Jalan Negeri Kedah K272

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K272
Jalan Kelubi Luar
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang0.82 km[1] (0.51 mi)
Simpang utama
Hujung utara K271 di Kampung Manggol
Hujung selatan K273 di Kampung Kelubi Luar
Lokasi
Destinasi
utama
  • Taman Pulasan
  • Taman Ria
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K272 (Jalan Kelubi Luar) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K272 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.82 kilometer (0.5 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Manggol di utara dengan Kampung Kelubi Luar di selatan.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kelubi Luar (Jalan Negeri K272), bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perindustrian Kampung Kelubi Luar dekat simpang tiga K273 (Jalan Jitra–Kelubi). Permulaan jajaran K272 terletak dalam Mukim Jitra, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K272 akan melintasi saliran dari saliran Charok Palong, lalu melalui kawasan perkampungan Kampung Kelubi Luar. Tidak jauh dari lintasan saliran itu, K272 akan bersimpang dengan jalan akses ke Perumahan Taman Pulasan. K272 diteruskan ke utara, sejajar dengan sungai Charok Palong, dan tamat di Kampung Manggol. Ia bersimpang dengan Jalan Negeri K271 (Jalan Kampung Kota Giam), secara simpang tiga. Penamat K272 di utara masih terletak di dalam kawasan Mukim Jitra.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K272 yang diwartakan terletak dalam Mukim Jitra, salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu. K272 juga merupakan jalan raya tunggal utara-selatan dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K272 dikenali sebagai Jalan Kelubi Luar/Kampung Malau dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Kelubi Luar0.00 K271Bandar Darulaman, Jitra, Kampung KelubiHujung selatan
0.15Perumahan Taman Pulasan, Surau Nur Muhammadi Taman Pulasan
Kampung Manggol0.82 K273Kampung Bata, Kampung Malau, Kuala LumpurHujung utara
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.
  5. ^ "Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia". marris.treasury.gov.my. Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 2 Disember 2020.