Alexander Dubček

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alexander Dubček

Alexander Dubček merupakan Perdana Menteri Czechoslovakia 1968 - 1969. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Czechoslovakia dari 5 Januari 1968 hingga 17 April 1969. Beliau dilahirkan pada 1921 dan meninggal dunia pada 1992.

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, beliau ingin memperkenalkan pembaharuan dan kebebasan di negara komunis itu sejak 1960-an lagi. Beliau telah memimpin pekerja-pekerja untuk menentang dasar birokrasi Stalin pada tahun 1968.

Malangnya beliau ditentang dan dikecam hebat oleh golongan pelampau dalam parti sehingga Kesatuan Soviet sendiri terpaksa campur tangan dan memasuki Czechoslovakia secara paksa pada 20 Ogos 1968.

Dubček kemudian dipecat dan dihantar menjadi pengurus kepada sebuah kilang kasut yang kecil di negara itu dengan tujuan untuk menghinanya.

Pada tahun 1989, Rusia sendiri setuju dengan idea Dubcheck dengan melaksanakan Prestroika oleh Presiden Mikhail Gorbachev.

Pada 1 September 1992, Alexander Dubček telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Peguam keluarga Dubček mendakwa Dubček dibunuh oleh perisik Rusia dengan mengemukakan bukti-bukti tertentu. Dia dikebumikan di Bratislava, Slovakia.