Menatap Dalam Mimpi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Menatap Dalam Mimpi"
Lagu oleh Siti Nurhaliza
daripada album Unplugged
Dilancarkan pada
  • 2 April 2016 (Persembahan secara langsung)
  • 2 November 2016 (Digital, muzik video)
Dirakamkan padaJun 2015
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang4:58
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Group (Malaysia)
PenulisAubrey Suwito, Rozi Abdul Razak (RoziSangDewi)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Menatap Dalam Mimpi" ialah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Ia merupakan trek bonus kedua beliau dari album secara langsung beliau, Unplugged yang dikeluarkan sebagai single selepas "Mikraj Cinta". Lagu ini dicipta oleh Aubrey Suwito dan liriknya ditulis oleh Rozi Abdul Razak. Secara tematiknya, lirik Menatap Dalam Mimpi berkisarkan mengenai perasaan kerinduan Siti terhadap arwah bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada 2009.

Pada 2 November 2016, muzik video rasmi terakhir lagu ini telah dimuatnaik di akaun Vevo rasmi Siti Nurhaliza selepas muzik video pertamanya ditarik balik dalam tempoh 12 jam selepas ia diterbitkan pada Ogos.

Pada September 2015, "Menatap Dalam Mimpi" dicalonkan di Anugerah Planet Muzik 2015 bagi kategori Penyanyi Wanita Terbaik. Pada 18 Disember 2016, lagu ini memenangi Anugerah Industri Muzik ke-22 bagi dua kategori, iaitu Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) dan Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu, serta tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Latar belakang dan rakaman[sunting | sunting sumber]

Rozi Abdul Razak (Rozi Sang Dewi) menulis lirik lagu "Menatap dalam Mimpi".

Penerbitan "Menatap Dalam Mimpi" bermula apabila Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk memuatkan tiga lagu baru tambahan bagi mengikuti keluaran album secara langsung beliau, Unplugged[1] — "Engkau", "Menatap dalam Mimpi", dan "Mikraj Cinta".[1] Sesi rakaman lagu ini dijalankan pada Jun 2015.[1] Menurut komposer lagu ini, Aubrey Suwito, idea untuk menulis melodi untuk "Menatap Dalam Mimpi" datang apabila beliau membaca sebuah puisi yang ditulis dan dimuat naik oleh Rozi Abdul Razak di akaun Twitter peribadinya.[1] Ketika membaca puisi itu, ia hanya memerlukan Aubrey tempoh 20 minit untuk mengarang melodi.[1] Rozi yang juga pembantu peribadi dan kakak ipar Siti telah ditugaskan oleh Siti untuk mengarang lirik yang paling menggambarkan mengenai "kehilangan seseorang yang sangat kita sayang".[1]

Dirakamkan di studio rakaman peribadi milik Aubrey, Siti dikatakan menyukai melodi lagu pada previu pertama. Beliau mengakui bahawa komposisi lagu ini adalah benar-benar mencabar. Beliau juga berkata: "Ia memiliki elemen muzikal yang memerlukan saya mempelbagaikan penggunaan julat vokal saya. Tidak salah kalau saya katakan, ia seperti sebuah lagu muzikal yang sering kita dengar dalam filem-filem Walt Disney". Menurut Siti, ambilan beliau pada lagu ini ialah menggambarkan perasaannya apabila beliau kehilangan arwah bapanya, Allahyarham Tarudin Ismail yang meninggal dunia pada 15 Februari 2009. Beliau menyifatkan, "Proses rakaman begitu mencabar kerana saya telah diselubungi oleh emosi. Aubrey memberi saya banyak input dan saya berbangga bagaimana ianya membuahkan hasil"[2]

Komposisi dan lirik[sunting | sunting sumber]

Sebuah lagu berentak pop balada,[1][2] lagu yang berdurasi selama 4 minit dan 58 saat.[3] Lagu ini dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh Aubrey Suwito.[3] Ia memerlukan beliau 20 minit untuk mengarang melodi lagu itu selepas membaca sebuah puisi yang ditulis oleh Rozi Abdul Razak, pengurus peribadi Siti.[1] Rozi kemudiannya ditugaskan untuk menulis lirik yang berkisarkan tentang seseorang kehilangan seseorang yang kita amat sayangi.[1] Menurut Siti, lagu memerlukan beliau untuk bermain-main dengan lingkungan suara beliau.[1]

