Jalan Negeri Kedah K280

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K280
Jalan Telok Malik
Jalan Kubang Lembu–Telok Malik
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang5.79 km[1] (3.60 mi)
Simpang utama
Hujung baratK4 K4 di Kampung Telok Malik
Persimpangan utama
Hujung timur FT1 di Kampung Kubang Lembu
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K280 (Jalan Telok Malik atau Jalan Kubang Lembu–Teluk Malik) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K280 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 5.791 kilometer (3.6 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Telok Malik di barat dengan Kampung Kubang Lembu di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K280 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Kubang Lembu, dalam zon kawasan perbandaran Jitra, di Mukim Jitra, di simpang tiga Jalan Persekutuan 1 (Jalan Jitra). K280 akan melalui kawasan komersial di Pekan Jitra 2 beberapa meter, lalu meneruskan jajaranya melalui kawasan perkampungan dan hutan kecil di Kampung Padang. Berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Kenanga, K280 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K285 (Jalan Tok Kesop). Simpang ke Jalan Kenanga 1, iaitu jalan perumahan ke Taman Kenanga terletak tidak jauh dari simpang K285. K280 akan melintasi sebatang tali air, Tali Air ACLBD1, dan akan memasuki kawasan perkampungan Kampung Tanjung Pauh (atau Kampung Paya Tanjung Pauh).[3][4]

K280 juga akan melalui kawasan penanaman sawah padi sepanjang jajaran Kampung Tanjung Pauh–Telok Malik. Kira-kira 1.5 kilometer (0.93 bt) dari kilometer sifar, terdapat simpang jalan kampung menuju ke kawasan perkampungan Kampung Paya Chegar. Di timur Kampung Paya Keriang Menyabong, K280 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K289 (Jalan Kampung Lubuk Kawah). Jajaran K280 diteruskan dengan melalui kawasan perkampungan Kampung Paya Keriang Menyabong, dan membuat lintasan kecil dengan sebatang parit tanpa nama yang sama, yang berasal daripada Sungai Budi sebanyak dua kali. K280 akan bersimpang dengan Jalan Negeri K191 (Jalan Tunjang–Kampung Naga) sebanyak dua kali kerana jajaran K191 telah bertindih dengan jajaran K280, sepanjang 66 meter. Simpang pertama K191 yang menuju ke penamat selatan K191, terletak berdekatan dengan sisi timur Masjid Telok Malik, manakala simpang kedua K191 yang menuju ke penamat utara K191, terletak berdekatan dengan pintu utama Masjid Telok Malik.[3][4]

K280 diteruskan jajaranya melalui Kampung Telok Malik, melengkok tajam ke utara, melewati parit tanpa nama yang sama sebanyak dua kali dan tamat di simpang tiga Jalan Negeri K4 (Jalan Sungai Korok–Jitra), di kawasan pentadbiran Mukim Naga, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu.[2] Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K280 terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Jitra dan Mukim Naga. K280 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K280 dikenali sebagai Jalan Kubang Lembu/Telok Malik dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Kubang Lembu0.00 FT1 (Utara)Changlun, Kodiang, Alor SetarPenghujung timur
Kampung Padang0.55 K285Kampung Aman, Taman Tanjung
Kampung Paya Keriang Menyabong2.60K289 K289Kampung Lubok Kawah, Paya Pulau Dudur
Kampung Telok Malik4.65K191 K191 (Selatan)Kampung Naga, Kampung PasirPertindihan K191 mula
4.71K191 K191 (Utara)Tunjang, Kampung ChangkatPertindihan K191 tamat
5.79K4 K4Sungai Korok, Jitra, Kampung BudiPenghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 5)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.