Jalan Negeri Kedah K805

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K805
Jalan Padang Meiha
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang1.50 km[1][2] (0.93 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT 136 di Kampung Baru Sungai Karangan
Hujung timur FT 4 di Kampung Padang Meiha
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K805 (dikenali sebagai Jalan Padang Meiha) ialah jalan negeri utara-selatan yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung utara K805 terletak di simpang FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas) di Kampung Baru Sungai Karangan manakala penghujung selatannya terletak di simpang FT 4 (Lebuhraya Timur–Barat) di Kampung Padang Meiha,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 1.498 kilometer (0.9 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K805 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian utara Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Padang Meha yang bersempadan secara langsung dengan Daerah Kuala Muda di bahagian utaranya. Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 1.498 kilometer (0.9 bt) dan luas jalan raya iaitu sebanyak 18,172.50 meter persegi (195,607.2 ka2).[5] Selain itu juga, K805 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][6] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K805 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. K805 dikenali sebagai Jalan Padang Meiha dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K805 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Baru Sungai Karangan, di simpang tiga FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas) berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Kenangan. Pada peringkat awal jalan, K805 bakal melewati kawasan perumahan dan komersial Taman Desa Cinta Sayang di sisi barat jalan manakala kawasan perkampungan berpolakan berselerak yang dikenali sebagai Kampung Sungai Karangan di sisi timur jalan. Setelah menjelajah sepanjang 400 meter dari penghujung utara, K805 bakal meninggalkan Taman Desa Cinta Sayang dan memasuki kawasan perladangan getah Ladang Padang Meha. Jajaran K805 diteruskan sehingga penamatnya di kawasan perkampungan Kampung Padang Meiha dan bakal membuat pertemuan dengan FT 4 (Lebuhraya Timur–Barat) dan sebatang jalan kampung yang menyediakan capaian ke Kampung Padang Meiha (atau Kampung Padang Meha).[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]Destinasi[4][6]Catatan
Kampung Baru Sungai Karangan0.00 FT 136Kuala Ketil, Padang SeraiPenghujung utara
Kampung Padang Meiha1.50 FT 4Gerik, Lunas, Kampung Paya SerdangPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]