Keluaran dan promosi[sunting | sunting sumber]

Lagu ini dimuatkan apabila Unplugged telah dikeluarkan secara komersial untuk memuat turun dan penstriman di pelbagai platform termasuk iTunes, Spotify, dan Deezer pada 30 Jun 2015.[4] Rendisi akustik "Menatap dalam Mimpi" juga dimuatkan secara eksklusif untuk keluaran iTunes.[5] Pada 2 April 2016, "Menatap dalam Mimpi" telah dipersembahkan secara langsung buat pertama kali semasa Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara.[6]

Pada 15 Ogos 2016,[7] video muzik pertama dikeluarkan walaupun syarikat rakaman mengambil keputusan untuk menarik balik video muzik selepas ia telah diterbitkan hanya 12 jam.[8] Pada 2 November 2016, video muzik akhir untuk lagu itu akhirnya dimuat naik dengan konsep dan jalan cerita yang sama sekali berbeza dan dihasilkan oleh syarikat penerbitan lain.[8]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video pertama[sunting | sunting sumber]

Muzik video pertama diarahkan oleh Aloi dari AB Roll pada 3 Mei 2016,[9][10] ia menampilkan Neera Azizi yang berlakon sebagai Siti semasa kecil.[11] Pada hari yang sama, klip di belakang tabir telah dimuatnaik oleh Siti di akaun Instagram rasminya.[12] Dalam pembikinan video muzik, beliau telah digayakan oleh Yanna Husin dan menggayakan busana yang direka oleh Rizman Ruzaini.[10] Solekan beliau disediakan oleh Epie Temerloh.[10]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Video muzik bermula dengan kad tajuk yang menunjukkan tajuk lagu. Seterusnya, ia membuka ke adegan yang menunjukkan Siti dalam pakaian aliran merah dengan padanan hijab di dalam bilik gelap. Ketika beliau mula menyanyikan baris, adegan yang menunjukkan seorang gadis kecil bermain dengan bapanya dipaparkan. Adegan yang menunjukkan nyanyiannya di dalam bilik dan adegan yang menunjukkan bapa dan gadis kecilnya akan ditunjukkan sebentar-bentar. Di adegan seterusnya, ia menunjukkan bahawa bapa telah menemui anaknya mempunyai kecenderungan ke arah nyanyian. Semasa membaca akhbar itu, dia melihat iklan menunjukkan pertandingan nyanyian kebangsaan yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia pada tahun 1995. Ketika video muzik berlangsung, anak gadis itu kini membesar dan berdiri di atas pentas. Beliau bagaimanapun seolah-olah enggan dalam menyanyi di khalayak ramai. Selepas menerima kata-kata semangat dari ayahnya, dia mula menyanyi dan dia telah didedahkan sebagai Siti sendiri. Sepanjang video, adegan yang menunjukkan bapa dan gadis kecil membesar ditunjukkan dalam latar belakang di dalam bilik yang gelap di mana Siti. Dalam babak terakhir, ia menunjukkan dua gambar - gambar Siti, suaminya, dan ibu bapanya, dan satu lagi gambar beliau dan arwah bapanya.

Penarikan balik[sunting | sunting sumber]

Muzik video pertama "Menatap dalam Mimpi" telah diterbitkan di YouTube pada Ogos.[8] Video muzik telah kemudiannya ditarik balik dalam masa kurang daripada 12 jam selepas ia telah diterbitkan.[8] Dalam temuramah bersama Kosmo!, Siti mengulas mengenai penarikan balik muzik video itu sambil berkata: "Saya faham semua pihak produksi klip video tersebut telah melakukan yang terbaik tetapi hasilnya kurang memuaskan bagi diri saya. Bukan itu sahaja, saya ingin membikin semula video tersebut kerana saya merasakan ia boleh diperbaiki. Alhamdulillah, apabila hal tersebut disuarakan kepada pihak Universal Music Malaysia, mereka bersetuju untuk membikin semula klip video berkenaan."[13]

Muzik video terakhir[sunting | sunting sumber]

