Jaga Dia Untukku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Jaga Dia Untukku"
Siti Nurhaliza menatap di arah kanan sambil meletakkan tangan di siku dan pipinya.
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Fragmen
Dikeluarkan pada 4 Mei 2014 (Digital) [nota 1]
8 Februari 2014 (Persembahan secara langsung)
Format Muat turun digital
Dirakam pada Januari 2014
Cranky Music
(Petaling Jaya, Selangor)
Genre Pop
Panjang 3:23
Syarikat Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
Penulis Rozisangdewi (Rozi Abdul Razak)
Penerbit Aubrey Suwito
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Lebih Indah"
(2013)
"Jaga Dia Untukku"
(2014)
Terbaik Bagimu"
(2014)
Video muzik
Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku (muzik video) di YouTube
Senarai runut Fragmen
"Aku"
(Trek 1)
"Jaga Dia Untukku"
(Trek 2)
"Mula dan Akhir"
(Trek 3)

“Jaga Dia Untukku” ialah single kedua Datuk Siti Nurhaliza daripada album ke-16 beliau, Fragmen. Lagu ini digubah oleh Aubrey Suwito dan lirknya ditulis oleh kakak iparnya, Rozi Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Rozisangdewi dan dirakamkan pada Januari 2014.

Lagu ini dipersembahkan buat pertama kalinya semasa konsert Dato’ Siti Nurhaliza - Where The Heart Is, lagu ini berkisarkan tentang perasaannya yang mengetahui suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang terlibat dalam kemalangan motosikal di New Zealand pada November 2012. Lagu ini dilancarkan secara rasminya di ITunes pada 4 Mei 2014. [1][2]

Lagu ini juga dipilih sebagai lagu tema drama Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3.[3]

Latar belakang dan rakaman[sunting | sunting sumber]

"Emosi dalam lagu ini mudah ditonjolkan apatah lagi Siti sendiri melaluinya. Tapi Siti cuba alun dan. terjemahkan dengan cara Siti. Tapi tiada babak yang menampakkan Siti seperti menangis, sebaliknya menampakkan. sisi tabah saat berdepan kesukaran itu."

— Siti Nurhaliza semasa merakamkan lagu Jaga Dia Untukku[4]

Lagu ini dirakamkan pada Januari 2014,[5] dimana ia diinspirasikan oleh perasaannya apabila mengetahui suaminya telah terlibat dalam kemalangan motosikal pada Disember 2012.[4] Sepertimana lagu-lagu di dalam album Fragmen yang berkisarkan tentang sisi hidupnya, [6] Siti menyatakan lagu Jaga Dia Untukku sebagai "menterjemahkan segala perasaan Siti alami dan orang yang menghasilkannya."[6] Komposer lagu ini, Aubrey Suwito dan penulis lirik, Rozi Abdul Razak turut bersama-sama dengannya ketika kejadian itu berlaku. [6]

Komposisi dan lirik[sunting | sunting sumber]

Menerusi lagu yang berdurasi selama 3 minit 23 saat, [7] “Jaga Dia Untukku” ialah sebuah lagu dengan temponya yang bersederhana rancak. Lagu ini dicipta oleh Aubrey Suwito dan liriknya ditulis oleh kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak (Rozisangdewi). Lirik lagu ini semuanya diinspirasikan daripada pengalamannya berdepan saat getir setelah mendengar berita mengenai insiden dan kebimbangan untuk menjaganya, menurut Zaidi Mohamad dari Berita Harian, liriknya "menggambarkan kedukaan dan penderitaan jiwa dilihat cukup dekat dengan Siti saat mengenang kembali bagaimana beliau berdepan suasana duka apabila suaminya terbabit dalam kemalangan jalan raya sekitar hujung tahun 2012 di New Zealand.” [4]

Pelancaran dan promosi[sunting | sunting sumber]

Lagu ini dipersembahkan buat pertama kali semasa konsert dana beliau, Siti Nurhaliza In Concert - Where The Heart Is yang diadakan selama dua hari, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Februari. [8] Untuk pelancaran radio, Hot FM menjadi stesen radio pertama di Malaysia yang menyiarkan lagu ini secara eksklusif untuk pendengar Malaysia pada 2 Mei. [9][10]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Sepertimana muzik video lagunya terdahulu, muzik video Jaga Dia Untukku menjalani penggambaran di Puncak Pas, Cisauran, Kabupaten Bogor, Indonesia. [11] dan ia dipertontonkan kepada media semasa pelancaran album Fragmen pada 21 Julai. Ia dipersembahkan secara langsung beberapa kali termasuk dalam rancangan “Apa Saja FBI” di TV9.[12] Dalam muzik video lagu ini, Siti Nurhaliza ditampilkan memakai tudung dan busana berwarna coklat berlian dan ditemani oleh nyalaan lilin dan menampilkan rakaman klip pasangan kekasih dan seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam nahas jalan raya, dari awal hingga akhir muzik video. Muzik video "Jaga Dia Untukku" diarahkan oleh Zul Ardhian.

