Aku Bukan Malaikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Aku Bukan Malaikat"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album SimetriSiti
Dilancarkan pada21 September 2017
Dirakamkan pada6 April 2017
FormatMuat turun digital, CD
GenrePop
Panjang4:07
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
PenulisOpick, Dian
PenerbitOpick
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Bersandar Cinta"
(2017)"
"Aku Bukan Malaikat" ""Kau Takdirku" (2018)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Aku Bukan Malaikat" ialah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Ia dikeluarkan pada 21 September 2017 sebagai single ketiganya yang dimuatkan dalam album studio ke-18 beliau, SimetriSiti. Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Indonesia, Opick.[1]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

"Aku Bukan Malaikat" ialah lagu terakhir yang dirakamkan oleh Siti untuk SimetriSiti, dirakamkan pada 6 April 2017.[2] Ia dicipta dan diterbitkan oleh penyanyi dan komposer Indonesia, Opick, yang turut terlibat dalam pembikinan SimetriSiti. Segalanya bermula pada Oktober 2016 apabila Siti bertemu dengan Opick di "Konsert Rapatkan Saf", beliau memintanya untuk mengarang lagu untuk albumnya.[2] Siti menjelaskan "Aku Bukan Malaikat" sebagai sebuah lagu yang dikhaskan bagi "wanita sentimen" sepertinya.[3] Beliau mengakui bahawa beliau telah dihanyutkan oleh emosi ketika merakamkan lagu dan beliau terpaksa cepat mengumpulkan dirinya dan menstabilkan perasaannya.[3]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Menurut Zaidi Che dalam ulasan beliau untuk portal STAIL.my, beliau menyifatkan lagu ini sebagai sebuah karya melankolik yang indah: "Selain lirik yang berat, susunan muzik terdendang nyaman di telinga. Suka saya mendengar bait lirik “Hantarkan aku dengan cintamu, Pada sang maha cahaya”."[4]

Kemunculan lain[sunting | sunting sumber]

"Aku Bukan Malaikat" dipilih sebagai lagu tema drama Kamar Kamariah lakonan Nabila Huda dan Fizz Fairuz, yang bersiaran di TV3.

Lagu tema juga tersebut dalam drama Cerita Dalam Kain, mempunyai 13 episod yang bersiaran di Astro Prima.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[5]
  1. "Aku Bukan Malaikat" - 4:07

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (28 April 2017) Opick bawa muzik berbeza Harian Metro (3 Oktober 2017). Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  2. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (11 April 2017). "Misi Siti Selesai". Berita Harian. Dicapai pada 12 May 2017. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ a b Rafiq Mazlan (7 May 2017). "SimetriSiti, signal keunggulan Datuk Siti Nurhaliza". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-11. Dicapai pada 11 May 2017. Cite has empty unknown parameter: |deadurl= (bantuan)
  4. ^ Zaidi Che (9 Jun 2017). #Review: Dato Siti Nurhaliza: SimetriSiti Diarkibkan 2019-06-18 di Wayback Machine STAIL.my. Dicapai pada 18 Jun 2017.
  5. ^ "Siti Nurhaliza sedar 'kehilangan' dirinya dirindui". Berita Harian. 3 Oktober 2017. Dicapai pada 16 Oktober 2017.