Jalan Negeri Kedah K585

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K585
Jalan Beris Jaya
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Sik
Panjang2.46 km[1] (1.53 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT175 di Kampung Sungai Pau
Persimpangan utama
Hujung timurK15 K15 di Kampung Batu Lima
Lokasi
Destinasi
utama
  • Bandar Baru Beris Jaya
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K585 ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. K585 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.46 kilometer (1.5 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Pau di utara dengan Kampung Batu Lima di selatan, melalui Bandar Baru Beris Jaya dan Kampung Charok Tualang.[3][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari hujung utara di Kampung Sungai Pau, Jalan Negeri Kedah K585 bermula di persimpangannya dengan FT175 (Jalan Gurun–Kepala Batas), berdekatan dnegan Tanah Perkuburan Kariah Sungai Pau, anggaran di Seksyen (kilometer) 24–25. Simpang tiga ini dilengkapi dengan kemudahan lampu isyarat dan kilometer sifar bermula di sini. Persimpangan pertama ialah ke Kampung Charok Tualang, berhampiran dengan Pondok Polis Bandar Baru Beris Jaya. Pondok polis boleh dicapai dari arah FT175 manakala Klinik Desa Bandar Baru Beris Jaya boleh dicapai dari arah K15 sahaja akibat pembahagi jalan yang sudah dibina.[4][5]

Persimpangan kedua terletak kira-kira 750 meter (0.8 km) dari hujung utara, bersilang dengan Persiaran 2, laluan utama ke Masjid Al-Islah dan kawasan perumahan penduduk. Ia akan melepasi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya (sebelum ini ialah SK Sungai Batang) dan Terminal Bas Bandar Baru Beris Jaya. Persimpangan terakhir K585 terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan Bandar Baru Beris Jaya dan Pusat Pengajian Tahfiz dan Pondok Raudhatul Jannah. Jenis jalan raya kembar kan tamat sebaik sahaja melepasi simpang itu, dan bertukar menjadi jalan raya tunggal dua lorong. K685 akan melintasi Sungai Charok Tualang, dan sedikit membengkok ke arah timur. Ia akan melalui kawasan perhutanan dan perkampungan, menuju ke selatan dan tamat di persimpangan K15 (Jalan Parit Panjang) di Kampung Batu Lima.[4][5]

Nama jalan raya yang sudah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K585 ialah Jalan Beris Jaya. Ia juga dikenali sebagai Jalan Bandar Baru Beris Jaya. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sik, salah satu mukim di Daerah Sik.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Sungai Pau0.00 FT175 (Jalan Sik) – Gurun, Jeniang, Kampung BegiaPenghujung utara K585
Bandar Baru Beris Jaya0.12Persiaran Dua – Bandar Baru Beris Jaya
0.75Persiaran Tiga – Arena Futsal Majlis Daerah Sik, Masjid Al-Islah Bandar Baru Beris Jaya
1.40Persiaran Dua – Tanah Perkuburan Bandar Baru Beris Jaya
Kampung Batu Lima2.46K15 K15 (Jalan Parit Panjang) – Baling, Kampung Merbau Kudong, Parit PanjangPenghujung selatan K585
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b c World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.