Jalan Negeri Kedah K451

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K451
Jalan Simpang Tiga Sungai Daun–Sungai Daun
Jalan Batu 13 1/2 Simpang Tiga
Sungai Daun/Sungai Daun
Jalan Sungai Daun
Map
K451 dilabelkan dengan warna merah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Yan
Panjang5.10 km[1] (3.17 mi)
Simpang utama
Hujung barat K1 di Kampung Simpang 4 Sungai Daun
Hujung timur FT 1 di Kampung Simpang 3 Sungai Daun
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K451 (Jalan Simpang Tiga Sungai Daun–Sungai Daun atau Jalan Sungai Daun) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di bahagian utara Daerah Yan, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Jalan negeri ini bermula di FT 1 (Jalan Butterworth–Alor Setar) di Kampung Simpang 3 Sungai Daun ke K1 (Jalan Pantai Barat Kedah), di Kampung Simpang 4 Sungai Daun, dengan panjang jajarannya mencecah 5.098 kilometer (3.2 bt).[1][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K451 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Simpang Tiga Sungai Daun, di pertemuan antara FT 1 (Jalan Butterworth–Alor Setar) di Batu 14/Batu 13 ½. Persimpangan ini dikawal oleh papan tanda lalu lintas. K451 akan melintasi sebatang terusan buatan manusia bernama Terusan Wan Muhammad Saman berdekatan dengan kilometer sifar K451. K451 akan membuat lintasan kedua kalinya dengan Tali Air SCRBD 5, lalu berkelok ke barat menelusuri kawasan pertanian sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat. Terusan Sungai Daun (atau Terusan Daun sahaja) akan sejajarnya dengan jajaran K451 bermula di Masjid Simpang Tiga Sungai Daun sehingga di penamat baratnya. Setelah menjelajah sepanjang 1.5 kilometer (0.9 bt), K451 akan meninggalkan zon pentadbiran Pekan Simpang Tiga Sungai Limau dalam Mukim Sala Besar dan memasuki kawasan pentadbiran Mukim Sungai Daun, berdekatan dengan Pencawang Masuk Utama (PMU) Tenaga Nasional Berhad 132/33/11kV Kota Sarang Semut.[3][4]

K451 akan melalui kawasan pertanian sawah padi, lalu memasuki kawasan perkampungan Kampung Ulu Sungai Daun. Terdapat banyak simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) atau permatang yang menuju ke rumah-rumah penduduk di sepanjang jajaran K451 di kampung ini. Kira-kira 2.24 kilometer (1.4 bt) dari penamat timurnya, terdapat simpang jalan kampung ke Kampung Alor Gelanggang. K451 diteruskan ke penamat baratnya, dengan melalui kawasan perkampungan Kampung Sungai Daun Tengah. Di kampung ini, K451 akan bersimpang dengan Jalan Sekolah, yang menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Daun Tengah, berdekatan dengan Masjid Kampung Sungai Daun Tengah dan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Daun Tengah. K451 akan memasuki zon pentabdiran Pekan Sungai Limau Dalam, meninggalkan Mukim Sungai Daun, dan tiba di penamat baratnya di pertemuan antara K1 (Jalan Pantai Barat Kedah), di Kampung Simpang 4 Sungai Daun.[3][4]

Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K451 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Sala Besar (Kampung Simpang Tiga Sungai Daun ke PMU TNB Kota Sarang Semut) dan Mukim Sungai Daun (PMU TNB Kota Sarang Semut ke Kampung Simpang Empat Sungai Daun).[2][3] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K451 terletak di Zon 1 selian JKR Daerah Yan.[5] K451 merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Yan, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K451 dikenali sebagai Jalan Batu 13 1/2 Simpang Tiga Sungai Daun/Sungai Daun dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Yan, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Simpang 3 Sungai Daun0.00 FT 1Kota Sarang Semut, Guar ChempedakPenamat timur
Kampung Simpang 4 Sungai Daun5.10 K1Yan, Kampung Singkir, Kuala KedahPenamat barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Disember 2018. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c d Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b Jurutera Daerah JKR Daerah Yan (2022). "Borang Sebutharga: Perkhidmatan Memotong Rumput dan Membersihkan Kawasan di Sepanjang Jalan (Zon 1) Tahun 2022 Daerah Yan, Kedah Darul Aman". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2022. Dicapai pada 24 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]