Jalan Negeri Kedah K290

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K290
Jalan Telok Nibong, Jalan Hospital
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Kubang Pasu
Panjang1.66 km[1] (1.03 mi)
Simpang utama
Hujung barat FT176 di Kampung Telok Nibong
Persimpangan utama
Hujung timur K109 FT1 / K109 di Bulatan Hospital Jitra
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K290 (diringkaskan K290) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian tengah Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.661 kilometer (1.0 bt).[1] Kebanyakkan jenis jalan raya yang dibina ialah jalan raya tunggal dengan empat lorong.[3]

Sebahagian besar laluan ini terletak di Mukim Jitra, selebihnya terletak di Mukim Gelong, Daerah Kubang Pasu.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kilometer sifar bagi Jalan Negeri K290 terletak di Bulatan Hospital Jitra, ia bersimpang dengan Jalan Kepala Batas–Kemunting FT1 dan sebatang jalan negeri yang menghala ke Persimpangan Bertingkat Jitra Utara (Susur Keluar 182) Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 iaitu Jalan Negeri K109 (Jalan Bukit Wang). Jalan raya ini akan menuju ke barat dengan melalui taman perumahan Taman Desa Permai, Taman Muhibbah dan Taman Pasu. Persimpangan ke Hospital Jitra terletak beberapa meter dari bulatan itu.[3][4]

Keadaan jalan raya akan membengkok ke arah barat daya sebaik sahaja memasuki estet perumahan Taman Suria. Sebuah simpang jalan kampung kecil ke Kampung Gelam terletak di sini, kira-kira 1.1 kilometer (0.68 bt) dari penghujung timur di Bulatan Hospital Jitra. Berdekatan dengan Pusat Servis Perodua, akan terdapat simpang menuju ke jalan akses Sekolah Kebangsaan Jitra 3. Selepas sahaja melepasi simpang tersebut, keadaan jalan raya menjadi jalan raya kembar. Ia menunjukkan bahawa penghujung barat sudah tiba, K290 akan bersimpang dengan Jalan Kodiang FT176, di kawasan Kampung Telok Nibong. Persimpangan ini dikawal oleh lampu isyarat.[3][4]

Nama[sunting | sunting sumber]

Ia dikenali sebagai Jalan Hospital, Jalan Hospital Jitra, Jalan Masuk ke Hospital Jitra dan Jalan Akses Hospital Jitra dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K290 ialah Jalan Taman Pasu–Telok Nibong atau Jalan Telok Nibong sahaja.[1][4]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasi[3]km[4]DestinasiCatatan
Kampung Telok Nibong0.00 FT176 (Jalan Kodiang) – Kodiang, Jitra, Kampung Pulau NyiorPenghujung barat K290
Taman Desa Permai1.60 Hospital Jitra
Bulatan Hospital Jitra1.66 K109 FT1 (Jalan Changloon) / K109 (Jalan Bukit Wang) – Kuala Lumpur, Bukit Kayu Hitam, ChangloonPenghujung timur K290
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  3. ^ a b c d "Paparan Satelit di Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.