Cindai (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Cindai"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Cindai
Dikeluarkan pada29 Oktober 1997
FormatSingle CD
Dirakam padaJun 1997
GenrePop etnik
Panjang4:56
SyarikatSuria Records
PenulisPak Ngah, Hairul Anuar Harun
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi single Siti Nurhaliza
"Bisikan Asmara"
(1997)
"Cindai"
(1997)
"Joget Pahang"
(1997)
Video muzik
Siti Nurhaliza - Cindai (muzik video) di YouTube
Senarai runut Cindai
"Cindai"
(Trek 1)
"Laksamana Mati Dibunuh"
(Trek 2)

"Cindai" ialah single pertama daripada album yang sama judulnya, nyanyian Siti Nurhaliza sebagai percubaan awal dalam genre pop etnik.

Kandungan dan lirik[sunting | sunting sumber]

Sebuah lagu Melayu tradisional yang berdurasi selama 4 minit dan 56 saat, dicipta oleh Suhaimi Zain atau lebih terkenal sebagai Pak Ngah dengan lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun. Keseluruhan lagu Cindai menceritakan tentang kekecewaan seseorang yang cuba untuk bermandiri dalam hidupnya walaupun banyak dugaan mendatang dalam hidupnya.

Komposisi rangkap[sunting | sunting sumber]

  • Rangkap 1:
    • Cindai bermaksud sejenis kain atau dalam lagu ini lebih kepada Pontianak ataupun lembaga, tetapi Cindai itu boleh dianggap seperti seseorang yang sangat berduka dan mengasingkan diri kerana Cindai itulah hantu yang tak boleh dilihat, jadi dia cuba menganggap dirinya seperti hantu kerana orang lain sudah tidak memperdulikannya lagi dan dia rasa dirinya sudah mati akibat kekecewaannya.
    • Cindai itu ataupun ( orang yg kecewa dan bersedih itu), cuba untuk melupakan masalahnya dengan cuba untuk berhias. tetapi malangnya cerminnya retak. mungkin cermin itu melambangkan hatinya yang hancur.
  • Rangkap 2:
    • menceritakan Cindai itu walaupun seorang yang kaya, dia juga mengalami kekecewaan dalam hidupnya.

walaupun dia mempunyai tilam emas dan cadar daripada intan, segala harta masih tidak mengatasi masalah dia dan dia hanya mampu tidur berbantalkan lengan untuk meratapi nasib.

  • Rangkap 3:
    • menceritakan si cindai tersebut kecewa dengan cinta yang diberikan kepada temannya yang baru hendak berputik tetapi sudah layu. digambarkan menerusi bunga yang dijaga rapi tetapi gugur sebelum berkembang.
  • Rangkap 4:
    • menceritakan kekecewaan Cindai tersebut yang mempunyai harapan menggunung terhadap cintanya.... walaupun dia masih cuba untuk menawan impiannya (di lagu ini menggambarkan impiannya seperti gunung) tetapi masih gagal untuk memenangi hati temannya.
  • Rangkap 5:
    • menceritakan kisah percintaan Cindai tersbut berduka dengan cuba memujuk hatinya dan hanya mampu merajuk yang berpanjangan dengan cinta hatinya.
  • Rangkap 6:
    • menceritakan kisah cindai tersebut yang cuba untuk membuat perkara yang tidak baik (bunuh diri) atau seumpamanya kerana dia tahu yang dia sudah putus harapan.

Atau juga cindai itu menyatakan dirinya sudah membuat keputusan yang salah iaitu mengambil risiko untuk bercinta dengan orang yang lagi tinggi darjat daripada dirinya. ini dibuktikan dengan sebutan menaiki kapal diperbuat daripada lilin dan layar daripada kertas (melambangkan dirinya) dan akan menyeberang lautan api (melambangkan temannya).

  • Rangkap 7:
    • cindai itu cuba menyatakan apa masalah dia. rupa-rupanya temannya hanya bertanam tebu di tepi bibir sedangkan semua yang dikatakannya tidak benar dan menyakitkan hati si cindai apabila dia tahu perkara sebenarnya. ini dibuktikan apabila dia mengatakan rebung di hati berduri yakni hati temannya.
  • Rangkap 8:
    • akhirnya si cindai menyerah dan menyatakan dia bukan mahu membuka aib sesiapa dan bukan mahu mengadu domba, dia hanya meyatakan kesedihannya sahaja dan mengharapkan ada sinar suatu hari nanti.

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video Cindai menjalani penggambaran di Melaka Bandaraya Bersejarah, terutamanya di tinggalan pintu Kota A'Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).

Persembahan secara langsung[sunting | sunting sumber]

Lagu ini juga dipersembahkan oleh Siti sewaktu majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara, Bukit Jalil.[1]

Pada 1 April 2005, beliau menyanyikan Cindai sebagai sebahagian daripada medley lagu Zapin daripada bersama-sama dengan Mahligai Permata dan Ya Maulai pada akhir Irama Malaysia segmen konsert solo beliau di Royal Albert Hall, London. Beliau juga menyampaikan lagu yang sama di Konsert SATU beliau pada 26-28 Julai 2009 di Istana Budaya, sebagai sebahagian daripada medley tradisional.[2]

Pada 5-7 Julai 2013, semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas, Siti menyanyikan Cindai yang diberikan gubahan baru oleh Syed Sharir Faisal Syed Hussein.[3] Siti juga menyanyikan lagu Cindai yang diberikan gubahan baru oleh Ruslan Imam semasa persembahannya di Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 20-24 September 2013.[4]

Versi lagu saduran[sunting | sunting sumber]

Cindai telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina (Mandarin) dinyanyikan oleh penyanyi China, Chien Bai Hui dengan beberapa lirik kekal tidak diterjemahkan. Bai Hui mendakwa bahawa dia tidak boleh mengubah lirik asal kerana komposisi yang indah dan puitis.

Konteks[sunting | sunting sumber]

Lagu "Cindai" alunan Datuk Siti Nurhaliza yang mula popular pada 1997 itu masih dianggap lagu malar segar, malah ‘berhantu’ sehingga kini. Pelbagai kisah seram timbul susulan terciptanya lagu tersebut, termasuk sering disalah erti sebagai merujuk kepada hantu pontianak.[5] Menurut penulis liriknya, Haiul Anuar Harun yang sehingga kini masih lagi menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai makna di sebalik lagu tersohor itu.[5] Ujarnya, hampir keseluruhan seni kata lagi Cindai berbentuk pantun dengan setiap pembayang dan maksudnya selari dengan apa yang ingin disampaikan.[5] Walaupun di dalam pantun, senikata lagu Cindai menggunakan pelbagai gaya bahasa seperti metafora, paradoks, hiperbola, paralelisme, epizeukis dan aliterasi.[5]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Cindai"   4:57

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Carta (1997) Kedudukan tertinggi
dalam carta
Muzik FM 1
Muzik Muzik 1

Tarikh keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 29 Oktober 1997 Keluaran siaran radio Suria Records

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Nurhaliza - Cindai ( Live In Commonwealth Games 1998 )
  2. ^ Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB! Siti Azira Abdul Aziz. mStar (20 Mei 2009).
  3. ^ Sultan Muzaffar (16 Julai 2012). "Siti Nurhaliza Ke Dewan Filharmonik Petronas?". Gua.com.my. Dicapai 1 November 2013. 
  4. ^ "Lentera Timur cukup hebat". Kosmo!. 25 September 2013. Dicapai 2013-10-3.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  5. ^ a b c d Lagu Cindai seru pontianak Utusan Malaysia (4 Jun 2016). Capaian 5 Jun 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]