Kasihku Selamanya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Kasihku Selamanya"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dilancarkan pada10 Julai 2019 (Digital)
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang4:23
SyarikatCranky Music Sdn. Bhd.
PenulisAubrey Suwito, Ad Samad
PenerbitAubrey Suwito
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Anta Permana"
(2018)"
"Kasihku Selamanya" ""Terang"
(2019)"
"Kasihku Selamanya" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Kasihku Selamanya" merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 10 Julai 2019. Lagu ini ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad. Ia merupakan lagu tema filem Dendam Pontianak.[1] Lagu ini dikeluarkan sebagai single kedua untuk album ke-19 Siti, ManifestaSITI2020 yang akan dikeluarkan pada 3 Julai 2020.[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Rakaman lagu "Kasihku Selamanya" mengambil masa dua jam untuk disiapkan. Menurut Aubrey Suwito selaku komposer, beliau mengarang lagu tersebut bagi memenuhi keupayaan vokal Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apabila rakaman selesai, Suwito tidak terkejut melihat Siti telah menyiapkannya dengan mudah, walaupun baru sahaja melahirkan bayinya pada masa itu. "Apabila pihak produksi filem Dendam Pontianak, Tiger Tiger menyatakan hasrat mahu melamar Siti menyanyikan lagu runut bunyi produksi seram itu, saya meminta mereka berbincang dengan pihak pengurusannya.".[3][4] Beliau berkata Siti hanya mempunyai satu hari untuk menamatkan proses rakaman. Sebagai seorang profesional, Siti berjaya melakukannya dalam masa dua jam sahaja.[3] Aubrey mengakui bekerja dengan Siti ialah pengalaman yang sangat mudah.[5]

Komposisi dan lirik[sunting | sunting sumber]

Sebuah lagu yang berdurasi selama empat minit dan 23 saat, "Kasihku Selamanya" bermula dengan solo piano yang mengiringi suara Siti sebelum mencapai paduan suara - pameran penyanyi vokal yang luas dan struktur orkestra dan struktur muzik yang serupa dengan beberapa genre lagu cinta Melayu yang paling klasik di Malaysia.[1]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

"Kasihku Selamanya" dikeluarkan pada 10 Julai 2019. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini dan menampilkan adegan dari filem ini.[6] Sewaktu dikeluarkan, "Kasihku Selamanya" menduduki tangga pertama platform penstriman muzik, iTunes sekaligus mengatasi kedudukan lagu "Señorita" nyanyian Shawn Mendes dan Camila Cabello yang berada di tangga kedua.[7][8] Dalam ulasannya di Sensasi Selebriti, Budiey menyifatkan vokal Siti Nurhaliza kedengaran seperti tengah ‘menjampi’ pendengar dengan meluahkan perasaan seorang pontianak.[9]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[10]
  1. "Kasihku Selamanya" – 4:23

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 10 Julai 2019 Muat turun digital[10]
pensitriman digital[11]
Siti Nurhaliza Productions
Universal Music Group (Malaysia)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Cranky Music Releases Siti Nurhaliza's 'Kasihku Selamanya'". Music Press Asia. 11 Julai 2019. Dicapai pada 13 September 2019.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Jun 2020). "Album Siti habis dijual". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  3. ^ a b Tahir Alhamzah (12 Julai 2019). "#Showbiz: Siti only took 2 hours to record Kasihku Selamanya". New Straits Times. Dicapai pada 13 September 2019.
  4. ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Julai 2019). "Aubrey takut pujuk Siti Nurhaliza nyanyi Kasihku Selamanya". Berita Harian. Dicapai pada 13 September 2019.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (20 Julai 2019). "Amat mudah kerja dengan Siti". Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2019.
  6. ^ Dennis Chua (6 September 2019). "#Showbiz: A vicious lady in red". New Straits Times. Dicapai pada 13 September 2019.
  7. ^ Mohd Haikal Isa (10 Julai 2019). "Lagu baharu Siti, Kasihku Selamanya duduki carta pertama iTunes". Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2019.
  8. ^ Rozaimi Zubaidi (10 Julai 2019). ""Terima Kasih Kepada Semua Peminat" - Kurang 24 Jam Dilancarkan, Lagu Baharu Siti Nurhaliza, Duduki Carta Pertama iTunes". Astro Gempak. Dicapai pada 13 September 2019.
  9. ^ Budiey (10 Julai 2019). "Ada Sebab Lagu KASIHKU SELAMANYA Siti Nurhaliza Dikatakan Sebuah Lagu Berhantu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 September 2019.
  10. ^ a b "Kasihku Selamanya - Single". iTunes Store (MY). Apple. 10 Julai 2018. Dicapai pada 13 September 2019.
  11. ^ "Kasihku Selamanya - Single by Siti Nurhaliza". Spotify. 10 Julai 2018. Dicapai pada 13 September 2019.