kemudian.

Versi lagu saduran[sunting | sunting sumber]

Lagu ini pernah dirakamkan semula dalam versi bahasa Inggeris dengan tajuk, I Wonder dendangan kumpulan North, sebuah kumpulan 'boyband' dari Australia.[2] Lagu ini juga turut diciplak semula dalam oleh Lin, penyanyi Indonesia.

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Lagu ini dipersembahkan secara langsung oleh Siti menerusi konsert sulungnya, Konsert Live Siti Nurhaliza yang diadakan pada 30 Oktober 1999 di Stadium Negara, Bukit Jalil. Semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004, Siti membuat kejutan dengan menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu dalam empat versi berbeza dengan setiap satunya dipadankan dengan kostum yang sesuai.

Beliau juga menyanyikan lagu ini dalam segmen Lagu Cinta di konsert Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005. Pada 26-28 Jun 2009, bertempat di Istana Budaya, Siti menyampaikan lagu ini dalam persembahan ketiganya menerusi segmen medley kedua: lagu hit di Konsert SATU beliau.[3]

Aku Cinta Padamu dinyanyikan oleh Siti dalam segmen medley kedua di konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 yang juga diadakan di Istana Budaya pada 7 April 2015.[4] Beliau juga menyanyikan lagu ini dalam persembahan pertamanya menerusi segmen akustik dan unplugged di konsert Dato' Siti Nurhaliza and Friends di Stadium Negara, Bukit Jalil pada 2 April 2016 sempena meraikan 21 tahun kerjayanya sebagai penyanyi.[5]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Versi Malaysia
No. Tajuk Masa
1. "Aku Cinta Padamu"   5:25
2. "Aku Cinta Padamu (Remix)^"   5:51
Versi Indonesia
No. Tajuk Masa
1. "Betapa Ku Cinta Padamu"   5:25

^Dimuatkan dalam album Siti Nurhaliza House Mix

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Carta (1997) Kedudukan
carta
Muzik FM 1
Muzik Muzik 2

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1997[6] "Aku Cinta Padamu" Lagu Balada Terbaik Menang
Persembahan Terbaik Menang

Carta Radio 3 Shah Alam[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998 "Aku Cinta Padamu" Persembahan Terbaik (Solo) Menang
Carta Pujaan
Tempat Kedua

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
1998[7] "Aku Cinta Padamu" Lagu Terbaik Dicalonkan

Anugerah MACP[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2009[8] "Aku Cinta Padamu" Lagu Melayu Paling Dipersembahkan Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Nurhaliza II di iTunes Malaysia
  2. ^ Mohd Arif Nizam Abdullah (5 Mei 2006). "North rakamkan lagu Aku Cinta Padamu". Utusan Online. Dicapai 30 April 2010. 
  3. ^ Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB! Siti Azira Abdul Aziz. mStar (20 Mei 2009).
  4. ^ Budiey (20 March 2015). "Konsert Unplugged Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya". Budiey.com. Dicapai 16 April 2015. 
  5. ^ Budiey Isma (2 Mac 2016). "Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara". Budiey.com. Dicapai 18 Mac 2016. 
  6. ^ "Juara Lagu sepintas lalu". Metro Ahad. Digital Collections DC5: Text Archive. 28 Disember 2003. Dicapai 24 September 2010. 
  7. ^ Shazryn Mohd. Faizal (27 April 2009). "Bukan selalu Siti menang". Utusan Malaysia Online. Dicapai 23 September 2010. 
  8. ^ "Industri muzik sudah mati?". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 9 Disember 2009. Dicapai 2 September 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]