Siapa Tak Mahu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Siapa Tak Mahu"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dikeluarkan pada16 Oktober 2020
FormatMuat turun digital, media penstriman
GenrePop
Panjang2:59
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Universal Music Malaysia
PenulisJohn Jeevasingham, Ikhwan Fatanna, Omar K
PenerbitJohn Jeevasingham, Omar K
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Aku Bidadari Syurgamu"
(2020)
"Siapa Tak Mahu"
(2020)
"Kuasa Cintamu"
(2020)

"Siapa Tak Mahu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 16 Oktober 2020 sebagai single ketujuh dari album studio ke-18 beliau, ManifestaSITI2020 (2020) dan sebagai lagu tema siri drama Lelaki Lingkungan Cinta.[1] Ia merupakan hasil nukilan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Ghazi Maslan.[2]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi untuk "Siapa Tak Mahu" telah mencapai jumlah tontonan sebanyak 800 ribu tontonan di YouTube sejak dilancarkan.[2][3] Diterbitkan oleh Zeel Production, muzik video "Siapa Tak Mahu" diarahkan oleh Ghazi Maslan, dan dibintangi oleh Hun Haqeem[4] dan Mira Filzah.[5][6] Muzik video difilemkan di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur pada penghujung Julai 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam muzik video, Siti memegang watak sebagai perisik, beliau memberi perumpamaan "menyamar menjadi beberapa watak". Ia menjadi muzik video pertama yang menggunakan banyak persalinan.[7]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektif beliau mengenai ManifestaSITI2020 di Malaysiakini, Hania Rafei menganggap "Siapa Tak Mahu" "tidak berada dalam senarai yang dikeluarkan sebagai single" dan menambah "...agak janggal sedikit bila mendengarnya [...] Ternyata ia tidak kurang bagusnya".[8]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun dan penstriman digital[9][10]
  1. "Siapa Tak Mahu" – 2:59

Persembahan carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2020) Kedudukan
carta
Carta RIM (Domestik) -
Carta 40 Suria FM -
Carta ERA 40 -
Carta Top 40 HotFM 3

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norfaezah Sakri (3 Julai 2020). "Siti Nurhaliza lega ManifestaSITI2020 lancar selepas tiga bulan tertangguh - "Hikmahnya saya dapat rakam sampai puas hati"". mStar Online. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  2. ^ a b Asraf Adied (18 Oktober 2020). "The Power of Tok Ti! Dipuji orang luar, MV Siapa Tak Tahu mencecah 800 ribu". Astro Gempak. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (18 Oktober 2020). "Siti teruja video muzik Siapa Tak Mahu viral". Berita Harian. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2020). "Hun Haqeem tak percaya berlakon dalam muzik video Tok Ti". Harian Metro. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  5. ^ Asyraf Roslan (17 Oktober 2020). ""Ini barulah kualiti MV untuk living legend" - Peminat teruja tonton video muzik Siti Nurhaliza". Astro Awani. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  6. ^ Qarami Hashim (17 Oktober 2020). "Siti Nurhaliza intip 'Jekfer' bercinta dengan Mira Filzah - "Ini perancangan sebelum saya berehat"". mStar Online. Dicapai pada 8 November 2020.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Oktober 2020). "Siti jadi 'spy' menyamar". Harian Metro. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  8. ^ Hania Rafei (6 Julai 2020). "ManifestaSiti2020 tak kurang beza dengan album 14 tahun lalu". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  9. ^ "ManifestaSITI2020, album by Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  10. ^ "ManifestaSITI2020 by Siti Nurhaliza". Spotify. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.