Itak gurgur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Itak gurgur ialah makanan tradisional khas Batak yang pada umumnya digunakan pada upacara adat Batak tertentu.

Itak gurgur dibuat dengan bahan yang sama dengan lampet, iaitu beras yang telah dihaluskan secara tradisional yang kemudian disebut itak. Rasa yang dihasilkan juga hampir sama dengan lapet, iaitu manis dan savuri.

Namun cara membuat itak gurgur berbeza dengan cara membuat lampet. Itak gurgur dibuat dengan cara yang sangat sederhana, iaitu dengan mengadun itak, kelapa muda yang telah diparut, gula pasir, dan sedikit air panas. Selepas dicampur hingga rata, kemudian adunan tersebut diacu dengan tangan dan siap dihidangkan. Ia juga boleh dikukus selepas dibentuk.

Perkataan gurgur membawa maksud “membara” kerana pembuat itak gurgur sentiasa berharap si pemakan mempunyai semangat yang membara-bara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]