Jalan Negeri Kedah K807

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K807
Jalan Bukit Karangan–Kampung Jubai
Jalan Jubai–Labu Besar
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang8.77 km[1][2] (5.45 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT 136 di Kampung Bukit Karangan
Persimpangan utama
Hujung timurK166 K166 di Kampung Labu Besar
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K807 (dikenali sebagai Jalan Bukit Karangan–Kampung Jubai dan Jalan Jubai–Labu Besar) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung barat K807 terletak di simpang FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas) di Kampung Bukit Karangan manakala penghujung timurnya terletak di simpang K166 (Jalan Batu Putih) di Kampung Labu Besar,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 8.77 kilometer (5.4 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Persimpangan Jalan Negeri K807 di Jalan Persekutuan 136 di Kampung Bukit Karangan, Kedah.

Jalan Negeri K807 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian utara Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran ukim Padang Meha dan Mukim Bagan Sena yang bersempadan secara langsung dengan Daerah Baling di bahagian timurnya. Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 8.77 kilometer (5.4 bt) dan luas jalan raya iaitu sebanyak 54,000 meter persegi (580,000 ka2).[5] Selain itu juga, K807 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][6] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K807 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. K807 dikenali sebagai Jalan Bukit Karangan–Kampung Jubai dan Jalan Jubai–Labu Besar dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K807 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Bukit Karangan, di simpang tiga FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas). Pada peringkat awal jalan, K807 bakal melewati kawasan perkampungan dan estet kelapa sawit yang bernama Ladang Padang Meiha dan Ladang Bukit Karangan di sepanjang jalan. K807 juga bakal melewati sebuah bukit semulajadi yang bernama Bukit Tinggi. Lalu, K807 bakal membengkok ke tenggara untuk menuju ke simpang kedua bagi jalan ini iaitu, simpang FT 4 (Lebuhraya Timur–Barat) yang terletak di kawasan Ladang Padang Meiha. K807 dilanjutkan lagi dengan menuju ke arah sama iaitu ke tenggara dengan menelusuri estet kelapa sawit. Di Kampung Paya Jemerli, K807 akan merentasi Sungai Jemerli yang akan berkuala dekat Sungai Sedim di Kampung Kuala Jemerli. Di kampung ini juga, K807 bakal memasuki zon kawasan Mukim Bagan Sena dan meninggalkan Mukim Padang Meha. Selepas melalui jambatan tersebut, K807 akan berkelok ke arah timur.[2][6]

K807 dilanjutkan lagi dengan melewati beberapa kampung kecil seperti Kampung Jubai SC dan Kampung Jubai Atas. Di sini juga, terdapat tapak pembinaan kawasan perumahan berjajar di sisi selatan jalan raya. Di timur Kampung Jubai Atas, K807 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K806 (Jalan Bagan Sena), sebatang jalan yang menuju ke Kampung Bagan Sena. Jajaran K807 diteruskan lagi menuju ke timur. Setibanya di Kampung Bukit Chempedak, K807 bakal bersimpang dengan Jalan Negeri K825 (Jalan Labu Besar–Kijai). K807 akan berkelok menuju ke selatan manakala K825 menuju ke arah utara. Jajaran K807 diteruskan lagi dengan melewati kawasan perumahan Taman Sena di sisi timur jalan raya. Berdekatan dengan sebuah masjid, K807 bakal membuat pertemuan dengan Jalan Negeri K166 (Jalan Batu Putih) sebagai penamatnya. Penamat ini merupakan penghujung selatan bagi K807 dan terletak di Kampung Labu Besar.[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]Destinasi[4][6]Catatan
Kampung Bukit Karangan0.00 FT 136Kampung Sungai Karangan, Merbau PulasPenghujung barat
Ladang Padang Meiha2.25 FT 4Kampung Sungai Seluang, Tawar, Kampung Kejai
Kampung Paya Jemerli
Kampung Jubai SC
3.54Jambatan Sungai Jemerli
Kampung Jubai Atas7.00 K806Kampung Bagan Sena, Kampung Jubai Bawah
Kampung Bukit Chempedak7.55 K825Kampung Kejai, Kampung Baru Kejai
Kampung Labu Besar8.77K166 K166Kampung Padang Ubi, Kampung Batu PutihPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d e Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]