Selepas video muzik pertama ditarik balik, Universal Music Malaysia bersetuju untuk menerbitkan semula video muzik dengan menggunakan penerbitan dan jalan cerita yang berbeza. Untuk pembikinan semula ini, mereka mengupah Nadiah Hamzah untuk mengarahkan video muzik baru.[8] Difilemkan di Lake Gardens, Kuala Lumpur dan Taman Melati, video muzik terakhir telah dikeluarkan pada 2 November 2016.[14] Video di belakang tabir juga dikeluarkan pada hari yang sama.[14] Mengulas mengenai penerbitan baru, Siti berkata: "Kali ini saya serahkan kepada pihak penerbit lagu tersebut. Saya cuma mahukan terjemahan berbeza terhadap lagu tersebut supaya ia lebih lembut dan tidak terlalu terang-terangan."[13]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Muzik video dimulakan dengan Siti Nurhaliza berjalan di ruang dapur kediamannya sambil menghampiri jendela. Di sebelah kanan Siti, antaratajuk "Menatap Dalam Mimpi" muncul di sebelah kiri. Siti kemudiannya mengambil secawan teh dan duduk di ruang tamu sambil menulis sekeping catatan dan menggunakan komputer riba Apple. Siti kelihatan menyanyi sambil melihat cahaya di jendela dan bermimpi. Pada adegan seterusnya, bunga sakura mulai kelihatan dan gugur ke bumi. Ketika Siti sedang tidur nyenyak, seseorang telah melitupinya dengan selimut. Seterusnya, cahaya matahari dengan latar bandar kelihatan. Di waktu malam, Siti tersedar dari tidur dan menatapi cermin di bilik tidurnya dan menoleh ke belakang. Kemudian, Siti membuka kotak hitam yang mengandungi sekeping surat dan beberapa keping gambar. Seperti yang kita boleh lihat, Siti melihat beberapa gambarnya termasuk gambarnya semasa zaman persekolahan dan gambarnya bersama suami. Pada adegan seterusnya, Siti bangun dari tidur dan melihat bunga sakura sambil berjalan di sekitarnya dan menyentuhya. Siti sekali lagi baring di atas katil yang berlatarkan pemandagan bunga sakura. Muzik video diakhiri dengan Siti menadah sekuntum bunga mawar di tangannya.

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  1. "Menatap dalam Mimpi" – 4:58
  1. "Menatap dalam Mimpi" (Akustik) – 4:37

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Lagu
  • Datuk Siti Nurhaliza – vokal
  • Aji – gitar
  • Aksana Yupusova – biola
  • Alla Yanisheva – biola
  • Aubrey Suwito – komposer, penerbitan, pengaturcaraan
  • Brian Larson – biola
  • Florian Antier – cello
  • Jae Sern Lim – violin
  • Jay Franco (Sterling Sound) – mastering
  • Nasran Nawi – cello
  • Rozi Sang Dewi – penulis lirik
  • Sunil Kumar – adunan
  • Toko Inomoto – viola
  • Veronika Thoene – viola
  • Yap Yen – biola

Kredit diperoleh dari sisipan kecil album Unplugged.[3]

Muzik video
  • Ali - seni
  • Awan Kiko - kamera
  • Cinerent Malaysia - sewa peralatan
  • Darren Siew - penggaya
  • Dien Ismethz - sinematografer
  • Eddie Yap - seni
  • Epie Temerloh - jurusolek
  • Eyta - pembantu penggaya
  • Hafiz - lampu dan cengkaman
  • Hasri - lampu dan cengkaman
  • Hour Tan - pengendali lanskap
  • Ihsan - lampu dan cengkaman
  • Izza Abadiey - pengendali katering
  • Jack Lee Tze Loong - rekabentuk penerbitan
  • Jazz Ton - seni
  • Jeff Mah - kamera
  • Leena - pembantu jurusolek
  • Man Jepun - gaffer
  • Muhammad Bahir - penerbit, penyunting
  • Nadiah Hamzah - pengarah
  • Prinz Jones N. Joseph - pembantu pengarah pertama
  • Razlan Ramli - cengkaman utama
  • Shah - pengurus lokasi
  • Suresh - kemudahan
  • Tham Kar Kit - seni
  • Wafi - pengurus lokasi
  • Yong @ APV - pewarna
  • Yunus Nuar Omar - pengurus penerbitan

