Mahligai Gading
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Mahligai Gading merupakan sebuah drama Mega yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia - TV2.[1] Drama ini menampilkan pelakon daripada pelbagai kaum di Malaysia.
Drama bersiri Mahligai Gading mencipta rekod dalam dunia penerbitan drama tempatan. Mahligai Gading bukan sahaja merekodkan drama terpanjang dihasilkan RTM iaitu sebanyak 312 episod tetapi juga mencatatkan sejarah melibatkan tiga menteri kabinet semasa penggambarannya.
Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat binti Abdul Jalil ialah menteri yang terbabit dalam penggambaran drama ini. Tiga menteri itu muncul dalam salah satu babak Mahligai Gading ketika penggambarannya diadakan di Seri Kembangan, Selangor.
Babak itu kononnya memaparkan kisah kehadiran tiga menteri itu yang dijemput meraikan kejayaan syarikat bumiputera, Menara Gading Holding Berhad yang dimiliki oleh Tan Sri Sufian (lakonan Tan Sri Datuk Jins Shamsudin).
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ KHADIJAH IBRAHIM (8 September 2004). "Mahligai Gading drama RTM pertama 1,000 episod". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Februari 2017.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rencana ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
klll