Abdul Hadi bin Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tuan Guru Datuk Seri
 Haji Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi bin Awang

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
14 September 2003
Didahului oleh Dato' Fadzil Mohd Noor

Ahli Parlimen
untuk P37 Marang, Terengganu
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
5 Mei 2013
Majoriti 5, 124[1]

Ahli Dewan Undangan Terengganu
bagi kawasan N19 Rhu Rendang
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
5 Mei 2013
Majoriti 2, 819 [2]

Menteri Besar Terengganu
Tempoh berjawat
1999 – 2004
Didahului oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad
Digantikan oleh Datuk Seri Idris Jusoh

Tarikh lahir 20 Oktober 1947 (66 tahun)
Tempat lahir Terengganu Marang, Terengganu
Parti politik PAS logo.svg PAS - Pakatan Rakyat
Pasangan Zainab Awang Ngah & Norzita Taat
Anak 14 orang
Pekerjaan Ahli politik, Ulama
Agama Islam
Laman web Laman Presiden PAS.

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (Jawi: حاج عبد ﺍﻟﻬﺎدي اوڠ, lahir pada 20 Oktober 1947) merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia dan mantan Menteri Besar Terengganu (1999-2004).[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia. [4]

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di Kampung Rusila tempat beliau tinggal sekarang. Ayahanda beliau merupakan Tok Guru di Kampung Rusila, juga merupakan aktivis politik Hizbul Muslimin Terengganu [5] . Begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama. [6]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang zuriat iaitu 11 dari isteri pertama dan 3 dari isteri kedua. [7]

Anak sulung beliau, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi merupakan alumni Universiti Iman, Yaman [8] dan kini menggalas jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia[9]..

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau diberi pendidikan awal daripada ayahnya sendiri pada tahun 1955. [10] Kemudian belajar di Sekolah Rendah Rusila, pada tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab Agama, Marang selama 5 tahun.

Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian peringkat Sanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Di samping itu, beliau belajar agama, bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad bin Abdul Rahman.

Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi, dari tahun 1969-1973. Kemudian beliau melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir. [11]

Penglibatan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]

Badan bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978, dalam masa yang sama Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu [12]. Pada 1982, apabila Presiden ABIM, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO, Abdul Hadi menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Datuk Nakhaie Ahmad [13].

Ramai di kalangan pimpinan ABIM yang masuk PAS selain mereka bertiga, antaranya, Tuan Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Datuk Paduka Husam Musa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Muhammad Mustafa, Datuk Mohammad Daud Iraqi dan ramai lagi. [14]

Politik[sunting | sunting sumber]

Parti PAS[sunting | sunting sumber]

Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor (almarhum) dipilih menjadi Presiden PAS. [15]

Beliau telah dilantik sebagai pemangku Presiden pada Jun 2002, ekoran Presiden (waktu itu) Datuk Fadzil Mohd Noor sedang menjalani pembedahan pintasan pembuluh jantung. Beliau terus memangku jawatan tersebut walaupun setelah pemergian Datuk Fadzil Mohd Noor. [16] Kemudiannya beliau dipilih sebagai Presiden PAS pada pemilihan dalam Muktamar Agung ke-49 PAS 2003. [17]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Mula bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia 1978 di Dun Marang mewakili PAS tetapi kalah dengan kekurangan 64 undi kepada calon BN, Tengku Zahid Tengku Musa. Pada Pilihanraya Umum Malaysia 1982, beliau dicalonkan mewakili PAS bagi DUN Marang dan berjaya merampasnya dengan majoriti 320 undi, tetapi tewas di Parlimen Dungun yang turut ditandinginya di tangan Haji Awang Jabar.

