Jalan Negeri Kedah K161

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K161
Jalan Tanjung Dawai
Tanjung Dawai (12184808154).jpg
Bangunan kedai lama di Tanjung Dawai.
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda/Yan
Panjang6.60 km[1][2] (4.10 mi)
Simpang utama
Hujung utara K1 di Kampung Singkir Darat
Persimpangan utamaK652 K652 di Kampung Sungai Pial
K668 K668 di Kampung Sungai Pial
K664 K664 di Tanjung Dawai
K664 K664 di Kampung Bagan Asam
Hujung selatanJalan mati di Kampung Bagan Asam
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K161 (Jalan Tanjung Dawai) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian barat daya Daerah Kuala Muda dan selatan Daerah Yan, Kedah, Malaysia.[3][4] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan. K161 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 6.60 kilometer (4.1 bt),[1][2] menghubungkan Kampung Singkir Darat di utara dengan Kampung Bagan Asam di selatan dengan melalui kawasan perkampungan Kampung Sungai Pial, Kampung Huma dan Pekan Tanjung Dawai.[5][6]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung utara di Kampung Singkir Darat, Jalan Negeri Kedah K161 bermula di persimpangannya dengan Jalan Pantai Barat Kedah K1 dalam Daerah Yan. Ia akan menuju ke selatan melalui kawasan perkampungan dan penanaman sawah padi. K161 akan bersempadan dengan Daerah Kuala Muda selepas melepasi sebatang sungai kecil bernama Sungai Pial. JKR Yan hanya perlu selenggara 1.86 kilometer (1.2 bt) secara keseluruhannya, manakala sebanyak 4.74 kilometer (2.9 bt) lagi diselenggara oleh JKR Kuala Muda. Di Kampung Sungai Pial, Jalan K161 akan bersimpang tiga berperingkat dengan dua jalan negeri iaitu, Jalan Sungai Pial–Batu Hampar K652 (kira-kira 2.5 kilometer (1.6 bt) dari penghujung utara) dan Jalan Sungai Pial–Sungai Pauh K668 (kira-kira 120 meter (0.1 bt) dari simpang K652). Selepas melepasi simpang K668, jalan raya akan membengkok ke arah timur dengan melalui kawasan perkampungan Kampung Sungai Pial dan Kampung Huma.[6][7]

K161 akan bersimpang dengan Jalan Kampung Nelayan K664 di Pekan Tanjung Dawai, berhampiran dengan Kampung Huma. Jajaran jalan K161 diteruskan hingga penghujung timurnya di Kampung Bagan Asam dengan melalui bangunan kedai dan kawasan perumahan yang bertapak di Tanjung Dawai berdekatan dengan LKIM Tanjung Dawai dan Masjid Haji Zainuddin (atau juga dikenali sebagai Masjid Tanjung Dawai).[5][6][7] Secara keseluruhan, Jalan Tanjung Dawai K161 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh dua Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu JKR Daerah Kuala Muda dan JKR Daerah Yan. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Singkir di Daerah Yan dan Mukim Merbok di Daerah Kuala Muda.[3][4]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]DestinasiCatatan
Kampung Singkir Darat0.00 K1Merbok, Kampung Singkir LautPenghujung utara
Kampung Sungai Pial1.90K652 K652Kampung Batu Hampar, Kampung Simpang Tiga Pasir
2.62K668 K668Kampung Sungai Derhaka, Kampung Batu Hampar
Tanjung Dawai3.60K664 K664 – Perumahan Muafakat Nelayan Kedah, Kampung Haji Din
Kampung Bagan Asam5.10K664 K664Kampung Nelayan, KASTAM Tanjung Dawai
6.60Jalan MatiPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Antara mercu tanda di sepanjang Jalan Tanjung Dawai K161 adalah seperti berikut:

  • Jeti Tanjung Dawai (bot ke Pantai Merdeka)
  • Masjid Haji Zainuddin
  • Arked Tanjung Dawai[8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Pendang/Yan" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  3. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Pendang/Yan, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-12-12. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  5. ^ a b Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  6. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  7. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.
  8. ^ Othman Yahya (2022-02-21). "Arked Tanjung Dawai sesak, jalan masuk sempit". Utusan Malaysia. Media Mulia. Dicapai pada 2022-03-28.