Jalan Negeri Kedah K281

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K281
Jalan Stesen Keretapi Tunjang
Jalan Tunjang Railway Station
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.14 km[1] (1.95 mi)
Simpang utama
Hujung timur FT176 di Tunjang
Persimpangan utama
  • K282 di Kampung Tanah Rang
Hujung baratStesen Keretapi Tunjang
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K281 (Jalan Stesen Keretapi Tunjang atau Jalan Tunjang Railway Station) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K281 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.136 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Stesen Keretapi Tunjang di barat dengan pusat pekan Tunjang di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K281 bermula sebagai kilometer sifar di Tunjang, dalam zon kawasan pentabidran Bandar Tunjang, di Mukim Tunjang, di simpang tiga Jalan Persekutuan 176 (Jalan Kodiang; sebelum ini diwarta Jalan Negeri K3). Lalu, K281 akan melintasi sebatang tali air bernama Tali Air NCD 2b, di barat Kampung Hutan Getah, lalu melanjutkan perjalananya ke penamat barat iaitu Stesen Keretapi Tunjang dengan melalui kawasan penanaman sawah padi. Lapan puluh meter, dari penamat timur, K280 akan memasuki kawasan pentabdiran Mukim Jeram, meninggalkan kawasan pentadbiran Mukim Tunjang. Setelah menjelajah sepanjang 1.46 kilometer (0.91 bt), K280 akan melalui kawasan perkampungan Kampung Tanjung. Di barat Kampung Tanjung dan selatan Kampung Tanah Rang, K280 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K282 (Jalan Gelong Rambai).[3][4]

K280 akan melintasi sebatang saliran kali kedua, bernama Tali Air NCD 2a, lalu melalui kawasan petempatan kecil dan tamat di hadapan landasan kereta api Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan dengan bekas tapak Stesen Keretapi Tunjang, di mana telah ditutup pada tahun 2010 untuk memberi laluan kepada projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar. Ia akan diteruskan dengan sebatang jalan kampung kecil di selatan yang menuju ke Kampung Baru Jeram, Kampung Padang Teluk dan Kampung Stesyen Tunjang. Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K281 terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Jeram dan Mukim Tunjang. K281 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K281 dikenali sebagai Jalan Tunjang/Tunjang Railway Station dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Tunjang0.00 FT176Kodiang, JitraPenghujung timur
Kampung Tanjung2.20 K282Kampung Gelong Rambai
3.14Stesen Keretapi Tunjang (ditutup)Penghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 5)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.