Pada 1986, beliau menang sekali lagi di Dun Rhu Rendang (Nama baru bagi Dun Marang selepas persempadanan semula) dan beliau berjaya menewaskan Abdul Latif Muda dan mengekalkannya sehingga sekarang. Namun, bagi kerusi Parlimen Marang pada tahun itu, beliau kalah kepada Datuk Abdul Rahman Bakar dan kembali merebutnya pada 1990, terus menang pada 1995 dan 1999 tetapi tewas sekali lagi kepada Abdul Rahman pada 2004 dan memenanginya semula pada 2008. [18]

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, beliau berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi yang ditandingi. Beliau menang di Parlimen Marang dengan majoriti 5124 undi [19] , menewaskan Datuk Yahya Khatib Muhammad dari BN [20]. Manakala beliau menang di DUN Rhu Rendang dengan majoriti 2819 , menewaskan Nik Dir Nik Wan Ku dari BN [21] .

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, selepas PAS menang besar dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999. Beliau menerima watikah pelantikan daripada Sultan Terengganu dalam satu istiadat di Istana Badariah, Terengganu.

Pada pilihan raya tersebut, PAS memperoleh 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. Parti itu juga memenangi tujuh daripada lapan kerusi Parlimen sementara satu lagi kerusi Parlimen dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat. [22]

Beliau telah dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.[23] [24]

Penglibatan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah. Selain itu, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.

Semasa di Madinah, beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan [Said Hawwa|Sheikh Said Hawwa]] menjadi mentor Siasah Syar'iyyah beliau. Beliau turut belajar dari Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwanul Muslimin waktu itu.

Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Mewakili gerakan Islam Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru bukan sahaja memimpin gerakan Islam di Malaysia, tetapi juga terlibat dengan aktif di pentas antarabangsa bersama-sama gerakan Islam lain menangani permasalahan ummah.

  1. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin, berpusat di Amman, Jordan pada 1990.
    1. Memberi psokongan terhadapa Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS)
    2. Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimin dalam membela isu Palestin
    3. Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.
    4. Mengetuai delegasi ahli Parlimen PAS serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang. [25]
  2. Ahli al-Majma' al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam), berpusat di Tehran, Iran. [26]
  3. Menyertai delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Boutros Boutros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.[27]
  4. Bersama pemimpin gerakan Islam yang lain ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk. [28]
  5. Menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh Pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia dari Afghanistan. Selain Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Fadzil Mohd Noor, selaku Presiden PAS waktu itu turut menyertainya.[29]
  6. Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam Sedunia, berpusat di Istanbul, Turki pada 1994.[30]
  7. Sering diundang menghadiri Ijtima' Am yang dianjurkan Parti Islam Pakistan (Jamaat-e-Islami), dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Bulan Bintang.[31]
  8. Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.[32]
  9. Mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada 1996.[33]
  10. Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.
  11. Mewakili gerakan Islam Malaysia (PAS) ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013. Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran). [34]

Pengiktirafan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendapat dianugerahkan anugerah 'Tokoh Alim Rabbani' oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand pada 15 April 2011. Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut [35] . Mislah (Jubah Anugerah) telah dipakaikan oleh Dr Ismail Lutfi bin Abdul Rahman Japakiya, Rektor Universiti tersebut [36] .

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor : Jundi Resources, 2012[37]
  2. Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012 [38]
  3. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011[39]
  4. Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
  5. Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010 [40]
  6. Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
  7. Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
  8. Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
  9. Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008
  10. Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
  11. Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
  12. Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007.
  13. Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
  14. Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
  15. Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
  16. Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
  17. Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
  18. Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
  19. Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
  20. Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
  21. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
  22. Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
  23. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
  24. Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003
  25. At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
  26. Khutbah Jumaat & Hari Raya: Dari Mimbar Masjid Rusila : As-Syabab Media, 2002
  27. Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
  28. Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
  29. Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam Terengganu, 2002
  30. Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.
  31. Tafsir Surah Yaasin : Penerbitan Muttaqin, 2000
  32. Isu Hudud : Haji Hadi jawab Mahathir : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.
  33. Antara Wawasan dan Jumud : Lujnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau, 1993
  34. Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk : Jabatan Penerangan, Penyelidikan dan Dkawah PAS Pusat, 1991.
  35. Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Dewan Pemuda PAS Malaysia & G.G Edar, 1988
  36. Muqaddimah Aqidah Muslimin : Gedung Gua, 1985
  37. Hizullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
  38. Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I. Paul Wedel dengan Haji Abdul Hadi b. Hj. Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984

Menteri Besar Terengganu[sunting | sunting sumber]

Pencapaian Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu juga memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri.

