Karupuak kuah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Karupuak kuah
Nama alternatifKeropok kuah, karupuak kuah sate, karupuak mie, atau karupuak leak[1]
Jenis sajianSnek
Tempat asal Indonesia
Kawasan/rantauSumatera Barat
Dicipta olehorang Minangkabau
Maklumat lainMempunyai tekstur yang rangup dan sedap.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Karupuak kuah merupakan makanan khas Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat. Karupuak kuah juga dipanggil sebagai karupuak kuah sate, karupuak mie, atau karupuak leak. Terbuat dari keropok ubi kayu seperti opak kemudian diatesnya diberi kuah. Biasanya kuah yang digunakan adalah kuah sate yang telah diletakkan bihun goreng.[2]

Karupuak kuah juga menjadi kegemaran kanak-kanak sekolah rendah di Indonesia pada waktu malam di bulan Ramadan.[3]

Asal[sunting | sunting sumber]

Tiada maklumat asalnya yang dipastikan. Ada banyak versi nama karupuak kuah disebabkan oleh makanan ini telah tersebar di persekitaran daerah di Minangkabau juga di bandar-bandar di Indonesia.[1]

Dinamakan "karupuak leak" kerana apabila memakan makanan ini, besar kemungkinan kuah sate akan tumpah pada baju kerana keropok sudah lembik. Tumpah dalam bahasa Minangkabau disebut juga baleak.[1][4]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Karupuak kuah di Pantai Padang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Kerupuk Kuah » Budaya Indonesia". budaya-indonesia.org. Dicapai pada 2019-11-12.
  2. ^ "Karupuak Mie Kuah Sate". Kompasiana.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2019-11-12.
  3. ^ Liansah Rangkuti (5 Jun 2017). "BUKA DIMANA: Karupuak Kuah, Jajanan Paling Diburu Anak-Anak Selama Ramadan di Mandailing Natal". lifestyle.okezone.com. Dicapai pada 25 Disember 2020.
  4. ^ Petronela Putri (29 Mei 2017). "Karupuak Kuah Sate, Jajanan Legendaris Sumatera Barat". bobo.grid.id. Dicapai pada 25 Disember 2020.