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Selain persembahan pertama lagu ini semasa konsert Siti Nurhaliza In Concert - Where The Heart Is yang diadakan selama dua hari pada 8 dan 9 Februari, lagu itu juga dipersembahkan semasa persembahan Minggu Setiausaha selama dua Hari, Lebih Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza.[9][13]

Kredit[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Fragmen.[14]

  • Aubrey Suwito – penerbit rakaman, komposer, synth, penerbitan, gubahan, rakaman
  • Siti Nurhalizavokal, penyanyi latar
  • Jay Franco (Sterling Sound) – mastering
  • Juwita Suwito – penyanyi latar
  • Rozisangdewi (Rozi Abdul Razak) – lirik
  • Sunil Kumar – adunan

Persembahan carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2014) Kedudukan
carta
Carta Lagu Top 30 Malaysia[15] 4 [nota 2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima dan pencalon Kategori Keputusan Negara hos
2014 Anugerah Industri Muzik[16][17] "Jaga Dia Untukku" Lagu Pop Terbaik Dicalonkan Malaysia
Malaysia
2015 Anugerah Meletop Era[18] "Jaga Dia Untukku" Penyanyi Meletop Menang Malaysia
Malaysia
Lagu Meletop Dicalonkan
Anugerah K-20 Karaoke Popular[19] "Jaga Dia Untukku" 10 Lagu Berbahasa Melayu Paling Popular 2014 Menang tempat ke-9 Malaysia
Malaysia
Anugerah Planet Muzik "Jaga Dia Untukku" Lagu Paling Popular APM Dicalonkan Singapura
Singapura

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[7]
  1. "Jaga Dia Untukku" – 3:23

Radio dan tarikh terbitan[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 4 Mei 2014[1][2] Muat turun digital Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
2 Mei 2013[9] Siaran radio kontemporari

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Catatan 1: Walaupun ia telah dilaporkan bahawa lagu itu dikeluarkan di iTunes pada 4 April, lagu itu sebenarnya dikeluarkan pada 4 Mei, dua hari selepas beliau mempromosikan lagu ini di stesen radio.
  2. ^ Catatan 2: Single ini boleh mencatatkan lebih tinggi daripada yang dinyatakan di sini, kerana data oleh Muzik Mingguan Asia mula boleh didapati kemudian selepas pelancaran single pada 4 Mei.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (4 Mei 2014). "Jaga Dia Untukku First Promo on Universal Music Malaysia (Domestic)'s Facebook Account". Dicapai pada 2014-07-06. 
  2. ^ a b Get Music Asia Staff (4 Mei 2014). "Dato' Siti Nurhaliza "Jaga Dia Untukku" Single Out Now!". getmusicasia.com. Dicapai pada 2014-07-06. 
  3. ^ Senarai Lagu Tema OST Drama Rindu Awak 200% MySumber (15 Julai 2014). Dicapai pada 22 Julai 2014.
  4. ^ a b c Zaidi Mohamad (15 Jun 2014). "Siti rakam klip video di Bogor". Berita Minggu. Dicapai pada 2014-07-06. 
  5. ^ Feride Hikmet Atak (8 Mei 2014). "Siti Nurhaliza Kesal Lagu Baharu Dicetak Rompak". mStar. Dicapai pada 2014-07-06. 
  6. ^ a b c Berita Harian Staff (30 Jun 2014). "Fragmen muatkan kisah hidup Siti Nurhaliza". Berita Harian. Dicapai pada 2014-07-06. 
  7. ^ a b "Jaga Dia Untukku – Single – Dato Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 4 April 2014. Dicapai pada 2014-07-07. 
  8. ^ Noraniza (11 Februari 2014). "Konsert Where The Heart Is Cerita Kisah Cinta Dato' Siti Nurhaliza". OhBulan.com. Dicapai pada 2014-07-08. 
  9. ^ a b c Fatin Farhana Ariffin (26 April 2014). "Penangan Siti, Zizan". Berita Harian. Dicapai pada 2014-07-06. 
  10. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Mei 2014). "Siti perangi cetak rompak". Berita Harian. Dicapai pada 2014-07-08. 
  11. ^ Tomi Tresnady (29 Mei 2014). "Diam-diam, Siti Nurhaliza Syuting MV Terbaru di Bogor". Suara.com. Dicapai pada 2014-08-06. 
  12. ^ Mohd Jamira Ramli (Penerbit) (21 Oktober 2014). Apa Saja FBI (Motion Picture). Malaysia: TV9. 
  13. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (13 Mac 2014). "Siti to thrill Girls Friday". New Straits Times. Dicapai pada 2014-07-09. 
  14. ^ Fragmen (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). 2014. 
  15. ^ Music Weekly Staff (25 Ogos 2014). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Diarkibkan daripada original pada 25 Ogos 2014. 
  16. ^ Norimy Aimi (6 Disember 2014). "Datuk Siti Nurhaliza Kuasai AIM 21". Mangga Online. Utusan Karya Sdn Bhd. Dicapai pada 2014-12-07. 
  17. ^ Kosmo! Staff (21 Oktober 2014). "Siti raih pencalonan terbanyak AIM 21". Kosmo!. Dicapai pada 2014-10-21. 
  18. ^ Azyyati Ahmad (22 Februari 2015). "Ayda Jebat dan Johan dinobat Top Top MeleTOP Era 2015". Astro Awani. Dicapai pada 2015-02-27. 
  19. ^ "'Romancinta' Nyanyian Mojo Lagu Paling Popular Di Red Box". mStar. Star Publications (M) Bhd. 23 April 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]