Antara pencapaian beliau adalah dalam sektor pendidikan (pengukuhan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri); institusi zakat yang adil (pungutan zakat yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta), reformasi tanah (pengurangan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun);

Ketelusan dalam aktiviti pembalakan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997), pengurangan kadar kemiskinan dari 17.3% ke 14%;

Pengenalan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.[41]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sinar Harian, 5 Mei 2013, Hadi Awang kekal di Marang.
  2. Sinar Harian, 21 Jun, N19 Ru Rendang.
  3. "Laman Presiden, Latar Belakang". http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=210&Itemid=109. 
  4. Laman Presiden, Latar Belakang
  5. Riduan Mohamad Nor. 2009. Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Kuala Lumpur: Jundi Resources. hlm. 6.
  6. op. cit.
  7. Laman Presiden, Latar Belakang
  8. TranungKite, Al Mahdi dan Anak Tuan Guru Hj Abdul Hadi
  9. Suhaizan Dipilih Ketua Pemuda PAS
  10. Hooker, Virginia Matheson; Norani Othman. Malaysia: Islam, society and politics. http://books.google.com/books?id=0W5t5lxigh8C&lpg=PP1&dq=malaysia%20islam%20society%20politics&pg=PP1#v=onepage&q&f=false. Capaian 5 Septemvber 2011. "In his early childhood, Hadi Awang was taught by his own father" 
  11. Laman Presiden PAS, Pendidikan.
  12. Laman Presiden, Pendidikan.
  13. AnwarAIDC, Ibrahim Ali pernah tegur Anwar semasa Presiden ABIM.
  14. Blog Anwar Ibrahim, Ucapan Pimpinan ABIM Era 70-an dan 80-an.
  15. PAS Johor Bahru, Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang - Tokoh Gerakan Islam Yang Hebat.
  16. Malaysiakini, Presiden PAS Fadzil Noor meninggal dunia, 23 Jun
  17. Liow, Joseph, Dr. The 49th PAS Congress: Politics behind the Retorics. http://www.rsis.edu.sg/publications/Perspective/IDSS342003.pdf. Capaian 24 May 2013. "confirmed Trengganu Mentri Besar and cleric Abdul Hadi Awang as party president" 
  18. Sinar Harian, 2 Oktober 2012, Giant Killer sedia cabar Presiden PAS di Marang.
  19. Sinar Harian, 5 Mei 2013, Hadi Awang kekal di Marang.
  20. Sinar Harian, 21 Jun, P37 Marang.
  21. Sinar Harian, 21 Jun, N19 Ru Rendang.
  22. Abdul Hadi dilantik MB baru Terengganu.
  23. PTS Portal, Biodata Penulis : Abdul Hadi Awang.
  24. Hadi Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Terengganu.
  25. Riduan Mohamad Nor. 2009.Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Kuala Lumpur: Jundi Resources. Hlm. 32
  26. ibid. Hlm. 33
  27. ibid. Hlm. 34
  28. ibid.
  29. ibid.
  30. ibid.
  31. ibid.
  32. ibid. Hlm. 35
  33. ibid.
  34. TranungKite, Pemimpin-pemimpin Islam berkumpul di Istanbul.
  35. Harakahdaily, 15 April, Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani.
  36. Islah Perlis, Oktober 2011, Dr Ismail Lutfi "Haji Eae" : Permata Ilmu Pattani Darus Salam.
  37. Gerak Budaya, Abdul Hadi Awang.
  38. Gerak Budaya, Abdul Hadi Awang.
  39. Gerak Budaya, Abdul Hadi Awang.
  40. Gerak Budaya, Abdul Hadi Awang.
  41. HarakahDaily, Mengenali Abdul Hadi Awang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Presiden PAS
14 September 2003 – Kini
Penyandang Kemudian
Dato Haji Fadzil Mohd Noor Penyandang


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
2 Disember 199925 Mac 2004
Penyandang Kemudian
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad Datuk Seri Idris Jusoh