Kredit diperolehi dari kredit muzik video "Menatap dalam Mimpi".[16]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada September 2015, "Menatap dalam Mimpi" telah dicalonkan di Anugerah Planet Muzik 2015 bagi Penyanyi Wanita Terbaik.[17] Setahun kemudian, pada 18 Disember 2016, lagu ini memenangi dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-22 bagi Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu dan Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita).[18] "Menatap Dalam Mimpi" membolehkan beliau untuk mendapatkan Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu buat kali ke-13 di Anugerah Industri Muzik dalam jumlah ini.[18] Lagu ini juga dicalonkan untuk Lagu Pop Terbaik.[2]

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima dan pencalon Kategori Keputusan Negara hos
2015 "Menatap dalam Mimpi" Artis Terbaik (Wanita) Tercalon Singapura
Singapura

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima dan pencalon Kategori Keputusan
2016 "Menatap Dalam Mimpi" Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) Menang
Lagu Pop Terbaik Tercalon
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j Shazryn Mohd. Faizal (7 Jun 2015). "Lagu ciptaan 20 minit untuk Siti Nurhaliza". The Rakyat Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-11-25.
  2. ^ a b c Siti Nurhaliza reigns supreme AIM nominations New Straits Times (18 Oktober 2016).
  3. ^ a b c d Unplugged (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan EMI (Malaysia). 2015.CS1 maint: others (link)
  4. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Julai 2015). "Album 'Unplugged' beri signifikan tersendiri buat Siti Nurhaliza". The Rakyat Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 2016-11-25.
  5. ^ Budiey (30 Jun 2015). "Album UNPLUGGED DATO' SITI NURHALIZA Dilancarkan di iTunes & Spotify". Budiey.com. Dicapai pada 2016-11-25.
  6. ^ Jemang Rahman (3 April 2016). "Memukau, Konsert Lima Bintang Siti Nurhaliza Sebelum Berehat Panjang". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-06. Dicapai pada 2016-11-25.
  7. ^ Budiey Isma (15 Ogos 2016). "Ada Kisah di Sebalik MV Dato Siti Nurhaliza MENATAP DALAM MIMPI". Budiey.com. Dicapai pada 2016-11-25.
  8. ^ a b c d e Alexander Hadreez Jr (8 November 2016). "Muzik Video 'Menatap Dalam Mimpi' Dibuat Kembali". RojakDaily.com. Dicapai pada 2016-11-25.
  9. ^ Siti Nurhaliza (3 Mei 2016). "The Making of "Menatap dalam Mimpi" Video Clip". Dicapai pada 2016-11-25.
  10. ^ a b c Siti Nurhaliza (4 Mei 2016). "Teaser of "Menatap dalam Mimpi"". Dicapai pada 2016-11-25.
  11. ^ Ridzuan Abdul Rahman (18 Oktober 2016). "'Tiada sebab nak berlagak'". Harian Metro. Dicapai pada 2016-11-25.
  12. ^ Siti Nurhaliza (3 Mei 2016). "52-Second Behind the Scene Video of Menatap dalam Mimp". Dicapai pada 2016-11-25.
  13. ^ a b Mohd. Haikal Isa (2 November 2016). "Siti Nurhaliza mahu terjemahan berbeza". Kosmo!. Dicapai pada 1 May 2017.
  14. ^ a b "Dato Siti Nurhaliza - Menatap Dalam Mimpi (Behind the Scenes)". YouTube. Dicapai pada 1 May 2017.
  15. ^ "Dato Siti Nurhaliza – Unplugged". iTunes Store (MY). Apple. 30 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2015. Dicapai pada 2015-06-30.
  16. ^ "Dato Siti Nurhaliza – Menatap dalam Mimpi". YouTube. Dicapai pada 21 November 2016.
  17. ^ Zaidi Mohamad (September 16, 2015). "Anugerah Planet Muzik: Siti Nurhaliza, Taufik paling banyak terima pencalonan". Berita Harian. Dicapai pada 1 May 2017.
  18. ^ a b Mohd. Haikal Isa (20 December 2016). "Rekod keampuhan peribadi Siti Nurhaliza". Kosmo!. Dicapai pada 1 May 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]