Basyirah (lagu Siti Nurhaliza)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Basyirah"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dilancarkan pada5 Mei 2020 (Digital)
Dirakamkan pada1 Mei 2020
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:30
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Universal Music Group
PenulisAhmad Fedtri Yahya
PenerbitHafiz Hamidun
Kronologi Kronologi single Siti Nurhaliza
""7 Nasihat"
(2020)"
"Basyirah" ""Aku Bidadari Syurgamu"
(2020)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Basyirah" (Melayu: Khabar Gembira) merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 5 Mei 2020 sebagai single kelima untuk album ke-19 Siti, ManifestaSITI2020 yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dalam satu temuramah bersama Berita Harian, Siti Nurhaliza menyifatkan "Basyirah" sebagai doa dan harapan buat Malaysia untuk segera menangani pandemik COVID-19. Beliau berkata:[2]

"Single "Basyirah" menterjemahkan sebuah harapan bahawa satu hari nanti akan ada khabar gembira buat rakyat Malaysia untuk segera terhindar dari pandemik COVID-19 ini. Saya mengharapkan lagu Basyirah mampu memberikan semangat kepada seluruh warga dunia yang kini berdepan dengan wabak dan petugas barisan hadapan berkorban sepenuh jiwa menjaga keselamatan negara,"[2]

"Basyirah" ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud "khabar gembira",[3] ia menandakan kerjasama kedua Siti bersama Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya dan yang pertama dalam tempoh lima tahun sejak "Mikraj Cinta" (2015).[2] Ia pada mulanya menjadi antara lagu yang dimuatkan dalam album terbaharunya. Siti mendedahkan demo lagu ini diterima agak lewat oleh Universal Music dan Siti Nurhaliza Productions untuk dimuatkan dalam album terbaharu, maka Siti dan pengurusannya sepakat menyimpan lagu ini untuk sebuah projek khas.[2] Lirik lagu "Basyirah" terpaksa dirombak beberapa kali untuk disesuaikan dengan kehendak Siti.[2]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video lirik rasmi "Basyirah" telah dikeluarkan di saluran YouTube Siti Official Video 8 Mei 2020.[3]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

  • Muat turun digital[4]
  1. "Basyirah" – 3:30

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 1 Mei 2020 Muat turun digital[4]
pensitriman digital[5]
Siti Nurhaliza Productions
Universal Music Group (Malaysia)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Jun 2020). "Album Siti habis dijual". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  2. ^ a b c d e Farihad Shalla Mahmud (9 Mei 2020). "Doa, harapan Siti dalam Basyirah". Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  3. ^ a b "'Basyirah' untuk barisan hadapan - Siti Nurhaliza". Harian Metro. 8 Mei 2020. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  4. ^ a b "Basyirah - Single". iTunes Store (MY). Apple. 1 Mei 2020. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  5. ^ "Basyirah - Single by Siti Nurhaliza". Spotify. 1 Mei 2020. Dicapai pada 4 Julai 2020.