Zabur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Zabur (Bahasa Arab: زبور) disamakan oleh sesetengah ulama dengan Psalms, yang, menurut Islam, salah satu kitab suci yang diturunkan sebelum Al Qur'an (selain Taurat dan Injil).

Istilah zabur adalah persamaan dengan istilah ibrani zimra, bermaksud "lagu, muzik." Ia, bersama dengan zamir ("lagu") dan mizmor ("psalm"), merupakan terbitan zamar, bermaksud "nyanyi, nyannyikan pujian, buatkan muzik."

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Zabur merupakan koleksi sajak dan lagu kerohanian. Semua itu asalnya disalin untuk dinyanyikan, bukan sekadar dibaca. Menurut tradisi Islam, Zabur merupakan kitab yang digunakan di Istana Suci Sulaiman di Baitulmaqdis (iaitu, kuil Sulaiman). Lazimnya, digelar Zabur Daud. Tidak dikatakan yang Daud menulis semua yang ada di dalam Zabur, kerana sesetengah ulama Islam menyatakan beberapa nabi dan wali turut menyumbang kepada Zabur. Walau bagaimanapun, Zabur ditujukan kepada Daud berbanding yang lain. Beberapa yang terdapat dalam sumbangan kepada Zabur ialah Musa, Uzair, Sulaiman, Ethan, Haman, dan Asaph. Kebanyakan bab menyatakan siapa yang menulis di permulaannya. Zabur mengandungi 150 bab atau lagu yang dipecahkan kepada lima bahagian:

Bahagian pertama -- bab 1 hingga 41
Bahagian kedua -- bab 42 hingga 72
Bahagian ketiga -- bab 73 hingga 89
Bahagian keempat -- bab 90 hingga 106
Bahagian kelima -- bab 107 hingga 150

Zabur menurut hadis[sunting | sunting sumber]

Satu hadith dari sahih Bukhari, mengatakan: Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah bersabda,

"Pembacaan Zabur dimudahkan bagi Daud. Dia sering mengarahkan agar binatang tunggangannya diletakkan pelana, dan mampu menghabiskan bacaan Zabur sebelum pelana siap diletakkan. Dan dia tidak akan makan tetapi hasil dari kerjanya sendiri."